Bila mengajar subjek Sains dan Biologi, kita paling suka bab inilah.
Bab Nutrisi haa 😁
Maklumlah, sebab ia kan berkait dengan tubuh badan kita semua. Pengajaran dan pembelajaran tu terasa benar-benar 'layan' lah.
Kalau sentuh subtopik Mineral, kita akan sentiasa rasa wow!
Nak tahu sebab apa?
Sebabnya, dos mineral yang diperlukan oleh badan tak banyak mana pun, tapi kesan kalau kekurangan tu boleh tahan besar impaknya tau.
Macam dalam jadual di bawah ini.
Buku Rujukan Sains PT3 |
Bayangkan, macam-macam kesan boleh jadi bila badan seseorang tu tak cukup mineral. Boleh tahan serius tu 😱😱
Antaranya ialah osteoporosis, kejang otot dan anemia.
Ha bahaya kan?
Jadi, kalau ada simptom-simptom kekurangan mineral tu, korang semua jangan rasa ralatlah untuk ambil suplemen okey?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan