14 April 2023

5 Tips Untuk Kurus Dengan Cepat, Lagi-lagi di Bulan Puasa!

Memiliki bentuk badan yang kurus dan langsing menjadi idaman ramai orang terutamanya kaum wanita. Namun, cabaran utama untuk kuruskan badan mungkin ialah nafsu makan yang susah untuk dibendung. Selain itu, ada juga yang Berjaya turunkan berat badan tapi cepat pula ia naik kembali. Apa nak buat kalau begini? Rasa macam misi diet jadi sia-sia pula bukan.


Kali ini, saya mahu berkongsi 5 tips untuk kurus dengan cepat. Kenapa nak cepat-cepat? Ha, ini poin penting. Bila dapat hasil kurus dengan cepat, tidaklah misi berhenti separuh jalan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam saja kan. Lagi pun, buat apa-apa memang orang kita nak cepat pun, setuju? 😊


Berdasarkan pengalaman saya membantu rakan-rakan dan pelanggan untuk misi menguruskan badan dengan set kurus Shaklee, ada 5 tips yang boleh saya kongsikan untuk manfaat bersama.


           1.    Utamakan makanan yang rendah indeks glisemik

Indeks glisemik ialah satu ukuran untuk menentukan sama ada sesuatu makanan itu cepat ditukarkan menjadi gula dalam darah kita. Semakin tinggi nilai indeks glisemik, maka semakin cepat ia ditukar menjadi gula (glukosa) dalam darah selepas dicerna. Kategori makanan jenis ini bukan saja membuatkan paras gula darah naik secara mendadak, tetapi ia juga tidak bagus untuk orang yang sedang mahu menguruskan badan. Glukosa yang banyak dalam darah akan bertukar menjadi tenaga, namun jika ia terlalu banyak ia akan disimpan sebagai glikogen dan lemak di bawah lapisan kulit.


kurus dengan cepat

Jadi, untuk kurus dengan cepat pilih-pilihlah makanan yang rendah nilai indeks glisemiknya. Makanan jenis ini membuatkan badan kita cepat kenyang tetapi lambat pula lapar. Secara tak langsung, kita dapat kurangkan kuantiti makanan yang dimakan. Kata nak kurus kan? Kenalah kurangkan kuantiti makanan yang dimakan juga ya!


2     2.     Kaedah memasak yang sihat

Lebih baik memasak sendiri berbanding makan di luar jika mampu, kerana kita dapat mengawal kaedah memasak yang lebih sihat. Kurangkan penggunaan minyak, santan, garam dan gula berlebihan. Selain itu, memasak dengan cara memanggang, merebus dan mengukus  adalah lebih baik berbanding menggulai dan menggoreng.


kurus dengan cepat


Poin utama ialah, mesti kurangkan pengambilan lemak dan minyak ya. Jangan risau jika makanan tak sedap. Sebenarnya ada banyak menu sihat yang sedap-sedap belaka. Rajin-rajin cari resepi okey.


 3.     Elakkan refined sugar


kurus dengan cepat


Refined sugar biasanya ada dalam kuih-muih, desert, makanan diproses seperti biskut, jajan dan air berkarbonat serta air kotak, bahkan dalam makanan segera. Elakkan semua ini! Makanan ini memang sedap, tapi perasan tak kita tak kenyang sangat pun bila makan walau hakikatnya ia mengandungi kalori yang tinggi. Awas dengan kalori tinggi yang tak perasan ini, sebab ia akan menambah jisim lemak dalam badan. Fokuskan kepada makanan daripada sumber semulajadi, ia lebih sihat dan serasi untuk misi anda untuk kurus dengan cepat.


4.       Buat senaman

Senaman dapat mengaktifkan kadar metabolisme badan supaya proses pembakaran lemak badan menjadi lebih cekap. Tapi persoalannya, senaman yang bagaimana?


Mengikut pendapat Hanif Loid, beliau menyarankan untuk melakukan senaman yang membuatkan badan kita lenguh, bukannya penat. Logiknya, senaman yang membuat kita lenguh membuatkan badan kita perlu kepada rehat tetapi jika senaman yang membuatkan kita penat, ia menyebabkan kita rasa lapar dan mahu makan. Tetapi ini tidak bermakna senaman kardio tidak boleh dilakukan langsung. Ia sesuai juga dilakukan, namun fokuskan kepada senaman jenis lain yang tidak membuatkan kita penat dan cepat lapar.


kurus dengan cepat


            5.     Cukupkan rehat dan waktu tidur


Rehat dan tidur yang cukup amat penting supaya badan tidak mengalami stress. Stress sebenarnya boleh mempengaruhi keupayaan badan untuk membakar lemak dengan efektif. Jadi pastikan cukup tidur, barulah boleh kurus dengan cepat.


Sebagai penutup, kaedah intermittent fasting boleh juga diamalkan sepanjang 5 tips ini diamalkan. Bagi umat Islam, bolehlah manfaat berpuasa di bulan Ramadhan untuk mencapai matlamat kurus dengan cepat. Melalui puasa atau intermittent fasting, kita sudah dapat menjimatkan kalori yang masuk ke dalam badan kita. Oleh itu, lagi besar peluang untuk kurus dengan cepat.


Selamat Berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sikit? Terima kasih :)