Follow Us @bijak.sihat

24 Jun 2017

Kanser Limfoma, Tanda-tanda, Penyebab dan Rawatannya


Kisah Seorang Kawan..

Ada sekali hari tu, Jaja baca News Feed di Facebook dan terbaca tentang kanser Limfoma oleh seorang kawan. Jadi Jaja PM lah beliau nak tahu lebih lanjut. Rupa-rupanya anak beliau yang umur 11 bulan yang kena kanser tu. 


Ya Allah.. bayangkanlah macam mana perasaan seorang ibu menanggung beban sesukar ini untuk bayinya yang masih kecil. Serius Jaja tak dapat nak bayangkan sebenarnya.. hanya simpati je yang mampu dilontar. 

Jadual kemoterapi pun dah keluar.. kata kakak ni, bayi baru 11 bulan jadi doctor tak akan bedah dulu. Buat kemoterapi supaya kanser mengecil barulah akan buat pembedahan kemudian. Bila Jaja tengok jadual kemo tu Ya Allah memang kerap sangat-sangat, 3 hari sekali ada appointment. Dugaan betul...


Bila diberitahu tentang nama kanser tu, Jaja terasa nak explore sikitlah. Jadi, here comes the result untuk Jaja kongsikan bersama anda :)


Kanser Limfoma

Sistem Limfa dan Organnya

Dalam badan kita, ada satu sistem yang dinamakan Sistem Limfa. Bentuknya seperti jaringan salur darah juga; menjalar ke setiap anggota badan. Tetapi untuk Sistem Limfa, cecair di dalamnya kita namakan sebagai Limfa. Ini pengetahuan yang Jaja ada sebab pernah belajar dan mengajar Biologi.

Fungsi Sistem Limfa ialah mengembalikan cecair Limfa ke dalam aliran darah supaya boleh terus dikitar dengan nutrient dan oksigen secara berulang-ulang untuk kegunaan sel badan.

Dalam Sistem Limfa juga ada komponen lain iaitu Nodus Limfa dan Salur Limfa. Nodus Limfa ini fungsinya ialah menapis cecair Limfa daripada bakteria. Jadi, tempat ini juga adalah tempat penghasilan suatu sel darah putih yang bernama Limfosit. Dengan bantuan Limfosit, maka cecair Limfa akan free from bacteria yang boleh memudaratkan badan.

Simply, kanser Limfoma terjadi apabila sel darah putih Limfosit membahagi secara tidak terkawal melebihi fungsi normalnya. Sel ini menjadi tumor, seterusnya kanser dan berkumpul di Nodus Limfa dan akhirnya akan mengganggu sistem pertahanan tubuh seseorang itu dan mengganggu fungsi organ yang lain juga.

Kanser Limfoma juga dipanggil sebagai Kanser Kelenjar.

Ia ada 2 jenis iaitu Kanser Limfoma Hodgkin atau Limfoma Non-Hodgkin. 

Kanser Limfoma Hodgkin biasa menyerang mereka yang berumur 55 tahun ke atas manakala Kanser Limfoma Hodgkin menyerang merang yang berumur lebih muda.


Tanda-tanda Kanser Limfoma

Tanda-tanda ini mungkin berbeza bagi setiap orang.  Untuk kepastian pastinya diagnos doctor adalah paling berkesan.
  1.            Nodus Limfa membengkak. Nodus Limfa biasanya terdapat di bawah ketiak, leher atau celah paha
  2.            Demam
  3.            Badan menjadi lemah dan keletihan
  4.            Hilang berat badan
  5.            Sentiasa berpeluh
  6.            Sukar bernafas dan sering sakit dada
  7.            Gatal-gatal pada kulit
  8.            Ruam kulit
  9.            Hilang selera makan

Penyebab Kanser Limfoma


Dr. Choo Bok Ai, iaitu Konsultan Jabatan Radiasi dan Onkologi dari Hospital Tan Tock Seng,Singapura mengulas tentang kejadian kanser limfoma yang kerap terjadi di kalangan orang Melayu Singapura berbanding kaum lain masih tidak diketahui penyebabnya.

Namun, ada beberapa faktor yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidap kanser ini. 

Faktor-faktor tersebut ialah:
  1.            Pendedahan kepada ubat pembunuh serangga (pestisid)
  2.            Merokok, bekerja dalam industry berkaitan kayu
  3.            Sistem imun / daya tahan yang rendah
  4.            Jangkitan virus tertentu

Rawatan dan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia

Menurut Datuk Dr. Kim Meng iaitu Ketua PerkhidmatanHematologi Kebangsaan, kanser ini dapat dikenalpasti melalui kaedah biosi seperti ujian darah, X-ray, imbasan CT (CT Scan), Imbasan MRI (MRI Scan) dan Imbasan PET (PET Scan).

Rawatannya pula berbeza bergantung kepada pesakit mengiktu tahap kanser atau faktor-faktor lain seperti lokasi kanser, jenis Kanser Limfoma dan umur pesakit.

Rawatan yang ada ialah sama ada rawatan kemoterapi, radioterapi atau gabungan kedua-duanya sekali. Tetapi jika pesakit tidak bertindakbalas dengan rawatan jenis ini, pemindahan sel stem pula perlu dijalani. Ianya lebih lama daripada tempoh rawatan kemoterapi dan berfungsi untuk pengawalan.

15 September setiap tahun adalah Hari Kesedaran Limfoma Sedunia.


Kesimpulan

Tak dapat Jaja bayangkan kesusahan seorang kawan tersebut.. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa kuat. Esok insyaAllah kita dah nak raya kan. :’(

Tiada ulasan: