Set Resdung Shaklee

Mari kita mengenali Set Resdung Shaklee :)



Pertama, Set Resdung Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex, B Complex dan Sustained Released Vita-C. Apakah peranan setiap sumplemen ini? Jom kita terjah.

1) Alfalfa Complex

Suplemen ini kaya dengan klorofil daripada rumput alfalfa. Kalau anda nak tahu, akar rumput alfalfa ini sangat panjang menjalar ke dalam bumi, maka ia mendapat zat mineral yang kurang tercemar. Daun rumput ini diekstak di dalam setiap tablet Alfalfa Complex. Apa yang penting, pesakit resdung biasanya menderita gatal-gatal muka dan hidung, kerap bersin dan menjadi sangat alah kepada habuk dan sebagainya disebabkan keradangan pada selaput sinus. Alfalfa Complex ini dapat membantu dengan mengurangkan keradangan tersebut. Ini sekaligus mengurangkan gejala-gejala resdung seperti bersin, selesema, hidung berair, hidung tersumbat serta gatal muka dan hidung kerana tumbuhan Alfalfa mengikut laman Drugs.Com, daunnya bersifat anti-artritis (anti-radang) dan anti-asma yang juga berpunca daripada masalah pada sinus.

2) B Complex

B Complex mengandungi Vitamin B dan Vitamin B Complex yang membantu memelihara kesihatan selaput sinus dalam rongga pernafasan kita. Apabila selaput sinus ini sihat, ia jarang terkena jangkitan kuman iaitu salah satu penyebab kepada masalah resdung. Ia bertindak seperti bantuan pertahanan dan kekebalan selaput sinus terhadap bahan pencetus alergi seperti habuk, bulu kucing, debu dan lain-lain.

Juga bertindak sebagai anti-tekanan, B Complex membantu menenang dan menstabil hormon supaya mengurangkan kesakitan pada muka semasa resdung menyerang seseorang.

Selain itu, Vitamin B di dalam tubuh membantu menukar karbohidrat yang kita makan seperti nasi kepada glukosa dan seterusnya membebaskan tenaga untuk kegunaan badan. Vitamin B adalah vitamin yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka jika kita kekurangan vitamin ini kita menjadi mudah letih dan tidak bermaya. Sesetengah individu dengan resdung juga mempunyai simptom cepat letih, jadi B Complex adalah suatu pilihan yang baik.

3) Sustained Released Vita-C

Bukan sekadar untuk kulit tau! Vitamin C mempunyai khasiat lebih dari itu. Istimewa seperti namanya "Sustain Released", ya kandungan Vitamin C akan dibebaskan secara berperingkat mengikut keperluan tubuh kita.

Dr. Sherry Ross, Pakar Kesihatan Wanita dari Pusat Kesihatan Saint's John di Santa Monica, California menyebut, salah satu kebaikan Vitamin C ialah suatu anti-oksida yang penting untuk melindungi sel daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas di persekitaran umpamanya pencemaran udara, asap rokok dan cahaya ultra-ungu dari matahari. Oleh itu, ia akan membantu mengoptima fungsi antibodi badan semasa diserang resdung.

Ada apa dengan Ubat Anti-Histamin?

Pesakit resdung sama ada alahan rhinitis atau sinusitis adalah pengguna ubat semburan (nasal spray) jenis anti-histamin. Apakah fungsi anti-histamin? Dan bagaimana ia membantu melegakan radang kepada pesakit?

Ihsan dari MyHealth


Sebelum berbincang lebih lanjut, mari kita fahami tentang histamin terlebih dahulu. Histamin ialah sejenis bahan kimia amina semulajadi yang dihasilkan tubuh sebagai sampingan tindakbalas oleh sistem imunisasi badan kita, malangnya ia mencetus keradangan. Oleh itu, apabila terkena serangan sinus, pesakit akan mengalami simptom-simptom radang seperti hidung berair, gatal hidung dan muka, kerap bersin dan lain-lain. Maka, pengambilan ubat jenis anti-histamin akan bertindak untuk mengurangkan penghasilan histamin atau menyekatnya daripada memberi kesan yang serba tidak menyelesakan ini. Dengan itu, apabila mengambil ubat semburan jenis anti-histamin, pesakit dapat menghindari simptom-simptom resdung yang selalu mereka alami.

sekadar hiasan


Pengambilan ubatan anti-histamin jenis tablet atau semburan ini perlulah mendapat bimbingan daripada doktor atau ahli farmasi, kerana kita memahami bahawa ubatan kimia mempunyai dos yang perlu dipatuhi supaya kesan sampingan yang buruk dapat dihindar. Kesan sampingan mengambil ubatan anti-histamin biasanya tidak serius seperti yang dirujuk di laman web Bahagian Farmasi KKM tentang ubat Chlorpheniramine. Antaranya;

  1. Mengantuk
  2. Sembelit
  3. Cirit
  4. Loya
  5. Muntah
  6. Kekeringan mulut
  7. Loya
Namun begitu, pesakit diminta segera berjumpa doktor sekiranya kesan sampingan yang dialami adalah lebih teruk daripada biasa.



Realiti Tentang Penyakit Resdung

Jika ada orang mengadu kepada anda "Saya ada resdung.", itu sebenarnya membawa maksud yang mereka kerap mengalami antara simptom-simptom seperti berikut:
  • selesema
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • hidung gatal
  • batuk
  • gatal tekak
  • mata gatal dan berair
  • lingkaran gelap bawah mata
  • sakit kepala yang kerap
  • tanda-tanda ekzema, seperti mempunyai kering yang terlalu kering, gatal dan selalu lecur
  • keletihan melampau
  • merah pada kulit disebabkan gatal, dan lebam
Jika ada orang pula mengadu kepada anda "Saya ada sinus." untuk merujuk kepada simptom-simptom di atas, ia tidak benar! Balas kepada mereka, "Saya juga ada Sinus!".


REALITI TENTANG SINUS DAN RESDUNG


Ihsan dari www.webmd.com

Tahukah anda, SINUS dalam bidang perubatan merujuk kepada suatu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus Hidung pula ialah rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak. ia berhubung dengan sinus lain seperti sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Jadi, secara istilah SINUS tidak lebih dari membawa maksud yang merujuk kepada struktur normal rongga hidung yang dimiliki oleh setiap orang.

RESDUNG pula, ialah istilah Melayu yang sering digunakan. Mengikut Kamus Dewan, Resdung ialah penyakit hidung yang disebabkan oleh keradangan pada selaput sinus.

APAKAH RADANG?

Radang ialah reaksi alergi yang berlaku apabila sistem imun badan kita terlebih bertindakbalas terhadap suatu jangkitan. Bagi penyakit resdung, jangkitan ini berlaku di sinus hidung akibat bahan pencetus alergi yang kita hidu seperti habuk, debunga dan bulu haiwan peliharaan kucing contohnya.

RESDUNG IALAH PENYAKIT RADANG PADA HIDUNG

Dr. Ahmad Nordin, seorang doktor yang juga menulis di The Malaysian Medical Gazette berkongsi 2 jenis penyakit utama yang dikaitkan dengan Resdung iaitu:

1) Alahan Rinitis (Rhinitis Allergy)
          
Antara gejala radang jenis ini ialah hidung tersumbat, berair, bersin dan gatal. Ia kadangkala dicetus oleh  makanan, cuaca dan debu. Di dalam hidung kita, terdapat liang-liang (turbinates) di sisi hidung yang berfungsi untuk melembapkan hidung sebelum udara dapat diserap ke peparu kita semasa pernafasan. Pesakit alahan jenis ini mempunyai liang yang lebih besar daripada orang normal akibat demam selesema atau jangkitan bakteria di mana darah akan tertumpu di kawasan itu bagi melawannya. Di dalam komuniti perubatan moden, doktor akan memberikan pesakit ubat anti-histamin dan ubat semburan jenis steroid jika keadaan agak teruk.

2) Sinusitis

Antara gejala Sinusitis pula ialah hingus berwarna kuning, kehijauan atau berdarah. Pesakit juga mengalami sakit kepala yang teruk, sakit di dahi dan muka terutama di tengah hidung dan pipi, serta demam dan hidung tersumbat. Rawatan adalah berbentuk ubat penahan sakit, pengairan hidung oleh suatu cecair khas dan ubat antibiotik diberi juga sekiranya ada jangkitan. Bagi kes yang kronik, ubat semburang hidung steroid akan diberikan untuk mengurangkan radang.