Antioksidan adalah suatu khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia. Sebab itulah ada produk baik makanan mahupun minuman kaya antioksidan yang dijual di pasaran sebagai suplemen / makanan tambahan. Syarikat suplemen semulajadi antarabangsa Shaklee pun ada produk minuman kaya antioksidan juga tau - Vivix namanya!
Sebelum Jaja cerita lebih lanjut tentang kebaikan Vivix yang kaya dengan antioksidan ini, mari Jaja terangkan dulu apa kaitannya antioksidan dengan kesihatan kita. Teruskan membaca.
Radikel Bebas dan Kesihatan Kita
Pernah dengar radikel bebas? Sebenarnya perkataan ini
mungkin dah banyak kali kita dengar. Apa yang kita faham selama ni mungkin
ialah radikel bebas itu tak bagus untuk badan kita. Pendek kata, radikel bebas
boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada tubuh manusia. Ya benarlah tu.
Radikel bebas, dalam satu jurnal
daripada US National Library of Medicine National Institutes of Health mendefinisikan
ia sebagai sebarang bahan atau molekul yang wujud dengan elektron yang tidak
mencukupi pada struktur atomnya – pendek kata, molekul yang tak stabil lah!
Sebagai guru tuisyen Kimia, Jaja faham juga yang molekul yang tidak stabil
sangat cenderung untuk mencapai kestabilan. Caranya? – ialah dengan menerima atau memberi elektron dengan bahan lain di sekelilingnya.
Radikel bebas ini boleh terbentuk
hasil daripada proses metabolisme dalam badan kita. Ia juga dihasilkan dari
sumber luar badan kita seperti pendedahan kepada sinar-X, ozon, asap rokok,
pencemaran udara dan bahan kimia industry.
Bila sel badan kita terdedah
kepada radikel bebas yang tidak stabil ini, ia akan mengambil atau membebaskan
electron dari molekulnya kepada sel badan kita. Akibatnya sel badan menjadi
terganggu dan rosak. Bila sel rosak, tisu dan organ badan turut akan rosak.
Sistem badan kita akhirnya semakin merosot dan penyakit mulai datang menyerang.
Contoh penyakit yang boleh terbentuk kesan serangan radikel bebas ialah kanser!
Fungsi Antioksidan dan Kebaikannya kepada Badan
Radikel bebas memerlukan antioksidan untuk menstabilkannya,
maka ia tidak akan memudaratkan sel badan kita. Risiko diserang penyakit juga
dapat dielak apabila ada kandungan antioksidan yang tinggi dalam badan kita.
Kesimpulan mudah – antioksidan membantu badan kita kekal
sihat daripada serangan radikel bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit dan
risiko kanser.
Sumber Antioksidan
Antioksidan biasanya dimiliki oleh buah-buahan dan
sayur-sayuran dengan warna yang terang seperti oren, anggur, mulberi, strawberi
dan lobak merah. Jenis antioksidan pula ada pelbagai seperti...
- Beta carotene
- Flavonoid
- Isoflavonoid
- Kuprum
- Mangan
- Polifenol
- Vitamin A
- Vitamin C
- Vitamin E
- Zink
Vivix - Minuman Kaya Antioksidan
Memperkenalkan Vivix Shaklee
Vivix adalah minuman antioksidan daripada sumber resveratrol
dan polifenol. Ia adalah sejenis minuman tambahan atau suplemen yang mempunyai
kebaikan tertentu.
4 bahan utama di dalam Vivix ialah
- Anggur Muscadine
- Polygonum Cuspidatum
- Eldeberi Eropah
- Lobak Ungu
Modus Operandi: Bagaimana Vivix Bertindak?
1. Melindungi sel
Ini ada kaitannya dengan kandungan antioksidan di dalam
Vivix yang dapat meneutralkan radikel bebas dalam badan kita. Semakin kurang
radikel bebas menyerang sel badan, maka sel badan kita dapat dilindungi
daripada kerosakan dan gangguan. Jadi, kita akan menjadi lebih sihat dan jauh
dari risiko penyakit, insyaAllah!
2. Menambah tenaga sel
Sel badan akan mengalami pengurangan tenaga akibat faktor
penuaan.Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria, iaitu pusat jana tenaga di
dalam sel. Jadi, fungsi sel dapat ditingkatkan
3. Memperbaiki sel
Dalam kajian, kandungan Vivix dapat memperbaiki sel dengan
cara memanjangkan telemor, iaitu biomarker yang menunjukkan penuaan sihat dan
kesihatan sel DNA kita. Semakin panjang telemor, maka semakin seseorang itu
sihat. Dan Vivix dapat menyumbang kepada pemanjangan telemor!
Baca lanjut: >>> Telemor dan Vivix
4. Meningkatkan prestasi sel
Apabila mitorkondria dalam sel meningkat, sel badan kita
dapat melakukan fungsinya dengan paling optimum dan efisien. Prestasi kerja sel
badan akan meningkat, kesannya kita akan merasa lebih cergas dan sihat.
Melambatkan pembentukan protein AGE yang berkait rapat
dengan penuaan.
Khasiat dan Manfaat Vivix
- Menggalakkan penuaan yang sihat dan penampilan awet muda
- Membantu merendahkan risiko kanser kerana merencat pembentukan sel kanser
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan memelihara kesihatan jantung
- Mengurangkan komplikasi akibat diabetes kencing manis
- Menyokong kesihatan sendi kerana memelihara kesihatan saraf
- Mengurangkan risiko penyakit nyanyuk (Alzheimer)
- Membantu menyihatkan pesakit Parkinson
- Membantu menyihatkan pesakit Strok
- Meningkatkan keupayaan imunisasi badan
- Menggalakkan kesihatan badan secara menyeluruh
Apa Kata Mereka tentang Vivix?
Jika anda ingin mendapatkan VIVIX Shaklee, hanya perlu hubungi Jaja ya. Klik button di bawah untuk Whats App Jaja terus tanpa perlu menyimpan nombor satu-persatu ;)
Rujukan:
2. MyDR
3. NCBI (1)
4 ulasan:
rokok dan asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada oksidan kepada tubuh badan manusia
Betul, susah kita nak mengelak 2 benda ni. Duduk dalam rumah pun belum tentu selamat :P
So, amalkan makanan yang kaya antioksidan supaya sel badan kita dapat dilindungi, amalkan suplemen antioksidan pun ok macam Vivix ni :)
vivix mmg bgus dan byk khasiatnya
Aah cik renex, berkhasiat dan berbaloi untuk diamalkan 😉
Catat Ulasan