10 Mei 2023

Rumah Terbuka Hari Raya – Persediaan Kekal Sihat, Jom?

             Sungguhpun Aidilfitri telah berlalu, namun kita masih di bulan Syawal yang diraikan. Tentu banyak jemputan rumah terbuka, sama ada dianjurkan keluarga, saudara, rakan-rakan dan majikan tempat kerja. Wah, meriah kan! Disajikan pula dengan aneka juadah yang tentunya sedap-sedap belaka boleh buatkan tetamu makan tak ingat dunia ya. Syukur, rezeki kita di bumi Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian juadah makanan dan minuman.


Tapi, sebelum ke hari raya open house tu beringat-ingatlah ya. Beringat supaya sentiasa kekalkan kesihatan diri dengan memilih makanan yang baik mengikut tahap kesihatan sedia ada. Nak merasa semua makanan, tentu tak salah. Tapi berpada-pada dengan kuantiti ya. Kurangkan makanan manis-manis. Kalau sudah banyak makan kuih muih, biskut raya dan desert, seimbangkanlah ia dengan pengambilan air kosong. Ada banyak tips lagi yang boleh dipraktikkan okey? Yang penting, berpada-padalah makan ketika di rumah terbuka hari raya.


Untuk kali ini, saya ingin kongsikan beberapa suplemen yang sesuai diambil untuk melegakan perut, sistem penghadaman dan pelawasan semasa musim rumah terbuka hari raya sekarang ini. Maklumlah, banyak makan mesti banyak ragam pula. Mungkin ada yang makan terlampau kenyang sampai sakit perut dan tak selesa. Ada pula yang jadi badan berangin sebab tersilap makan. Tak kurang juga yang hadapi masalah untuk membuang air besar dengan lancar. Dan, yang paling terkenal mungkin ramai yang dah naik badan sebab asyik memenuhi jemputan rumah terbuka hari raya? Hehe


Jangan risau..

Jom kenali beberapa suplemen Shaklee yang dapat membantu.


3 Suplemen Terbaik untuk Musim Rumah Terbuka Hari Raya

1.    
rumah terbuka hari raya

     HerbLax


Herblax paling baik untuk mereka yang alami masalah membuang air besar dan perut buncit! Makan banyak-banyak di rumah terbuka hari raya takkan pula tidak membuang air besar setiap hari kan, tak logik. Bila lancar membuang, insyaaAllah badan pun rasa selesa dan sihat. Kebaikan Herblax ialah,

  •  Membersih najis yang tersekat di usus
  •  Membantu masalah sembelit
  •  Mengempiskan perut
  •  Melembutkan najis dalam kes sembelit

 

2.    Alfalfa Complex


Ada masalah badan berangin? Alfalfa boleh membantu. Mengikut sejarah botaninya, Alfalfa telah digunakan sejak 2500 tahun dahulu kerana kaya dengan pelbagai nutrisi. Antara manfaat Alfalfa Complex ialah,

  •  Mencuci hati, darah dan usus daripada toksin
  •  Melawan alahan seperti masalah resdung
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut, jadi membantu masalah penghadaman
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol

 

3.    Lecithin


Menu rumah terbuka hari raya jika bukan yang manis-manis, ada juga yang berminyak dan bersantan tentunya. Awas, lemak memang ada kegunaanya untuk badan kita tapi pengambilan tetap perlu dikawal mengikut kuantiti yang tidak berlebihan. Lecithin bermanfaat untuk membantu pencernaan lemak di dalam dengan baik. Selain itu, Lecithin juga berperanan sebagai

  •  Membantu penyerapan vitamin larut lemak dengan baik
  •  Melindungi hati dengan menghalang enapan lemak pada hati
  • Memecah lemak dan kolesterol, jadi membersih salur darah dan mengurangkan risiko tersumbat
  • Melangsingkan badan kerana menggalakkan pembakaran lemak badan


Itu dia 3 suplemen yang boleh disediakan sebagai persiapan ketika musim rumah terbuka hari raya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen sikit? Terima kasih :)