Vision Board
=
Waktu sekolah dulu-dulu, kita ingat selalu je kita tulis di mana-mana buku atau kertas perkataan SPM 10A1, takpun Straight A's gitu la. Hehe. Bukan kita sorang je, ramaiii student pun buat benda yang sama. Entah2 korang pun sama kan 😁
Biasa masa tu asyik fikir study je kan, takde serabut kepala fikir benda lain. Nak aim dapat result exam terbaik jelah masa tu. Boleh perform ke tak boleh perform janji aim dan tulih di mana-mana. Haha
Cikgu sekolah pun main peranan juga. Hias kelas pun mesti letak perkataan target akademik / straight A tu kat kelas. Pendek kata, mana2 pergi pun nampak SPM 10A1 itulah 😆
Tak sedar rupanya itulah salah satu vision board. Kita tulis apa yang mahu kita capai dan aim. Pastu tengok selalu-selalu supaya betul melekat kat kepala!
VISION BOARD memang memandu arah menuju matlamat kita. Ini resepi kebanyakan orang berjaya tu. Orang kata kita kena tulis dan kalau boleh visualise sesuatu matlamat, aim atau impian kita tu. Tengok hari-hari, visualise it and feel it.!
Ia akan jadi doa.. sebab dah selalu disebut-sebut dan diprogram dalam minda. Kalau tak capai sejibik pun, mesti akan capai sipi-sipi.
Waktu SPM tu kita skor 80% je dari aim yang kita buat tu.hihi
Berkesan wehh vision board yang dibuat tu! Walaupun bukan 100% tepat dan sekadar ikut-ikutan je 😂😂
#tsunamishaklee
#tsunami2018
#teamcergas
#gorgeous12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen sikit? Terima kasih :)