Wanita dan kecantikan, berpisah tiada. Memang lumrahnya, manusia sukakan kecantikan tidak kisah wanita mahu pun lelaki. Namun untuk wanita, mesti lebih-lebih lagi kan? 😁
Jadi, artikel kali ini santai-santai sahaja.
Saya ingin kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita
amalkan. 3 doa ini pula berkait dengan tips kecantikan dan seri wajah. Jom lah!
Doa 1: Doa Melihat Cermin
Yang pertama, setiap kali melihat wajah atau diri di cermin bacalah doa ini,
Doa ini adalah satu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah saw tau. Lihat bait-bait katanya pun sangat indah kan?
Selain kita meminta wajah yang cantik dan menarik, semestinya kita patut meminta akhlak yang baik juga. Tak begitu?
Doa 2: Doa Menaikkan Seri Wajah
Doa ini dipetik daripada surah Yusuf, ayat 4.
Nabi Yusuf adalah seorang utusan Allah yang diceritakan sangat elok rupa parasnya sehingga Zulaikha tergila-gila dan berhasrat menggoda baginda. Kisah menarik ini telah diceritakan dalam lembaran sejarah.
Nabi Yusuf bukan sahaja segak, tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Ini dibuktikan apabila baginda memaafkan saudara-saudara kandungnya yang telah mengkhianati baginda sebelum itu.
Jadi, jom kita amalkan doa ini sama-sama. Semoga wajah kita berseri-seri seperti Nabi Yusuf, malah menyenangkan mata yang memandang.
Doa 3: Zikir Fatimah
Yang terakhir, zikir Fatimah.
Diceritakan, ketika anakanda Rasulullah saw yakni Fatimah Az-Zahra mengadu keletihan membuat kerja-kerja rumah, makabeliau meminta seorang hamba perang sebagai pembantu rumah daripada Rasulullah saw. Namun, Fatimah kemudiannya dipujuk oleh Baginda saw dengan menitipkan zikir ini,
Diceritakan lagi selepas ini Fatimah tidak lagi merasa keletihan selepas mengamalkan titipan Rasulullah tersebut. Subhanallah!
Kita boleh belajar sesuatu daripada sini.
Kebiasanya, wanita sangat kuat berperang dengan emosi. Beban wanita dalam rumahtangga juga tak kurang hebatnya dari segi mengurus rumahtangga dan keperluan, beserta mendidik anak-anak. Jadi, keletihan itu memang valid kan? Jika keterlaluan, wanita juga sedang burnout, di mana kesihatan emosi dan mental mula tidak stabil.
Oleh itu, jadikanlah zikir Fatimah ini sebagai penguat jiwa dan mental kita hendaknya.
Kesimpulan
Saya percaya ada banyak lagi doa-doa untuk wanita yang bermanfaat yang boleh kita semua amalkan. Kalau ada yang anda sendiri amalkan, sudi-sudilah share juga di bahagian komen ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan