Follow Us @bijak.sihat

18 Ogos 2023

4 Vitamin Untuk Wanita Yang Digalakkan untuk Menjaga Kesihatan Diri

Wanita adalah istimewa kerana mereka melalui banyak tahap perubahan sepanjang hidup mereka iaitu mengalami menstruasi, hamil, melahirkan, menyusukan dan fasa menopause. 


Sekali fikir, hidup wanita memang rumit! Tetapi itulah dia, Maha Hebatnya Allah yang menciptakan makhluk seistimewa wanita.


Setiap fasa hidup seorang wanita sebenarnya menuntut penjagaan diri yang terbaik sebagai sokongan. Untuk itu, pentingnya sebagai wanita untuk sentiasa menitikberatkan penjagaan dan kesihatan diri. 


Artikel kali ini, ingin saya kongsikan 4 vitamin dan suplemen untuk wanita yang dapat membantu meningkatkan dan menyokong tahap kesihatan wanita-wanita sepanjang usia. Jom!



4 Vitamin Untuk Wanita


1. Multi-vitamin Vita-Lize


Vita-Lize membekalkan sehingga 25 jenis vitamin dan mineral bagi melengkapkan keperluan harian seorang dewasa.


Cabaran dunia kini menuntut kesibukan diri bagi lelaki mahupun wanita. Tetapi bagi wanita lebih-lebih lagi jika anda bekerjaya. Mana mahu uruskan hal rumah lagi, mahu uruskan kerjaya pula. Tenaga kena kuat, semangat kena hebat.


Sebagai sokongan harian, VitaLize dapat membantu dari segi mencukupkan zat dalam pemakanan harian. Zat-zat ini sangat penting tau supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik, kekal cergas bertenaga dan sihat-sihat selalu.

vitamin untuk wanita


2. Ostenutrix


Ingat susu, ingat kalsium betul? Tahukah anda, sumber kalsium bukan hanya susu tau! Ada banyak makanan lain yang boleh berikan kalsium kepada tubuh badan kita seperti sayuran hijau, kacang badam, tauhu dan ikan sardin. 


Kalau suplemen, cuba amalkan Ostenutrix ini. Ia membekalkan bukam sekadar kalsium tetapi lebih dari itu.

vitamin untuk wanita


Wanita mengalami fasa hamil dan menyusukan anak, jadi kalsium sangat-sangatlah penting untuk badan. Jika kalsium tak mencukupi, akan timbul masalah-masalah kesihatan seperti sakit badan, tulang rapuh, gigi reput dan osteoporosis. Takut kan?



3. GLA Complex


Hormon wanita memang kompleks. Ada ketikanya gembira semangat lain macam, ada ketikanya tiada mood, hilang entah ke mana. 


Wanita mesti pernah alaminya kan? Ini semua adalah pengaruh hormon dalam badan wanita yang mengawalatur proses dalam badan terutama berkaitan kitar haid setiap bulan.


GLA Complex adalah salah satu vitamin untuk wanita yang boleh saya cadangkan.

vitamin untuk wanita


Bukan hanya sesuai untuk masalah haid tak teratur tapi sesuai juga untuk fasa menapous.



4. Omega Guard


Satu lagi vitamin untuk wanita yang penting ialah Omega Guard.


Paling utama, ia menyokong kesihatan sendi, jantung dan peredaran darah. Ia menyokong tahap kesihatan terutama buat mereka yang menghidap tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit jantung dan arthritis (radang dan sakit sendi).

vitamin untuk wanita


Semakin berusia, semakin wanita kena menitikberatkan soal kesihatan jantung dan sendi. Oleh itu, kecergasan badan akan terjaga.


Selain empat vitamin untuk wanita ini, ada lagi beberapa item yang bersesuaian mengikut individu. Untuk itu, mungkin saya akan kongsikan dalam artikel lain pula nanti ya.


Baca Juga:

Testimoni Pengguna VitaLize  (dulu namanya VitaLea)

Tiada ulasan: