Jom buat jus detoks sendiri di rumah!
Pelbagai resepi detoks - pernah cuba tak? |
Detoks banyak kebaikannya. Proses detoks adalah proses di
mana badan membuang bahan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin yang banyak
di dalam badan boleh menyebabkan badan terdedah kepada risiko pelbagai penyakit
sama ada ringan atau kritikal. Kita mendapat toksin dari pelbagai punca seperti
diet yang tidak sihat, pencemaran dan stress. Boleh baca lanjut tentang kepentingan detoks di sini.
Ada pelbagai cara untuk detoks seperti puasa, eat clean,
memakan suplemen dan mengamalkan jus detoks.
Kali ini, mari ketahui 3 resepi jus detoks yang hanya boleh
dibuat di rumah!
1. Jus Detoks Sitrus dan Halia
Bahan-bahannya ialah buah lemon (dibuang biji), buah oren (dibuang biji), serai (diketuk), halia dan teh hijau.
Cara-caranya: Rendamkan teh hijau dalam air panas selama 20 minit supaya kembang. Sementara itu basuh bahan-bahan lain. Hiris buah lemon dan oren beserta kulit, ketukkan halia dan serai. Masukkan kesemua bahan dalam jag besar yang boleh mengisi sehingga 1.5 liter. Tuangkan air teh hijau. Tambahkan air sejuk sehingga mencapai lebih kurang 1.5 liter. Simpan di dalam peti sejuk semalaman dan bolehlah diminum pada pagi hari.
Teh hijau memang kaya dengan antioksida. Ia membantu melawan penyakit dan menyokong fungsi hati yang baik.
Cik adik kita seorang ini sudah mencuba, asalnya untuk legakan sembelit tapi dapat bonus kuruskan badan pula. Awesome!
Baca kisah beliau dengan air detoks DI SINI |
2. Jus Detoks Epal dan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Epal hijau, epal merah dan 1 batang kayu manis.
Cara-caranya: Masukkan hirisan epal hijau, epal merah dan batang kayu manis ke dalam jag berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam dan ready untuk diminum!
Kebaikan jus detoks ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
3. Jus Detoks Anggur
Bahan-bahan: Grapefruit, halia, buah lemon, limau nipis dan daun pudina
Cara-caranya: Hiriskan grapefruit,halia, buah lemon dan limau nipis. Campurkan kesemua bahan ke dalam jag berisi air beserta beberapa helai daun pudina. Simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk diminum.
Boleh tahan kan resepi jus detoks yang dikongsikan ini? Siapa
kata jus detoks yang menyihatkan ini tak sedap dan tak menyelerakan? Jadi tiada alasan untuk kita mengelak mengamalkan jus detoks yang bagus ini hanya dari rumah.
Selamat mencuba!
Tiada masa nak hasilkan jus detoks sendiri? Telan sajalah Set Detoks Shaklee - mudah dan jimat masa tentunya! ;)
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan