Jumpa lagi kita di blog ini! Diharap semuanya sihat-sihat ya 😍
Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips travel daripada pengalaman diri sendiri. Semoga ia bermanfaat hendaknya.
Saya memang suka travel ni, sudah jadi hobi pula. Sebelum-sebelum ni tidaklah berminat sangat, tetapi bila kerap travel timbul rasa seronok dan ketagih pula, hehe. Oleh itu, saya amat titikberatkan percutian atau trip yang mesra bajet, jadi bolehlah pergi travel selalu kan!
5 Tips Travel Yang Santai dan Mesra Bajet
1. Satu beg dah cukup!
Kalau nak travel, saya nasihatkan bawa satu beg sahaja sudahlah. Jangan banyak-banyak. Kalau satu lagi extra beg tangan untuk isi dompet, telefon dan sedikit make up tu kira terbaik dah tu.
Ingat, nak travel nie mesti banyak berjalan kan. Kalau bawa banyak beg, susah pula nak seret nanti. Bercuti pun mesti nak santai saja, jangan terbeban dengan beg yang besar, berat apatahlagi banyak okey?
Guna backpack saja pun dah memadai! Dah banyak boleh isi barang tu.
2. Pakaian yang ringan dan sesuai
Penting! Pilih pakaian yang hendak dibawa travel sebaiknya jenis ringan, tak mudah berkedut dan sesuai dengan tempat travel korang ye.
Pakaian yang ringan memudahkan beg yang hendak dibawa nanti - tentu beg akan jadi ringan dan tidak membebankan. Pakaian jenis fabrik tak mudah kedut pula berkesan masa travel sebab tak perlulah susah-susah nak fikir iron pula kan?
Kalau ada iron di hotel, homestay atau tempat anda menginap tu kira rezekilah. Tapi sekurang-kurangnya bila iron tak ada pun, boleh lagi ootd dengan bergaya.
Oh ya, bawalah bilangan pakaian yang berpatutan dengan tempoh korang travel. Jangan bawa terlalu banyak baju extra. Bukan saja memberatkan beg, tapi mungkin tak terpakai pun semasa travel. Buat penat saja bawa nanti. Kalau pakaian tak cukup tak apa lagi, boleh saja beli ketika travel nanti.
3. Duit Cash
Bawa duit tunai sekadarnya sahaja, jangan terlalu banyak dan jangan pula terlalu sedikit supaya boleh bersedia untuk apa-apa kecemasan. Selain itu, kalau bawa duit cash yang banyak, takut juga kalau-kalau tercicir dan risiko kecurian. Berhati-hati selalu ya.
Jika duit tunai tak mencukupi, boleh saja buat bayaran ketika travel melalui kad kredit, kad debit atau secara atas talian. Boleh juga keluarkan dari mesin ATM bila-bila masa kan?
4. Booking Awal
Plan bercuti, jangan last minute. Rancang lebih awal, jadi korang dapat buat tempahan hotel, tiket penerbangan dan tiket-tiket tempat pelancongan lebih awal.
Biasanya kita boleh dapat diskaun jika menempah lebih awal. Selain itu, tidaklah kalut semasa nak travel nanti, sambil-sambil boleh lagi menyimpan duit untuk kos travel yang lain.
5. Survey dan Rancang Perjalanan
Survey dahulu tempat-tempat menarik sebelum mula pergi travel ya. Rancang yang mana yang mahu dilawati serta susun jadual supaya perjalanan tidak berpatahbalik dan sebagainya.
Kira kos yang berkaitan. Jika tempat yang ingin korang pergi tersebut terlalu banyak tempat menarik, utamakan tarikan yang korang mungkin tidak dapat di tempat lain. Ia hanya ada di situ - utamakan yang seperti ini.
Apa pun, terpulanglah kepada bajet dan selera masing-masing ya. Yang penting poin di sini ialah, survey! Survey supaya korang tak terlepas tempat yang menarik untuk explore ya.
Hmmm rindu pula nak pergi travel lagi bila bercerita bab tips nie, adoi 😅
Baiklah, semoga tips saya ini serba sedikit berguna untuk korang ye! Semoga jumpa lagi di next entry!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan