Follow Us @bijak.sihat

29 November 2017

Kebaikan Minuman Kaya Antioksidan – Vivix



Antioksidan adalah suatu khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia. Sebab itulah ada produk baik makanan mahupun minuman kaya antioksidan yang dijual di pasaran sebagai suplemen / makanan tambahan. Syarikat suplemen semulajadi antarabangsa Shaklee pun ada produk minuman kaya antioksidan juga tau - Vivix namanya!

Sebelum Jaja cerita lebih lanjut tentang kebaikan Vivix yang kaya dengan antioksidan ini, mari Jaja terangkan dulu apa kaitannya antioksidan dengan kesihatan kita. Teruskan membaca.

Radikel Bebas dan Kesihatan Kita


Pernah dengar radikel bebas? Sebenarnya perkataan ini mungkin dah banyak kali kita dengar. Apa yang kita faham selama ni mungkin ialah radikel bebas itu tak bagus untuk badan kita. Pendek kata, radikel bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada tubuh manusia. Ya benarlah tu.

Radikel bebas, dalam satu jurnal daripada US National Library of Medicine National Institutes of Health mendefinisikan ia sebagai sebarang bahan atau molekul yang wujud dengan elektron yang tidak mencukupi pada struktur atomnya – pendek kata, molekul yang tak stabil lah! Sebagai guru tuisyen Kimia, Jaja faham juga yang molekul yang tidak stabil sangat cenderung untuk mencapai kestabilan. Caranya? – ialah dengan menerima atau memberi elektron dengan bahan lain di sekelilingnya.

Radikel bebas ini boleh terbentuk hasil daripada proses metabolisme dalam badan kita. Ia juga dihasilkan dari sumber luar badan kita seperti pendedahan kepada sinar-X, ozon, asap rokok, pencemaran udara dan bahan kimia industry.

Bila sel badan kita terdedah kepada radikel bebas yang tidak stabil ini, ia akan mengambil atau membebaskan electron dari molekulnya kepada sel badan kita. Akibatnya sel badan menjadi terganggu dan rosak. Bila sel rosak, tisu dan organ badan turut akan rosak. Sistem badan kita akhirnya semakin merosot dan penyakit mulai datang menyerang. Contoh penyakit yang boleh terbentuk kesan serangan radikel bebas ialah kanser!


Fungsi Antioksidan dan Kebaikannya kepada Badan


Radikel bebas memerlukan antioksidan untuk menstabilkannya, maka ia tidak akan memudaratkan sel badan kita. Risiko diserang penyakit juga dapat dielak apabila ada kandungan antioksidan yang tinggi dalam badan kita.

Kesimpulan mudah – antioksidan membantu badan kita kekal sihat daripada serangan radikel bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit dan risiko kanser.


Sumber Antioksidan


Antioksidan biasanya dimiliki oleh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna yang terang seperti oren, anggur, mulberi, strawberi dan lobak merah. Jenis antioksidan pula ada pelbagai seperti...
  • Beta carotene
  • Flavonoid
  • Isoflavonoid
  • Kuprum
  • Mangan
  • Polifenol
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zink

Vivix - Minuman Kaya Antioksidan


Memperkenalkan Vivix Shaklee


Vivix adalah minuman antioksidan daripada sumber resveratrol dan polifenol. Ia adalah sejenis minuman tambahan atau suplemen yang mempunyai kebaikan tertentu.

4 bahan utama di dalam Vivix ialah

  1. Anggur Muscadine
  2. Polygonum Cuspidatum
  3. Eldeberi Eropah
  4. Lobak Ungu


Modus Operandi: Bagaimana Vivix Bertindak?


1. Melindungi sel


Ini ada kaitannya dengan kandungan antioksidan di dalam Vivix yang dapat meneutralkan radikel bebas dalam badan kita. Semakin kurang radikel bebas menyerang sel badan, maka sel badan kita dapat dilindungi daripada kerosakan dan gangguan. Jadi, kita akan menjadi lebih sihat dan jauh dari risiko penyakit, insyaAllah!

2. Menambah tenaga sel


Sel badan akan mengalami pengurangan tenaga akibat faktor penuaan.Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria, iaitu pusat jana tenaga di dalam sel. Jadi, fungsi sel dapat ditingkatkan

3. Memperbaiki sel


Dalam kajian, kandungan Vivix dapat memperbaiki sel dengan cara memanjangkan telemor, iaitu biomarker yang menunjukkan penuaan sihat dan kesihatan sel DNA kita. Semakin panjang telemor, maka semakin seseorang itu sihat. Dan Vivix dapat menyumbang kepada pemanjangan telemor!

Baca lanjut: >>> Telemor dan Vivix


4. Meningkatkan prestasi sel


Apabila mitorkondria dalam sel meningkat, sel badan kita dapat melakukan fungsinya dengan paling optimum dan efisien. Prestasi kerja sel badan akan meningkat, kesannya kita akan merasa lebih cergas dan sihat.
Melambatkan pembentukan protein AGE yang berkait rapat dengan penuaan.


Khasiat dan Manfaat Vivix


  • Menggalakkan penuaan yang sihat dan penampilan awet muda
  • Membantu merendahkan risiko kanser kerana merencat pembentukan sel kanser
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan memelihara kesihatan jantung
  • Mengurangkan komplikasi akibat diabetes kencing manis
  • Menyokong kesihatan sendi kerana memelihara kesihatan saraf
  • Mengurangkan risiko penyakit nyanyuk (Alzheimer)
  • Membantu menyihatkan pesakit Parkinson
  • Membantu menyihatkan pesakit Strok
  • Meningkatkan keupayaan imunisasi badan
  • Menggalakkan kesihatan badan secara menyeluruh


Apa Kata Mereka tentang Vivix?

Ini antara beberapa testimoni pengguna minuman antioksidan Vivix yang cukup-cukup berpuashati!









Jika anda ingin mendapatkan VIVIX Shaklee, hanya perlu hubungi Jaja ya. Klik button di bawah untuk Whats App Jaja terus tanpa perlu menyimpan nombor satu-persatu ;)




Rujukan:

2. MyDR 
3. NCBI (1) 

4 ulasan:

mrhanafi berkata...

rokok dan asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada oksidan kepada tubuh badan manusia

Jaja berkata...

Betul, susah kita nak mengelak 2 benda ni. Duduk dalam rumah pun belum tentu selamat :P

So, amalkan makanan yang kaya antioksidan supaya sel badan kita dapat dilindungi, amalkan suplemen antioksidan pun ok macam Vivix ni :)

Cik Renex berkata...

vivix mmg bgus dan byk khasiatnya

Jaja berkata...

Aah cik renex, berkhasiat dan berbaloi untuk diamalkan 😉