Follow Us @bijak.sihat

19 Januari 2020

Tips Mencari Sunblock Terbaik untuk Muka | Apa Maksud "Broad Spectrum"?

Ada macam-macam jenis dan jenama sunblock di pasaran, betul? Tapi yang mana satu sunblock terbaik untuk kulit kita ya.. mungkin ada yang tertanya-tanya begini kan.




Kali ini satu sahaja features yang ingin saya kongsikan.

Melihat gambar di atas, ada yang sudah pergi belek-belek sunblock sendiri ke tu..? Hehe

Ada Label "Broad Spectrum" tak?


Kalau ada yang sudah menyemak sunblock masing-masing, mungkin ada yang berlabel "Broad Spectrum" tapi mungkin juga tiada label tersebut kan. Jadi apa maksud dan kelebihan label tersebut?

Teruskan membaca.

Tujuan kita memakai sunblock ialah untuk melindungi kulit, lebih tepat lagi iaitu melindungi kulit dari sinar berbahaya yang datangnya dari cahaya matahari. Dan sebenarnya sinaran berbahaya dalam cahaya matahari ada 2 jenis pula, iaitu UVA dan UVB.

Beza UVA dan UVB

Mengikut laman Univercity of Iowa (Dermatology Clinic), UVB adalah sinar ultra-ungu yang boleh menembus kulit kita dan menjadi penyebab kesan sunburn, jeragat dan bahaya paling teruk ialah risiko kanser kulit.

UVA pula ialah jenis sinaran ultra-ungu yang menyebabkan pigmentasi, iaitu kesan-kesan penuaan kulit seperti kedut, kusam dan bintik-bintik penuaan. Jeragat tak termasuk dalam bahagian ini kerana masalah jeragat berakar-umbi dari dalam kulit, iaitu lebih dominan disebabkan oleh UVA okay.


Kelebihan Sunblock Terbaik dengan Label "Broad Spectrum"


Label "Broad Spectrum" sebenarnya memberi indikasi yang sesuatu sunblock tersebut dapat melindungi kulit bagi kedua-dua UVA dan UVB. Bagus kan? Sebab apabila gunakan sunblock jenis ini, kulit kita akan dilindungi dari kesan-kesan penuaan, masalah jeragat, sunburn dan risiko kanser kulit.




Eh, alang-alang nak pakai sunblock mestilah nak pakai sunblock terbaik dengan fungsi yang mantap melindungi kulit kita tu betul tak?

Jadi, memilih sunblock terbaik bukan sekadar tengok harga tau adik-adik. Bukan juga tengok nilai SPF tinggi ke tidak juga ya. Yang penting, mesti melindungi kita dari kedua-dua UVA dan UVB okay. Maka pilihlah yang berlabel "Broad Spectrum" untuk perlindungan menyeluruh ya.

Label "Broad Spectrum" DiLulus Oleh FDA


Setiap pengeluar sunblock memang tak boleh nak suka-suka melabel produk mereka. Semuanya tertakluk kepada peraturan badan tertentu atau sesuatu negara tersebut.

Mengikut garis panduan FDA, label "Broad Spectrum" hanya lulus untuk produk sunblock yang betul-betul dapat melindungi kulit dari UVA dan UVB. Jadi, tahniah ya untuk semua pemakai sunblock yang ada label "Broad Spectrum" - anda sudah memilih sunblock terbaik!

Nak bertukar sunblock yang ada label "Broad Spectrum"? Cubalah jenama Youth ini tau!


Nak beli dengan harga LEBIH JIMAT? Tanya saya okay ;)


Hubungi saya Zaleha di 011-3619 8300 kalau nak cuba ya :-) :wink:

1 ulasan:

kandang kurban berkata...

zakat mal infaq zakat mudah online