22 Jun 2023

Petua Hilangkan Jeragat Hanya Dari Rumah

Jeragat, adalah tompok hitam melanin pada bahagian kulit. Ia biasa terjadi akibat pembawaan genetik atau dek terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang.


Jadi, boleh faham kan kenapa orang sibuk nak pakai sunblock atau sunscreen? Ya, selain untuk elakkan kesan selaran (sunburn), sebenarnya nak elak juga kejadian jeragat. Mestilah tak cantik bila ada jeragat kan? Lagi-lagi di muka? Aduh.


Artikel kali ini, saya mahu berkongsi sedikit petua hilangkan jeragat berdasarkan pembacaan saya. InshaaAllah, ilmu yang bermanfaat kita kongsi bersama.


Petua Hilangkan Jeragat Hanya Dari Rumah


Kita lupakan sekejap produk hilangkan jeragat yang wujud di pasaran sana. Mari fokus dengan bahan alami dan mudah yang boleh didapati dalam rumah kita dahulu.


1. Teh Hijau


Minum teh hijau? Mengapa tidak manfaatkan untuk hilangkan jeragat juga.

Petua Hilangkan Jeragat


Caranya ambil beg teh hijau, rendamkan ia dalam air suam kemudian sapu pada bahagian kulit yang ada jeragat. Lakukan ia selalu. Jika bancuh teh hijau, begnya janganlah terus dibuang. Boleh gunakan ia untuk sapu pada jeragat dulu, okey?


Fakta pada teh hijau ialah ia mengandungi sifat anti-bakteria dan sifat anti-radang semulajadi. Jadi ia banyak dijadikan ramuan dalam produk kecantikan kulit untuk tujuan menghilangkan jerawat dan jeragat.


2. Lidah Buaya / Aloe Vera


Lidah Buaya adalah tumbuhan yang terkenal untuk tujuan kelembapan kulit. Jangan tidak tahu, ia juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan hilangkan jeragat.

Petua Hilangkan Jeragat


Caranya, ambil lendir pada daun lidah buaya dan sapukan ia pada kawasan jeragat seperti masker.


Ada satu bahan semulajadi di dalam Lidah Buaya yang namanya Aloesin yang berkesan untuk melawan pigmentasi kulit seperti jeragat. Amalkan selalu, supaya jeragat lama akan hilang dan menghalang juga kemunculan jeragat baru.


Selain hilangkan jeragat, amalan ini juga membantu untuk melembapkan kulit. Pasti berbaloi!


3. Jus Lemon


Suka memasak tak? Kalau suka, mesti ada lemon di dapur kan. Tak suka memasak pun, boleh sahaja beli sebiji lemon untuk tujuan hilangkan jeragat ini.

Petua Hilangkan Jeragat


Buat jus lemon dan simpan ia di dalam peti sejuk. Untuk tujuan hilangkan jeragat, ambil sesudu teh perahan jus lemon dan sapukan ia pada kawasan yang ada jeragat. Biarkan kering selama 5 ke 10 minit, kemudian bilas. Lakukan ini sehari 2 kali untuk kesan yang baik.


Lemon mengandungi vitamin C. Ia membantu untuk memudarkan parut jerawat dan jeragat. Kesan pada kulit pula ia membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. 


Tapi awas untuk si kulit sensitif ya. Jus lemon mungkin buatkan kulit anda sedikit kering. Jadi, jangan amalkan jika ia tidak serasi, okey?


Bonus: Petua Hilangkan Jeragat dengan Produk Shaklee


Kalau anda rasa petua tradisional atau bahan semulajadi dari rumah agak remeh untuk dilakukan dengan konsisten bagi tujuan hilangkan jeragat anda tersebut, mengapa tidak beralih kepada produk Shaklee? Ia juga semulajadi. Apa yang pasti, produk Shaklee lebih mudah diamalkan, jimat masa dan tenaga tentunya!


Hilangkan Jeragat dengan produk Shaklee


Di bawah ini, saya kongsikan gambar seorang pengguna produk Shaklee yang berjaya hilangkan jeragat beliau.


Nampak ketara kan jeragat beliau sudah memudar? Produk Shaklee memang terbukti nampaknya dapat membantu anda untuk hilangkan masalah jeragat, lebih-lebih lagi di kawasan muka.


Perkenalkan produk kecantikan kulit YOUTH Shaklee.


YOUTH Shaklee diperbuat daripada ramuan semulajadi yang telah dikaji dapat memberi manfaat optimum kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Ia juga melalui fasa ujian klinikal untuk membuktikan keberkesanannya.


Nak tahu apa yang lebih menarik? Ia sesuai untuk semua jenis kulit! Ia juga dapat membantu untuk penampilan kulit yang lebih awet muda! Memang bonus!


petua hilangkan jeragat shaklee


Nantikan artikel saya seterusnya untuk saya bercerita lanjut tentang YOUTH Shaklee ini. Bagi yang sudah tidak sabar, boleh terus WhatsApp saya untuk info pantas. Sehingga itu, stay next!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sikit? Terima kasih :)