Ramai orang sedang mencari bisnes online. Anda pun nak mencuba? Jika ya, apakata pertimbangkan 3 perkara ini ketika anda mahu memilih bisnes online yang terbaik.
Bisnes
online dikatakan lebih mudah dan fleksibel dilakukan oleh sesiapa sahaja,
asalkan ada kemahuan dan usaha. Transaksi jual beli boleh dibuat melalui gajet
sama ada melalui telefon atau tablet atau computer riba sahaja. Memang mudah!
Di
sini, kami senaraikan 3 perkara yang mungkin anda pertimbangkan sebelum membuat
keputusan menyertai apa-apa bisnes online.
3 Kriteria Bisnes Online Terbaik
1. Memberi pulangan atau ganjaran yang sangat lumayan
Tujuan
berbisnes memang untuk mendapat pulangan yang paling banyak dan lumayan kan?
Jadi, ini kriteria pertama. Bagaiman nak tahu jika sesuatu bisnes online itu
memberi pulangan lumayan? Ini boleh
disemak dengan pengiraan modal berbanding keuntungan.
Jika
anda buat produk sendiri, kemudian jual secara online memang boleh buat untung
agak banyak di situ. Tetapi fikirkan semula tentang kos bahan mentah, kos upah
pekerja, kos pembungkusan dan kos pemasaran juga. Jika diteliti, banyak juga
kosnya bukan. Jadi tidak hairanlah jika ramai memilih bisnes online secara
dropship.
Kelebihan
bisnes online gaya dropship:
- Kerja untuk mempromosi dan membuat pesanan
sahaja, syarikat akan menguruskan pesanan yang kita buat.
- Guna sahaja bahan dan poster pemasaran yang biasanya disediakan oleh pihak syarikat. Sudah jimat masa!
- Ganjaran mengikut komisyen jualan. Semakin
banyak kita menjual, semakin banyak komisyen yang didapati.
Menarik
kan gaya dropship ni? Jadi bolehlah anda mula membuat tinjauan tentang bisnes gaya
dropship yang menarik hati anda. Pastikan ganjarannya pun lumayan ya.
Nak
tahu suatu bisnes online ala dropship yang memberi ganjaran sangat-sangat
lumayan? Mungkin ia boleh jadi bisnes online yang ingin anda ceburi nanti. Bolehlah
baca di link ini pula.
2. Mempunyai support system yang kukuh
Support
system di sini bermaksud syarikat dropship yang anda pilih jika bisnes online
tersebut merupakan gaya dropship. Jika anda mengeluarkan produk sendiri, maka
support system ialah pekerja dan sumber-sumber anda seperti bahan mentah,
pembekal dan lain-lain.
Mari
fokus kepada bisnes online gaya dropship kerana ia lebih mudah dilakukan dengan
modal yang rendah.
Sebelum
menyertai syarikat dropship, anda bolehlah buat tinjauan dahulu tentang
syarikat tersebut. Beberapa persoalan penting perlulah dijawab dan jawapan
sepatutnya memuaskan hati anda.
- Berapa lama syarikat sudah bertapak dalam arena perniagaan? Semakin lama semakin bagus kerana menunjukkan pengalaman yang banyak selain produk telah diterima baik dalam pasaran.
- Adakah pernah terdapat isu yang tidak baik
tentang produk yang diniagakan? Jika pernah, ia menunjukkan isyarat tidak baik
kepada masa depan bisnes online anda juga.
- Apakah jenis produk dan adakah ia kekal
relevan dalam pasaran? Jika produk jenis makanan viral, ia mungkin hilang
gelombang jualan bila ia tidak lagi viral, bukan. Jadi pentinglah untuk kita
tahu jika produk tersebut boleh laku sepanjang tahun. Contoh produk seperti ini
ialah produk makanan asas, pakaian, suplemen, produk pendidikan dan lain-lain. Bolehlah
anda fikirkan mana-mana produk yang anda suka untuk anda niagakan.
3. 3. Bisnes
yang boleh diwariskan kepada anak-anak
Segala
hasil usaha bisnes, memang untung sangat jika dapat diwariskan kepada
anak-anak. Selain menjamin kewangan anak-anak, ia akan menjadi kepuasan kepada
diri.
Kalau
bisnes dengan produk sendiri, memanglah biasanya ia boleh diwariskan. Namun ia datang
juga dengan pakej supaya anak memiliki ilmu berkaitandan pandai pula
menguruskan bisnes tersebut. Tapi kalau bisnes online, macam mana pula? Ada
peluangkah untuk diwariskan kepada anak-anak?
Jawapannya,
ya ada.
Bisnes
online yang satu ini memang boleh diwariskan kepada anak-anak. Apa yang lebih
menarik, ia diwariskan bersama-sama pencapaian yang telah dikecapi. Jika pencapaian
bisnes tersebut lumayan, anak-anak terus akan menyambung pencapaian yang bagus
itu. Lagi pula, mewarisi bisnes online tidaklah terlalu rumit berbanding
menguruskan bisnes fizikal. Menarik, bukan?
Untuk
ketahui bisnes online yang boleh diwariskan ini, jemput baca artikel ini pula.
Cukup
sudah tiga perkara yang mungkin anda boleh pertimbangkan semasa memilih bisnes
online. Jadi, bolehlah fikirkan yang terbaik sebelum memilih. Semoga artikel
ini bermanfaat hendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen sikit? Terima kasih :)