Follow Us @bijak.sihat

03 Ogos 2017

Bak Puteri - 5 Rahsia Cantik Orang Korea!

Anda pernah tonton drama Korea ataupun sekurang-kurangnya tonton variety show Korea macam Family Outing atau Running Man? Uishh Jaja suka sangat 2 variety show tu tauu! Tapi sekarang dah jarang tonton sebab kekangan masa..hihi. Nak cerita bukan pasal tu kali ni tapi nak cerita pasal kulit orang Korea yang amboiiiaiih cantik, mulus, halus dan glowing tu! Cantik bak puteri lah diorang. Bukan yang perempuan aje cantik, tapi yang lelaki pun sama cantik kulitnya. Isy jealous tau 😅 Nak kata kulit mereka cantik sebab selebriti tak juga sebab dalam variety show selalu libatkan orang awam - orang awam Korea pun kulit cantik-cantik belaka! Eh, apa rahsia cantik sihat macam mereka ye?
Song Ji Hyo - cantik kan?

Rahsia Cantik dan Sihat orang Korea

Orang Korea sebenarnya amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman. Untuk kecantikan, mereka memiliki sekurang-kurangnya set skincare asas seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Yang lain-lain macam eye cream, serum, essence, night cream dan lain-lain ada juga tapi tetap 3 benda utama tu yang pasti setiap orang ada. Berdisiplin kan mereka 😉


Lee Min Ho pun amalkan skincare tau!

Selain skincare, orang Korea juga apply peeling gel untuk buang sel-sel mati pada kulit. Ini macam fungsi skrub lah, supaya kulit tak jadi kusam, kasar dan nampak muda. Peeling gel bukan apply pada muka saja tapi pada seluruh badan pula tu, jadi pastilah kulit mereka licin dan halus seluruh badan. Jenama paling famous sekali ialah Aqua Peeling, mereka amalkan 2 kali seminggu.

Contoh peeling gel

Lagi satu yang orang Korea tak tinggal ialah Sun Block! Mereka pakai hari-hari untuk melindungi kulit daripada jadi kusam, masalah jeragat atau sunburn. Bukan pakai pada muka saja, tapi pakai juga pada tangan.


5 Cara Cantik orang Korea secara semulajadi

Kalau anda sangka orang Korea cantik sebab skincare saja atau sebab mereka lakukan pembedahan plastik sebenarnya kurang tepat tau. Walau mementingkan penjagaan luaran, mereka juga pentingkan resepi kesihatan dan kecantikan dari dalam juga. Nak cantik bak puteri macam orang Korea? hihi. Jom ikuti 5 habit mereka!


1) Tidak makan makanan berminyak, tidak bergula dan jumlah garam yang minimum.

Sedapnya kikimbap ;)
Anda pernah cuba makanan Korea? Kalau ada yang pernah, perasan tak makanan Korea biasanya disediakan dengan cara dibakar atau direbus aje. Jarang jumpa yang manis dan berminyak. Jaja pernah cuba buat sendiri kikimbap tau, memang betul ikut resepi fillingnya macam isi ketam direbus saja, bukan digoreng. Dan lagi gunakan minyak bijan (vege oil source). Walaupun Malaysia kaya dengan makanan, isy kebanyakannya banyak lemak, tinggi gula dan garam kan tapi buatlah pilihan kita yang terbaik untuk besederhana ya. Bukan tujuan untuk cantik saja tapi yang lebih penting mestilah demi kesihatan kita juga 😉


2) Banyak memakan sayur-sayuran.


Makanan Korea yang kaya dengan sayur-sayuran
Bayangkan dalam sekali hidangan orang Korea makan 1 mangkuk nasi beserta 1 mangkuk protein (ayam, daging, sotong atau lain-lain) dan 6 ke 8 jenis sayur. Banyak kan sayur yang mereka ambil? Sudah hebat dari kempen pinggan sihat kita yang suku-suku separuh tu!

Ada apa dengan sayur? Sayur kan ada vitamin dan mineral yang amat-amat badan kita perlukan untuk jalankan fungsinya dengan terbaik. Sayur juga ada serat yang membantu proses membuang. Sifir yang mudah, bila badan sihat luaran kulit pun merasa tempiasnya. Cantik bak puterilah korang ya!

3) Banyak bersukan atau aktiviti fizikal

Aktiviti mendaki Gunung Hallasan, Korea
Jangan terkejut bila sahabat kita Kina ni bercerita yang makcik-makcik Korea umur 50+ pergi hiking Gunung Hallasan, gunung tertinggi di Korea tu setiap hujung minggu! Isy power mereka ni ya. Nak katanya, orang Korea suka buat aktiviti fizikal dan senaman macam pergi gym, buat yoga dan zumba. Bila beraktiviti, keluar peluh apa lagilah kan, keluar jugalah toksin-toksin dalam badan tu maka kurang risiko sakit dan penyakit.


4) Mengamalkan makanan tinggi kolagen seperti seaweed

Kolagen dan kecantikan kulit memang sinonim. Sebab itu agaknya orang Korea suka makan seaweed. Kita nak ikut makan seaweed? Boleh juga tapi pastikan halal ye kalau beli di rak-rak pasaraya.
Seaweed

Ada orang tak suka seaweed. Kalau tak suka seaweed, boleh amalkan makanan tinggi kolagen lain macam produk tenusu, daging ikan, buah dan sayuran.

Minum jus oren membantu juga sebab ada kandungan vitamin yang menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan kita.

5) Buat Face Mask 2 Kali seminggu

Dulu Jaja ada tanggapan untuk orang yang pakai face mask nie - macam poyo je, haha! Itu dululah, sebelum Jaja tahu kebaikan masker..hehe.

Kalau ada bajet tu bolehlah cuba bermacam jenis masker kat luar sana tu. Tapi kalau nak senang, ambil aje putih telur, apply pada muka lepas tu biar kering sebelum bilas dengan air. Mudah kan? Hanya dari rumah, rajin dengan tak je..hihi

Suka masker tak?

Masker ni yang bagusnya ia akan lembapkan kulit, jadi licin dan glowing. Say I siapa nak 🙋

Jadi rajin-rajinlah buat masker ye!


Cantik Dalam Cantik Luar

Apa yang Jaja kagum tentang orang Korea ialah mereka mengamalkan resepi cantik luar dan cantik dalam sekaligus. Usaha macam ni bukan dilakukan sehari dua tapi adalah tabiat yang dikekalkan hari demi hari. Jadi lupakanlah niat nak cantik bagai puteri kalau kita makan kolagen hari ni tapi dah nak cantik esok hari, hehe. The thing is, mesti konsisten amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat selain top up dengan produk kecantikan pelbagai versi dan aneka jenis tu ya!

Jom cantik macam Park Shin Hye :)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ya. Jom cantik bak puteri? 😄




Rujukan: ohBulan

Nak CANTIK dengan Shaklee? KLIK GAMBAR ;)




4 ulasan:

ana berkata...

tadi kan tengok rancangan resipi orang korea dieorang hari-hari makan makanan berasaskan soya. kulit dieorang pun semua cantik-cantik, takde jeragat walaupun dah tua..😊

Haidar Aqram berkata...

memang kulit orang kore ni licin betul! dah macam anak patung bila tengok lama-lama...terpaksa amalkan tips ni nk cantik n gebus

Jaja berkata...

Kita pun kena banyak makan soya la kan sis, nak ploles macam diorang. Hehe 😄

Jaja berkata...

Ha amal jangan tak amal. Semoga cantik gebu macam diorang ye awak! 😍