Follow Us @bijak.sihat

17 November 2017

Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi Tanpa Laser

Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi Tanpa Laser


Berbeza kan penampilan wajah tanpa parut jerawat?

Kita tidak suka akan jerawat! Setiapkali ia surut dan sembuh pasti kita akan segera lupa padanya. Malangnya, kulit kita tidak begitu melupakan jerawat. Parut jerawat akan tertinggal pada kulit yang menghasilkan satu lagi masalah kulit wajah. Tak flawless orang kata 😂

Maka, cara hilangkan parut  jerawat adalah agenda yang amat penting lagi-lagi kepada wanita. Lelaki? Pun apa kurangnya, pasti dalan senyap-senyap tercari-cari juga tips cara menghilangkan parut jerawat. Betul tak?

Kehadiran parut jerawat menjadikan penampilan wajah seseorang tidak menarik dan kelihatan tidak bersih. Keyakinan diri juga boleh menurun akibat perasaan malu.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi parut jerawat di wajah?




Bagaimana parut jerawat terjadi?

Parut jerawat selalu terjadi selepas jerawat yang disertai keradangan (bengkak, merah dan kadang-kadang ada nanah). Semasa jerawat jenis ini sedang surut dan sembuh, sel kulit baru akan menggantikan sel kulit lama yang rosak. Tetapi struktur warna sel kulit baru ini mungkin berlainan sedikit daripada sel kulit di sekitar parut jerawat itu. Ini meninggalkan kesan parut pada bekas jerawat tersebut.

Ada juga parut terjadi akibat tabiat suka memicit jerawat! Awas ya.

Bila memicit jerawat, ia bukan saja akan meninggalkan parut bahkan akan menyebabkan kemungkinan jerawat tumbuh lebih banyak kerana bakteria jerawat yang sudah tersebar pada bahagian lain kulit wajah.


Jenis Parut Jerawat dan Puncanya

Mengikut majalah online Readers Digest, ada diterangkan 5 jenis parut jerawat.

1 & 2. Jenis parut jerawat berlubang


Parut jenis ini berlaku apabila kekurangan kolagen pada kulit semasa fasa penyembuhan jerawat.

3. Keloid


Parut ini timbul di permukaan kulit dan berwarna merah atau pink. Terdapat keradangan pada parut ini.

4. Pigmentasi


Contoh pigmentasi ialah seperti parut jerawat yang berwarna kehitaman - terjadi kerana reaksi terhadap cahaya matahari. Jadi elak-elakkan lah cuaca yang panas terik ya. Apply juga sunblock.

5. Kombinasi


Parut ini adalah gabungan 2 atau lebih parut yang diceritakan di atas.


Rawatan Hilangkan Parut Jerawat

Di dalam industri kosmetik, ramai ahli dermatologi mencadangkan rawatan laser lebih-lebih lagi sebagai cara menghilangkan parut jerawat jenis berlubang.

Pancaran laser pada parut menggalakkan penghasilan kolagen kulit dengan lebih cergas. Jadi, ini dapat membaiki kesan parut.

Ada juga cara hilangkan parut jerawat yang lain seperti menyuntik filler dan serum vitamin C.

Semestinya rawatan menghilangkan parut ini akan menelan belanja yang agak besar.

Vitamin Semulajadi untuk Menghilangkan Parut

Di dalam senarai produk Shaklee, Jaja ingin perkenalkan kepada anda 2 jenis vitamin yang bagus untuk menghilangkan parut jerawat.

1. Sustained Release Vita C Plus


Vitamin C yang mencukupi dalam badan kita membantu dalam penghasilan kolagen kulit. Selain fungsi utama kolagen yang menjadikan kulit kita tegang dan lembut, ia juga berguna semasa penyembuhan jerawat dengan mengurangkan kejadian parut berlubang.

2. ESP


ESP adalah gabungan yang baik dengan SR Vita-C dalam penghasilan kolagen tubuh secara semulajadi, kerana ia adalah protein.

Protein tumbuhan daripada soya non-GMO ini juga mengecutkan jerawat dengan lebih cepat, maka kejadian parut dapat dikurangkan bila diamalkan.

Protein juga membantu menghasilkan sel kulit baru untuk menggantikan sel kulit rosak dan mati pada parut. Lebih giat penggantian sel berlaku jadi parut jerawat akan semakin pudar.

3. Collagen Powder

Mengambil suplemen kolagen secara terus akan meningkatkan kolagen kulit dengan pantas. Parut jerawat akan lebih cepat dibaiki dan hilang.

Testimoni Pengguna





Pakej Set Hilangkan Parut Jerawat Shaklee

1. Set Premium Parut Jerawat


2. Set Bajet Parut Jerawat



Ingin mencuba hilangkan parut jerawat dengan vitamin Shaklee? Klik button pada gambar produk di atas untuk terus membeli. Dapatkan konsultasi dengan Jaja selepas anda membuat sebarang pembelian.

Boleh juga hubungi Jaja di Whats App untuk sebarang pertanyaan lanjut hanya dengan klik button di bawah.





>>> Baca Juga: 8 Vitamin Yang Bagus untuk Masalah Kulit Berjerawat


Tiada ulasan: