Follow Us @bijak.sihat

05 Disember 2017

Kaitan Jerawat dengan Kesihatan Kita - Sila Ambil Perhatian!

Ada orang pernah sanggah - jerawat ni sebab darah kotor! Anda pernah dengar? Betulkah ada kaitan jerawat dengan kesihatan?



Pada usia remaja, kulit wajah kita biasa dinaiki jerawat. Ini adalah tempoh jerawat di mana ketidakstabilan hormon berlaku disebabkan perubahan fizikal dan emosi seorang remaja. Yes, ia normal! Tapi, kalau kita sudah melepasi usia remaja tetap juga jerawat mahu singgah, eh apa cerita ni? Ada kaitan dengan hormon lagi ke agaknya? Ini suatu topik yang menarik. Jaja ingin kongsikan kali ini apa kaitan jerawat dengan kesihatan tubuh kita.

Maklumat mengenai kaitan jerawat dengan kesihatan tubuh kita ini sebenarnya dikongsikan oleh pakar kulit di Sydney, Emma Hobson yang juga pengurus pendidikan di Institut Derma Antarabangsa. Beliau umpamakan wajah ibarat peta yang boleh menggambarkan apa yang berlaku di dalam badan kita.

Suatu lagi sumber dari Reader Digest online pula menyebut yang kaitan jerawat dan kesihatan ini datangnya dari Ayurveda, iaitu cara perubatan orang India.



Naik Jerawat - Apa maknanya?


Kalau ikut definisi yang ramai orang faham dan disebut juga oleh komuniti perubatan, jerawat ialah suatu bentuk tindakbalas kulit disebabkan beberapa faktor seperti hormon, serangan bakteria, liang pori tersumbat dan kotor, serta alergi. Jerawat dengan keradangan pula biasanya adanya campur tangan sel darah putih untuk melawan serangan pada kawasan kulit tersebut.

Kesimpulan mudah, boleh juga dikatakan yang jerawat memang ada kaitan dengan kesihatan kulit seseorang itu.

Jadi, apa pula kaitan jerawat dengan kesihatan dalaman kita?


Hubungan Jerawat dengan Kesihatan Organ Dalaman Kita


Berdasarkan perkongsian pakar kulit Sydney, Emma Hobson mari Jaja dedahkan satu-persatu untuk anda ya.

Lihat gambar rajah 'peta organ' pada wajah di bawah.




1. Dahi - Usus


Jerawat yang berkaitan dengan kesihatan perut mungkin disebabkan stress, kurang minum air dan diet yang lemah. Jadi, minumlah air yang mencukupi dan makan dengan seimbang.


2. Pipi - Peparu


Jerawat di pipi ada kaitannya dengan kesihatan peparu. Ia mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang tercemar.


3. Zon T - Hati, hempedu, pankreas


Jerawat di kawasan ini dikaitkan dengan kesihatan perut dan usus. Boleh jadi juga kerana makan makanan berminyak, jadi jagalah pemakanan kita yang seimbang dan kurangkan makanan tinggi lemak.


4. Antara 2 kening - Hati


Yang ni ada kaitan dengan kesihatan organ hati pula. Dinasihatkan untuk elak makanan yang mengandungi laktosa dan alkohol.


5. Dagu - Ginjal, ovari


Pergerakan aktif hormon berlaku di sini, sebab tak hairanlah kalau naik jerawat bila hormon tak stabil contohnya bagi wanita yang sampai kitar haid mereka setiap bulan.

Selain hormon, jerawat di dagu juga ada kaitannya dengan kesihatan usus besar, makna kata ada masalah dengan pembuangan najis. Jadi pakar kulit Emma galakkan untuk banyakkan minum air dan makan makanan kaya serat seperti buah dan sayuran.


6. Leher


Jarang dengar jerawat di leher ya tak? Menurut Emma, kalau tumbuh jerawat di leher maksudnya ada kaitan dengan kesihatan kelenjar tiroid. Penghasilan hormon progestron berkurang, jadi jerawat tumbuh kerana kekurangan hormon ini yang boleh menghalang timbulnya jerawat.


7. Sekitar bibir


Ia berkaitan dengan haid bagi perempuan. Kekurangan serat juga antara penyebab naik jerawat di sekitar bibir.

8. Telinga, pelipis dan bawah mata - Ginjal, pundi hempedu


Tekanan adalah punca jerawat di bahagian ini! Cara untuk pulihkan kesihatan adalah dengan cukupkan rehat dan tidur serta cukupkan minum air.



Mahu hilangkan masalah jerawat yang sering menghantui anda tu? Mungkin benar organ dalaman anda ada yang tak berapa sihat. Salah satu cara terbaik untuk memelihara kesihatan dalaman kita ialah dengan detoks - iaitu menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan yang memudaratkan kesihatan kita itu.

Ada banyak sangat kelebihan detoks tau!

Baca lanjut di sini ya.

>>>  8 Kebaikan Detoks <<<

Tiada ulasan: