05 Disember 2018

Mengapa Saya Suka Hiking? Ini 5 Sebabnya!

Kali terakhir saya hiking ialah pada 2 Disember 2018 yang lalu iaitu mendaki Bukit Larut di Taiping, Perak. Puncak Bukit Larut terletak pada ketinggian 1036 meter dari aras laut. Apa yang berbeza kali ini ialah saya mendaki Bukit Larut sehingga ke puncaknya berbanding sebelum ini yang tak pernah pun sampai ke puncak! Memang suatu pengalaman yang memenatkan tetapi tetap menarik pada saya.

Tonton video berdurasi 1 minit 47 saat ini yang sempat saya rakamkan semasa di puncak Bukit Larut.



Apa Yang Bestnya Hiking Ni?

Saya mula ada hobi hiking ni ialah pada awal tahun 2018 hari tu. Masa tu selalu follow Facebook rakan hiker seorang ini yang asyik upload gambar-gambar indah masa beliau hiking ke mana-mana. Dari situ timbullah minat nak mencuba hiking juga hehe

Tapi memandangkan saya ni perempuan dan takde geng hiking sendiri makanya saya cuma cuba-cuba hiking yang berdekatan sahaja macam Gunung Semanggol dan Bukit Larut ni.

Kalau nak bagitau apa yang bestnya pasal hiking, bagi saya ialah bila dapat menikmati keindahan alam semulajadi tu. Dan lagi bila lepas aktiviti ni badan akan jadi ringan dan segar je.

5 Sebab Saya Suka Hiking


Tanpa meleret panjang lagi, jom saya bagitau 5 sebab mengapa saya suka hiking ni. Hihi

1) Menyihatkan Badan


Sejak dari kecil, badan saya ni memang tak sekuat mana. Mudah demam, mudah sakit kepala, takde stamina dan pucat selalu hehe.

Bila selalu-selalu hiking nie eh terasa ku bertenaga la pula :D

2) Menghilangkan Stress


Saya ni jenis yang susah nak luah perasaan, hatta kepada orang tersayang sekalipun. Apa-apa masalah cuma simpan dalam hati je, paling kuat pun tulis dairi dan mengadu kat Allah dalam doa lewat munajat lepas solat. So, cara terbaik saya lepaskan perasaan tu kadang-kadang adalah dengan pergi hiking atau make a short travel.

Sebab tu kalau tempat hiking tu ramai orang, saya tak ralat pun nak hiking bersendirian sebab boleh ambil masa untuk muhasabah diri dan legakan tekanan.

Lepas hiking biasanya badan lebih refresh dan saya boleh 'bangkit' semula.

3) Simulasi Mengejar Matlamat


Saya juga melihat aktiviti hiking ni macam simulasi mudah kita nak mengejar sesuatu matlamat dalam hidup. Sometimes kita memang tau matlamat kita contohnya bila hiking kita ada target nak sampai ke puncak. Tapi dalam perjalanan tu kadang kita penat, kadang kita rasa tak terdaya dan nak berpatah balik aje. Ada kalanya kita batalkan niat ke puncak sebab takde siapa yang support di sisi (macam takde orang nak join hiking kita). Ada masa juga kita sengaja lengah-lengahkan waktu dengan berehat berkali-kali dalam perjalanan dan dalam masa tu semangat kita boleh lemah sedangkan kita ada pilihan untuk kekal dengan matlamat asal.

Begitulah kita dalam kehidupan ni.

Ada matlamat yang hendak kita tuju. Tapi kadang kita mudah sangat back off bila takde orang yang sanggup bersama hingga tercapainya matlamat kita tu. Tapi kadang kita sendiri yang berpatah balik dalam perjalanan sebab kita rasa kita tak mampu, walhal kita sedar perkara tu yang buat kita makin jauh dari matlamat. 

Dan pengajaran yang saya dapat bila berjaya menawan puncak bukit atau gunung ialah jangan pernah berputus asa, berpatah balik atau tidak 'bergerak' dalam sesuatu perjalanan menuju matlamat. Biar lambat asal sampai. Biar penat macam mana pun tapi jangan sampai langsung tak bergerak, means be consistent. Sebab akhirnya kita tahu mesti kita boleh capai sesuatu matlamat tu asalkan kita terus berusaha mengejarnya tanpa erti mengalah :)

4) Boleh promo Shaklee


Haha! Yang ini memang serampang 2 mata.

Pernah je saya dapat jual sebotol OsteMatrix masa hiking yang lalu.

Saya juga selalu edar kad bisnes masa sembang-sembang dengan pengunjung lain. Yelah bila kenal-kenal ni tangan ni rasa ringan je nak hulur kad hehe

Apa salahnya kan.. strategi marketing kononnya :)

5) Uji prestasi Vitamin


Sebenarnya bila berjaya menawan puncak gunung dan bukit, saya kurang percaya sebenarnya. Kurang percaya pada diri yang sebenarnya saya ada kemampuan itu. Sebabnya ialah memang selalu ni badan saya lemah. Bila buat aktiviti lasak sikit pun saya mula pening, pucat dan akan perlu rehat berhari-hari lamanya. Jantung saya ni usah cakaplah berdenyut bagai nak rak. Hiking saja pun tak berlari, nafas akan tercungap-cungap macam nak putus nyawa hehe

Sejak kenal dengan Shaklee, saya mula amalkan suplemen Omega Guard untuk kesihatan jantung, walau pada mulanya ia untuk tujuan masalah jerawat batu. Saya konsisten dengan suplemen ni sebab ia memang baik untuk jantung.

Saya juga bawa Performance Drink Shaklee setiap kali nak beriadah dan hiking. Yang ni pula jenis minuman tenaga yang dikatakan boleh memberi tenaga 6 kali ganda kepada otot.

Selain tu, saya juga apply YOUTH Moisturiser SPF50 sebagai sunblock semasa aktiviti luar rumah.

Jadi semasa hiking adalah tempoh di mana saya menguji kesan produk-produk Shaklee nie pada diri hehe



Dan Alhamdulillah keupayaan jantung memang bertambah baik, badan pun bertenaga dan muka tak mudah sunburn. Yay, i love it!

Tak Pernah Hiking?


Bagi korang yang mungkin belum pernah hiking, korang memang patut cuba!

Saya pernah juga buat aktiviti sihat yang lain macam jogging, berjalan dan gymming tapi the best one is hiking tau.

Hiking ni walaupun kita berjalan je tapi dia punya pecah peluh tu tak ingat hehe. Lain kalau kita berjalan di tanah rata, kesannya tak sama. Jogging best juga tapi banyak nak kena cover sebab kita semua kan perempuan-perempuan ayu, lols!

Apa pun tak kisahlah nak beriadah macam mana ye, cuma pastikan buat aktiviti fizikal okay. Bukan apa nak badan kekal sihat ni kenalah bersenam ye tak.

Sekian, terima kasih kerana membaca ;)

32 ulasan:

  1. Teringin sangat nak cuba hiking sbb biras pon rajin hiking dengan famili. Tapi tulah, anak² kecil lagi. Hopefully one fine day, I will join the team. Macam seronok je tengok mereka hiking tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hiking memang seronok! takpe utamakan apa yang penting dulu nanti ada rezeki boleh hiking yer :)

      Padam
  2. yes any sports activities like hiking is good for health! get to breath the fresh air and enjoy the floral and fauna. just be careful to find your way out back. haha

    christmas buffet with discount promo code!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agreed! Haha don't worry many hikers are there to help :D

      Padam
  3. Bestnya! Dah lama tak pergi hiking. Last pergi dulu masa zaman belajar hahah. Sejak dah kerja ni memang tak menyempat langsung. Tapi kita tak active sangat hiking, badan tak berapa nak kuat hahhaah. And yes, betul tu memang boleh hilangkan stress.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab badan tak berapa kuat la saya paksa diri selalu hiking hihi. Takpe, kalau rasa tak kuat boleh cuba aktiviti lain yer

      Padam
  4. Bagusnya la rajin hiking. Rawlins lebih kepada manusia yang suka menari maka join even zumba dan lelain tu tapi hiking nie memerlukan stamina dan mental yang kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumba pun menarik Rawlins :) Hari tu saya ada nak join kawan2 berzumba tapi tak sempat pula. Taktau bila ada peluang lagi ni... nak join team lain mac segan sebab belum kenal huu

      Padam
  5. Hiking ni bagus kan cuma saya sejenis yang tak suka nak masuk tempat hiking tu. Saya prefer tempat yang lapang untuk saya bersenam. Hehe....memang ada peminat hiking ni. Tempat2 mana2 jauh dan dekat sanggup pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ow yelah..hiking ni macam kotor skit hihi kena meredah hutan bagai. Betul tu kalau peminat hikinh tegar tu memang sanggup ke mana2 pergi hiking. Setakat ni saya belum sampai tahap tu :D

      Padam
  6. Hiking memang good for health. I sendiri suka hiking kalau trail tak susah sangat dan tak de pacat memanjat saya. huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh pacat i pun geli hahah! So far Bukit Larut ni trail jalan tar je saya ikut. Jalan hutan tu tak berani so takde la isu pacat

      Padam
  7. Indeed if rajin bersenam ni mmg sgt bagus unt kesehatan dan bdn kan. Mana yg minat hiking bolehlah plan dan tetapkan matlamat siap2kan list nak tawan mana selepasnya hehe. Qeela zmn study & belom berkahwin dulu selalu jugak hiking, but now dah lama jugak tak hiking since ank pon kecik2 lg, so just buat senaman yg sesuai dan senang je with kids around. Anyway all the best in hiking 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Qeela. Haha macam tau2 je ada buat senarai nak tawan mana lepas ni..

      Memang ada pun beberapa tempat in the list dah :D

      Padam
  8. I've only tried once, I do like the fresh air I get from mother nature but going to the gym feels safer for me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya gym is also a good choice -much safer :)

      Padam
  9. Saya suka aktiviti lasak tapi kesihatan diri memang membataskan juga sebenarnya. Seronok tengok orang hiking. Pernah 2-3 kali je jungle tracking dulu. Sekarang tak mampu nak berlasak sangat dah. Sobssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke Tunsha Ayunie... takpe jangan bebankan diri yer. Buat aktiviti yang boleh dan mampu aje ye

      Padam
  10. Ala kita ni tak tahu lah tali hiking tu mampu tampung berat atau tidak wakaka silap-silap tergantung kat atas tu hehehe tapi teringin juga nak Hiking hehehehe mungkin kena buat simple latihan dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelakar lah komen Maha hehe. insyaAllah Maha pun boleh je hiking ni..

      Betul stamina kena kuat tau

      Padam
  11. hiking mmg best..dapat keluar peluh, kurangkan stress..plg best jalan2 tgk keindahan alam..mmg puas dan tenang..ni salah satu cara jaga kesihatan badan kan..tiba2 rindu kat hiking

    BalasPadam
  12. Memang betul. Hiking ni penat. Even tak berlari tapi mendaki tu memang banjir peluh. Puas hati btol. Rasa badan makin sihat. Berbeza jogging. Lari sikit dah penat tapi mcm ena tak berapa nak peluh. So prefer hiking. Confirm lencun.

    BalasPadam
  13. Suka bab mengejar matlamat tu..sebab yang terbaik tu. Walau susah mana pun hiking, bila sampai di puncak, rasa puas tu lain macam kan..terbaik hobi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul JMR puas sangat bila sampai puncak, tapi sementara nak sampai tu pancit usah cakaplah hahaha

      Padam
  14. Wahh!! kita geng la.. memang kaki hiking.. AM walaupun badan agak berisi tapi memang suka aktiviti hiking mahupun lasak.. bertambah2 teruja kalu pegi tmpt baru tgk suasana yg hijau dan mendamaikan.,., satu perasaan yg best yg susah nak ungkap dgn kata-kata

    BalasPadam
  15. Hiking memang best dan memyeronokkan Di samping jaga stamina kita boleh muhasabah diri dengan menikmati alam ciptaan Tuhan .Teringin juga nak hiking tapi masa tak mengizinkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapalah, nanti ada masa boleh Mimi pergi hiking pula :)

      Padam
  16. Teringin nak hiking Penang Hill ni. .tpi tu la anak2 pulak tak tau nak letak mana.. Hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyaka.. haha.. tinggal la sekejap dengan Mr Mama tak boleh ke 😂

      Padam

Komen sikit? Terima kasih :)