Follow Us @bijak.sihat

26 November 2017

10 Petua Cara Menghilangkan Jerawat Batu Yang Kerap & Berulang

Jerawat Batu


Kemunculan jerawat batu mudah saja untuk dikenal. Ia biasanya bersaiz besar, keras dan sakit apabila ditekan, kemerahan dan kadangkala terisi dengan nanah di dalamnya. Sakit tau kalau ada jerawat batu ni! Menghilangkan jerawat batu pastinya idaman setiap orang yang sedang mengalami masalah ini. Tetapi menghilangkan atau mengecutkan jerawat batu bukanlah semudah yang disangka kerana jerawat jenis ini keras apabila ditekan dan kebanyakannya tidak mudah pecah.

Jika istilah Inggerisnya jerawat batu dipanggil sebagai cystic acne, bermaksud jerawat yang ada ketumbuhan akibat keradangan di bawah kulit.


Sebelum kita pergi kepada cara menghilangkan jerawat batu, jom semak beberapa faktor penyebab terjadinya jerawat batu ini.



6 Penyebab Jerawat Batu



1. Faktor genetik - jenis kulit berminyak


Penghasilan minyak yang berlebihan bagi orang jenis kulit berminyak memang berisiko didatangi jerawat. Liang pori lebih mudah tersumbat jadi perlu dijaga kebersihan kulit dengan rapi.



2. Stress


Apabila stress, kulit wajah menjadi tertekan dan otot-otot dipaksa menegang sehingga menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan oleh kelenjar minyak. Jerawat batu lebih mudah tumbuh akibat hal ini.



3. Kosmetik


Kulit yang tidak dibersihkan daripada sisa kosmetik atau terlalu lama dilapisi kosmetik akan mudah didatangi jerawat batu. Liang pori menjadi tersumbat dan menggalakkan koloni bakteria jerawat padanya.



4. Pil kesuburan


Pengambilan pil atau ubat kesuburan dikatakan boleh menyebabkan jerawat batu kerana ketidakstabilan hormon.



5. Sinar matahari


Ada jenis kulit yang sensitif terhadap pancaran sinar matahari jadi akan memberi reaksi tindakbalas seperti keradangan yang menyebabkan jerawat batu.



6. Ketidakstabilan Hormon


Ini biasa terjadi pada wanita sekitar tempoh mereka didatangi haid setiap bulan kerana perubahan emosi ketika itu. Begitu juga jerawat batu mungkin berlaku kepada wanita hamil kerana factor hormone juga.




9 Cara Menghilangkan Jerawat Batu



1. Hands off!


Memicit jerawat adalah suatu pantang ye, apatah lagi jerawat batu. No no no, jangan picit! Dalam kes jerawat batu, ia biasanya tidak boleh dipecahkan, jadi tindakan memicitnya bukan suatu cara bijak untuk menghalau pergi jerawat batu. Malahan, ini boleh melambatkan jerawat batu itu surut!


Kalau jenis jerawat batu yang bernanah dan boleh dipicit, jika kita gatal tangan picit dan pecahkan ia, kita sebenarnya akan menyebarkan jangkitan bacteria jerawat pada kawasan kulit yang lain pula. Jadi tak mustahil jerawat akan menyerang pula kawasan kulit di sekitar jerawat batu tadi. Masalah jerawat akan semakin berulang – belum reda yang jerawat batu, dah timbul jerawat yang baru? Isy... tak nak kan. Jadi, hands off!


2. Jangan obses dengan cermin


Ini ada kaitan dengan perkara 1. Bila melihat cermin dengan kerap, maka semakin geram pula kita dengan jerawat batu yang bertenggek di kulit wajah. Betul kan? Ia akan buatkan kita asyik nak memegang dan cuba untuk memecahkan jerawat batu tersebut, tapi dari perkara 1 tentu kita sedar cara ini sedikitpun tak membantu ke arah penyembuhan jerawat batu.


Suatu cadangan yang baik ialah jangan terlalu obsess dengan cermin!

Bila jarang melihat cermin, maka jarang juga kita melihat penampilan jerawat batu di wajah. Keinginan untuk memicit jerawat batu akan jadi berkurang dan kita telah memberi ruang supaya jerawat batu sembuh dengan lebih cepat.


3. Guna ais atau lidah buaya



Penampilan jerawat batu yang memerah dan bengkak lebih-lebih lagi di kawasan muka memanglah menjengkilkan! Hanya orang yang pernah ada jerawat batu faham akan penderitaan ini dan betapa ia sangat merendahkan keyakinan diri sendiri ketika berhadapan dengan orang lain.

Jadi apa perlu dibuat apabila jerawat batu bertenggek di muka?

Memicit sudah tentu tidak boleh. Apa yang boleh dibuat supaya jerawat batu cepat hilang dan surut?

Cubalah guna ais atau lendiran dari lidah buaya. Tekapkan salah satu bahan ini pada jerawat batu yang sedang galak membengkak, mudah-mudahan ia akan cepat surut.

Jaja sendiri pernah mencuba menggunakan petua lidah buaya - Alhamdulillah, memang berkesan!


4. Jaga kebersihan wajah



Jerawat batu sering dikaitkan dengan pori tersumbat akibat minyak (sebum) berlebihan atau sel kulit mati yang tidak dibersihkan pada permukaan kulit. Maka, amat penting untuk kita selalu menjaga kebersihan kulit wajah setiap hari.

Membilas wajah dengan air saja pun memadai setiapkali kita berasa kulit wajah berminyak atau berpeluh. Lakukan skrub wajah juga sekali-sekala untuk membuang sel kulit mati pada kulit.


5. Atasi stress


Belajar-belajar menangani stress, kerana ia salah satu punca terjadinya jerawat batu. Jangan berputus asa kerana ilmu mengatasi stress adalah ilmu yang boleh dipelajari, insyaAllah.


6. Bersenam



Aktiviti fizikal yang kerap seperti senaman adalah bagus untuk system badan kita melakukan detoks iaitu membuang toksin dari badan. Buangkan toksin badan supaya kesihatan kita lebih baik untuk melawan jerawat batu.


7. Amal makanan


Amalkan makanan yang kaya probiotic, kaya zink, tinggi serat, protein berkualiti, omega 3, vitamin A dan makanan berkhasiat untuk kesihatan hati juga. Ini sebagai salah satu ikhtiar untuk mengelakkan kejadian jerawat batu berulang.


Omega 3 contohnya adalah satu makanan yang bersifat anti-keradangan, jadi ia dapat membantu untuk mengecutkan jerawat batu dengan lebih cepat.

Makanan yang kaya probiotik (bacteria baik) amat bagus untuk memelihara kesihatan usus di mana turut memberi kesan terhadap kesihatan kulit kita.


8. Elak makanan


Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat (jangan berlebih-lebih), kafein, hasil tenusu, makanan diproses dan makanan segera kerana makanan jenis ini merangsang kejadian jerawat batu.


9. Amalkan suplemen


Suplemen semulajadi adalah pilihan yang terbaik. Ada jenis suplemen yang bagus untuk menentang masalah jerawat batu seperti suplemen bersifat anti-bakteria, anti-radang dan anti-stress.
Suplemen dapat membantu untuk mengawal masalah jerawat batu dan mengelakkan ia daripada terus berulang.


10. Cukup tidur



Tidur yang cukup dapat memelihara kesihatan badan kita secara menyeluruh. Ini juga dapat menstabilkan paras hormone dan mengurangkan keradangan  penyebab jerawat batu. Simply, beri cukup masa untuk jerawat batu sembuh :)




Rujukan: Dr Axe & WebMD


>>> Baca Selanjutnya: 8 Vitamin Shaklee untuk Masalah Kulit Berjerawat

Tiada ulasan: