Resepi yang ringkas tapi enak lagi menyihatkan? Memang tak
mustahil, siap pakej dalam mug lagi. Jom ikuti ya.
Resepi 1: Mac & Cheese in A Mug
1. Sediakan bahan berikut:
2. Campurkan macaroni dan air ke dalam mug
- 1/3 cawan macaroni
- 1/3 cawan air
- 2 sudu susu rendah lemak
- ½ cawan keju cheddar
- ¼ bawang kecil
- Garam secukup rasa
- Lada hitam segar sebagai perasa
3. Masak di dalam microwave selama 4 minit. Pastikan setiap minit dikeluarkan dan kacau supaya masak sekata.
4. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mug.
5. Masak lagi selama 2 minit menggunakan ketuhar.
6. Siap!
Resepi
2: Quick Vanilla Cake In a Mug
1. Sediakan
bahan-bahan berikut:
- ½ cawan tepung siap kek vanilla
- 2 cawan susu rendah lemak
- 1 sudu minyak sayuran
- 1 biji telur
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 1 biji strawberi – dipotong
2. Campurkan
semua bahan ke dalam mug.
3. Masukkan
dalam ketuhar selama 1 minit.
4. Keluarkan
dari ketuhar dan pastikan ia masak dan lekang dari permukaan mug.
5. Hiaskan
dengan strawberi dan nikmati kek vanilla anda!
Resepi
3: Omelet in a Mug
1. Sediakan
bahan-bahan berikut:
- 2 biji telur
- 2 sudu susu rendah lemak
- 1 keping keju cheddar
- 1 sudu parsley – dicincang halus
- Garam dan lada secukup rasa
2. Campurkan
semua bahan-bahan di dalam mug.
3. Stimkan
selama 10 minit.
4. Pastikan
ia masak.
5. Telur
Dadar dalam Mug sedia dinikmati. Yummy!
Resepi
4: Tropical ESP Yoghurt in a Mug
1. Sediakan
semua bahan-bahannya:
- Bahan A: 3 sudu serbuk ESP, ½ cawan yogurt asli rendah lemak, 2 sudu susu rendah lemak
- Bahan B: ½ cawan mangga (dipotong), ½ cawan nanas (dipotong) dan segenggam delima.
2. Campurkan
semua bahan A ke dalam mug.
3. Penuhkan
bahagian atas mug dengan bahan B. Sejukkan selama 5 minit.
4. Sedia
untuk dinikmati!
Bagaimana,
mudah kan 4 resepi sihat dalam mug ini? Kalau anda seorang yang sibuk dan rasa
begitu sukar untuk menyediakan juadah sihat anda sendiri, cubalah ketiga-tiga
resepi ini kerana bukan saja ia sedap dan menyelerakan, malah begitu cepat juga
dihasilkan ;)
Selamat
mencuba!
P/S:
Di mana hendak dapatkan serbuk soya non-GMO ESP yang enak dan berkhasiat dari
Shaklee? Hubungi saja Jaja ya ;) Boleh baca lanjut tentang ESP di sini dan sini selain testimoni ESP di sini.
3 ulasan:
wah bestnya jumpa resepi mudah macam ni.
terima kasih sebab berkongsi resepi ya.
ha best kan resepinya simple amat 😄😄
Boleh la mencuba nanti ye :)
Sama-sama!
Catat Ulasan