Follow Us @bijak.sihat

15 Disember 2016

Cara Menurunkan Kolesterol

Di kalangan masyarakat Malaysia, masalah kolesterol tinggi memang menghantui kesihatan terutama kepada golongan yang lebih berumur. Sebenarnya masalah kolesterol tinggi bukanlah suatu penyakit tapi is lebih kepada tanda amaran kepada risiko penyakit yang berbahaya seperti darah tinggi, salur darah tersumbat (arterisklerosis), masalah jantung atau strok.

Biasanya selepas seseorang dikesan mempunyai masalah kolesterol tinggi, doktor akan memberikan ubat kolesterol dengan tujuan mengawal paras kolestrrol di dalam tubuh. Apa yang jarang diberitahu kepada kita ialah amalan gaya hidup yang perlu diubah oleh pesakit atau makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan mahupun dikurangkan.

Apa yang ingin Jaja kongsikan kali ini ialah bagaimana individu dengan masalah tinggi kolesterol dapat mengurangkannya tanpa bergantung kepada ubat klinik semata-mata.

4 Perkara Utama Yang Perlu Diubah
  1. Amalan Pemakanan Yang Baik
  2. Tingkatkan aktiviti fizikal
  3. Turunkan Berat Badan
  4. Rokok dan Alkohol


Amalan Pemakanan

  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu. Biasanya ia terdapat pada makanan goreng-gorengan, daging merah, produk tenusu (margerin, dan lain-lain)
  • Memasak dengan alternatif lain selain menggoreng seperti memanggang, mengukus, stim atau menggunakan ketuhar. Kurangkan makanan bergoreng.
  • Elakkan atau kurangkan pengambilan lemak trans yang terkandung dalam makanan siap proses seperti biskut, sosej, makanan sejukbeku dan lain lagi.
  • Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana ia memiliki serat yang membantu mencegah penyerapan kolesterol dalam darah.
  • Gantikan minyak anda seperti minyak sawit kepada minyak sayuran seperti minyak jagung dan zaitun yang lebih sihat kerana tiada lemak tepu.
  • Amalkan makanan yang boleh menurunkan kadar kolesterol seperti minyak zaitun, minyak ikan omega 3 dan oatmeal.


Aktiviti Fizikal
  • Lakukan senaman sederhana sebagai amalan. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 minit setiapkali. 
  • Bergerak aktif. Ambil peluang supaya otot badan boleh diregangkan dengan cara sengaja menaiki tangga berbanding lif, berjalan kaki ke kedai berdekatan berbanding menaiki kenderaan, melakukan sit ups beberapa kali semasa menonton televisyen atau bersiar-siar di taman semasa stres berbanding makan. 
  • Bermain permainan sukan kegemaran seminggu sekali.
  • Cari rakan sebagai motivasi melakukan senaman bersama. 


Turunkan Berat Badan
  • Sentiasa ingat, "Gemuk is not Ohsem" kerana berat badan berlebihan atau obesiti menjadi magnet kepada pelbagai penyakit berbahaya. Bukan hanya meningkatkan kadar kolesterol, orang obes juga berisiko mendapat penyakit kencing manis dan masalah berkaitan jantung.
  • Cuba turunkan berat badan jika anda mempunyai kadar BMI yang tidak normal menghampiri obesiti. Ia akan mengurangkan lemak di dalam badan dan membantu mengurangkan kadar kolesterol.
  • Kawal pemakanan dan jadikan senaman sebagai rutin.
  • Jangan berdiet secara memudaratkan. Biar tidak drastik tetapi usaha tetap berterusan biarpun sedikit.



Rokok dan Alkohol

Sekadar hiasan
  • Kedua-duanya boleh meningkatkan kadar kolesterol di dalam badan. Adalah amat baik sekiranya ia dapat dikurangkan bagi pengamalnya. Adalah amat baik lagi sekiranya terus menghentikan pengambilan kedua-duanya kerana kesan berbahaya kepada kesihatan, malah ia haram di sisi agama Islam.


Jaja harap perkongsian Jaja dapat membantu anda dalam panduan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat umumnya dan sebagai panduan menurunkan paras kolesterol buat individu berkaitan khasnya. Ingat, kesihatan adalah suatu nikmat yang sukar dicari ganti. Hargai diri dan kesihatan anda :)

Tiada ulasan: