11 Julai 2023

Peluang Kerja Dari Rumah Yang Berpotensi Memberi 5 Angka Pendapatan

    Gempak tajuk entri saya kali ini kan? Persoalannya, retorik atau realiti? Jawapannya, REALITI.

    

    Mungkin tidak ramai yang menjangkakan kerja dari rumah pun mampu menjana pendapatan yang sangat berbaloi tau!

    

    Cakap sahaja berapa angka yang anda mahukan, kerja dari rumah mampu memberikan pendapatan sedemikian dengan sistem yang betul dan peluang yang tepat. inshaaAllah, dengan usaha dan fokus semua orang mampu melakukan ini sebenarnya.

    

    Mari teliti beberapa kisah yang ingin saya bawakan berkaitan kerja dari rumah tetapi berpendapatan 4 dan 5 angka.


Kisah 1: Guru Menjana Pendapatan Sampingan 5 Angka Sebulan

    Pn Giey Patrick adalah seorang guru sekolah. Biarpun agak sibuk dengan rutin kerjaya, namun beliau mampu melakukan kerja kedua. Bukan itu sahaja, pendapatannya berjaya mencapai 5 angka - suatu yang sangat mengkagumkan!

peluang kerja dari rumah



Kisah 2: Surirumah dengan Pendapatan 6 Angka Sebulan Membantu Lebih Ramai Orang Membuat 4 dan 5 Angka

    Pn Ainul Malik lebih menarik dan menginspirasikan. Bukan saja beliau sendiri ada pendapatan yang besar, tetapi beliau juga mampu membimbing rakan-rakan lain untuk turut sama merasai pendapatan berbaloi. Apa kerjaya beliau? Beliau hanya seorang surirumah sepenuh masa.

peluang kerja dari rumah



Kisah 3: Dari Wanita Berkerjaya ke Suri Rumah tetapi Upgrade B40 kepada M40

    Ini pula cerita tentang Pn Amoy. Dahulunya seorang yang bekerja tetapi kemudiannya menjadi suri rumah, namun ajaibnya beliau masih ada 'gaji'. Gaji tersebut pula nilainya ialah 3 kali ganda berbanding bekerja dahulu. Menariknya!

peluang kerja dari rumah


    Cukuplah 3 kisah dahulu. Sekali lagi, ini bukan retorik tetapi adalah REALITI.

    

    Hakikat sebenar bukanlah mudah untuk meraih pendapatan 3, 4 dan 5 bahkan 6 angka jika kerja dari rumah. Namun, secebis kisah di atas inshaaAllah boleh beri kesedaran kepada kita bahawa ia juga bukanlah perkara yang mustahil.

    

    Jika mahu tahu, mereka ini menjana pendapatan dari rumah atau secara sampingan melalui peluang bisnes Shaklee. Shaklee adalah syarikat yang menjual suplemen dan produk kesihatan berasaskan bahan semulajadi. Semua produknya adalah diperakukan Halal oleh badan yang diiktiraf JAKIM Malaysia. Peluang menjana pendapatan melalui Shaklee juga mempunyai panel patuh syariah, serta mempunyai sistem yang terusun sehingga memungkinkan mereka yang menyertai mampu menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan!

    

    Mungkin ada yang terfikir, logik ke? Boleh dapat sebanyak itu?

    

    Jawapannya, ya logik.

   

    Jika diteliti rekod jualan produk Shaklee yang sangat banyak saban bulan, ini memungkinkan syarikat Shaklee membayar agen-agen dengan mewah. Produk Shaklee pula sememangnya sudah terkenal dalam kalangan pengguna sehingga terpilih sebagai jenama paling dipercayai pilihan pengguna dalam anugerah Readers Digest bagi tahun ketiga untuk tahun 2023 ini. ia selari dengan kebanyakan pendapat pengguna bahawa produk Shaklee sangat baik dan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka.

peluang kerja dari rumah


    

    Jika 5 dan 6 angka terlalu jauh dari mimpi anda, 3 atau 4 angka pun dah berbaloi sangat kan? Apatahlagi jika dilakukan hanya dari rumah. Mendapat wang saku sendiri pastinya perkara yang menyeronokkan untuk dibuat.

    

    Oleh itu, saya menjemput bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang menjana wang bersama Shaklee ini untuk segera menghubungi saya. Saya akan terangkan dengan lebih terperinci nanti. Saya juga akan menjawab pertanyaan anda setakat yang tahu. Hubungi saya sekarang!


Baca Juga: Cara Atasi Gangguan Ketika Kerja Dari Rumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sikit? Terima kasih :)