Follow Us @bijak.sihat

14 Julai 2017

6 Tips Amalan Menjaga Usus dengan Baik

Usus? Nak jaga usus dengan baik?

Struktur Usus Besar dan Usus Kecil
Di dalam badan kita terdapat 2 jenis usus iaitu usus besar dan usus kecil. Usus kecil menjadi tempat di mana semua zat makanan yang kita makan diserap ke dalam tubuh untuk digunakan oleh sel-sel badan kita melakukan pelbagai fungsinya selepas makanan dicerna . Usus besar pula menjadi tempat sisa-sisa makanan yang tidak tercerna atau yang tidak berguna dikumpulkan dari usus kecil sebelum ia disingkirkan sebagai najis.


Keperluan Menjaga Usus dengan Baik

Ya, perlukah kita menjaga usus dengan baik? Jawapannya ya, memang perlu.
Jika melihat kepada fungsi usus, kita akan memperoleh manfaat berikut daripada usus yang sihat:
      -           Zat makanan dapat diserap secara optimum oleh badan. Usus yang sihat menjalankan tugas penyerapan dengan begitu baik sekali. Apa yang kita makan, kita mendapat semua zat daripada makanan tersebut. 
      -          Usus kecil juga menjadi stesyen terakhir bagi pencernaan kelas makanan karbohidrat, protein dan lemak kepada unit teringkasnya. Usus yang sihat dapat mencerna dengan sempurna dan dapat mengelakkan masalah ketidakhadaman
      -          Proses pembuangan najis (perkumuhan) adalah satu proses yang penting supaya badan kita boleh membuang bahan tidak berguna dalam badan. Bahan yang tidak berguna kepada badan ini, jika disimpan terlalu lama di dalam badan boleh menyebabkan ia menjadi toksid kepada badan dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Usus yang sihat akan memastikan semua fungsinya berjalan dengan lancar.

Masalah Usus

Kebiasaannya, kita terdedah kepada masalah sembelit, berak berdarah dan ketidakhadaman jika bercakap tentang usus. 

Sembelit ialah kesukaran membuang najis / air besar. Ia disebabkan oleh kita kurang memakan serat dan mencukupkan pengambilan air sehingga menjadikan pergerakan najis di dalam usus besar menjadi lambat dan mengeras. Silap-silap boleh buasir pula.


Berak berdarah pula mungkin asalnya disebabkan oleh sembelit apabila usus atau dubur yang terluka akibat meneran selain sebab-sebab lain yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini. Klik Bahaya Berak Berdarah: Punca-puncanya untuk membaca lebih lanjut.

Paling teruk lagi mungkin jika terkena kanser usus. Nauzubillah minta dijauhkan.

Maka jika tidak mahu terkena penyakit-penyakit ini, perlulah kita menjaga usus dengan baik ya ;)


6 Tips Amalan Menjaga Usus dengan Baik

1. Detoks Bersihkan Usus
Membersihkan usus amat berguna kepada seluruh badan kerana ia menyingkirkan bahan yang tidak berguna iaitu toksin yang akan menyebabkan penyakit jika diabaikan. Kebaikan detoks ialah badan menjadi ringan, tidur lebih lena, nafas lebih segar, badan tidak berbau dan berkurangnya masalah jerawat. 
Cuba resepi jus detoks anda sendiri
Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk tujuan detoks usus. Salah satunya adalah melalui pemakanan seperti mengamalkan jus detoks, serta makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Proses detoks adalah amalan yang patut berlangsung setiap hari, jadi amalkanlah pengambilan buah dan sayur yang konsisten ya. 
Kaedah lain untuk membersihkan usus, boleh juga mengamalkan suplemen detoks seperti HerbLax daripada Shaklee, tentunya kesannya lebih cepat kerana zat yang bersifat spesifik kepada proses detoks.

2. Cukupkan Pengambilan Air Putih
70% jisim badan kita terdiri daripada air. Jika tidak cukup air, badan yang terdehidrat akan membuatkan kita lesu, lemah dan tidak bertenaga. Bukan itu sahaja, kebanyakan fungsi badan juga tidak berjalan sempurna oleh kerana kebanyakan proses badan memerluka air sebagai medium tindakbalasnya. 
Untuk kesihatan usus besar, pastika meminum air putih yang cukup supaya najis menjadi lembut dan senang disingkirkan semasa membuang.

3. Kurangkan Makanan Berlemak
Makanan bergoreng biasanya tinggi kandungan minyak
Walaupun Lemak adalah salah satu komponen makanan seimbang, jaga-jaga dengan kuantiti yang kita ambil. Lemak boleh menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat, sisa buangan juga lambat dikumpulkan di usus besar, maka kita lebih cenderung untuk mengalami sembelit.

4. Mengambil Probiotik Bakteria Baik untuk Usus

Produk probiotik seperti Yakult memang ada kebaikannya buat usus kita. Probiotik dapat meningkatkan penyerapan nutrisi, membantu mencegah laktosa, memperkuat sistem ketahanan tubuh serta melembutkan najis dan melancarkan alirannya.

5. Makan dengan teratur

Sesibuk mana anda, pastika menepati waktu makan
Bukan saja pesakit gastrik perlu menjaga jadual makan, kita juga patut mengawasi rutin makan supaya dapat menjaga kesihatan usus untuk fungsi pencernaan. Apabila menjaga jadual makan, pencernaan dan rembesan enzim serta jus pencernaan dalam badan menjadi teratur dan paling optimum.

6. Lakukan Senaman
Banyaknya kebaikan senaman
Percaya atau tidak, menjaga usus dengan baik ada kaitannya dengan senaman. Pergerakan makanan dan najis di dalam usus kecil dan besar dibantu oleh pengecutan otot. Senaman dapat memelihara kekuatan otot kerana pergerakan fizikal yang dilakukan. Secara tidak langsung, kecekapan usus dan lain-lain organ pencernaan juga ditingkatkan.

Jadikan 6 tips ini sebagai amalan untuk menjaga usus dengan baik ya. Mencegah lebih baik daripada merawat, jadi jangan tunggu sehingga ada gejala penyakit baru hendak kalut mengatasinya ;)


RUJUKAN:

1) Step To Health
2) Halo Sehat

Tiada ulasan: