Follow Us @bijak.sihat

11 Mei 2017

Memahami Diabetes dan Mengawalnya Secara Semulajadi

Tahu tak yang 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap diabetes?

Dalam satu kajian, peningkatan pesakit diabetes di Malaysia meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 10 tahun. Memang suatu angka yang membimbangkan.



Memahami Diabetes

Badan kita memerlukan hormon insulin untuk memproses glukosa (gula ringkas yang asalnya dari karbohidrat) menjadi tenaga atau menyimpannya dalam bentuk glikogen sekiranya tidak diperlukan. Ini memastikan kandungan gula dalam darah sentiasa terkawal.

Namun bagi penghidap diabetes, pankreas mereka kurang menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Terdapat 3 jenis diabetes, iaitu:

1) Diabetis Jenis I
Untuk jenis ini, organ pancreas tidak dapat menghasilkan insulin, maka ketiadaan insulin dalam badan menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi dari paras normal.

2) Diabetes Jenis II
Dalam kes ini, pancreas menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin mencukupi tetapi tidak dapat berfungsi dengan efektif. Jenis ini yang banyak berlaku kepada ramai orang.

3) Diabetes (gestational)
Ia terjadi semasa kehamilan kerana insulin menjadi kurang sensitif pada tempoh ini.


Bahayakah Diabetes?

Ya! Komplikasi utama akibat diabetes ialah serangan jantung, kegagalan ginjal, menjadi buta dan luka yang lambat sembuh dan membawa kepada ancaman kuman dan dipotong.

Serangan jantung dapat membawa kepada kematian yang mendadak.

Kegagalan ginjal menyebabkan seseorang terpaksa bergantung kepada mesin dialysis sepanjang hayat. Pemindahan ginjal mungkin dapat menyelesaikan masalah ini, namun mendapatkan organ yang serasi adalah amat-amat sukar.

Buta? Siapalah si celik yang sanggup merasa buta bukan.

Bukan mudah hidup dengan anggota badan yang sudah dipotong, bila mengenangkan akan menyusahkan ramai orang kelak. Orang tersayang pun belum tentu mahu menjaga sepenuh hati.

Jadi, kenalilah simptom-simptom diabetes, supaya langkah berjaga-jaga dan pengawalan dapat dilakukan lebih awal.



Adakah anda berisiko?

Anda kurus dan merasa tiada risiko menghidap diabetis? Nanti dulu, kerana tidak semestinya orang gemuk saja yang berisiko menghidap diabetes, orang kurus pun ada risikonya.

1) Berat badan berlebihan
Obes adalah faktor utama yang menyumbang kepada Diabetes Jenis II. Ia kerana obes boleh mengurangkan sesitiviti tindakan insulin. Malah, kandungan gula simpanan juga banyak. Mereka memerlukan kuantiti insulin yang lebih, di mana jika tidak terpenuhi akan membawa kepada masalah diabetis.

Orang obes memang berisiko tinggi menghidap diabetes, namun orang kurus tidak bermakna tiada risikonya kerana ada lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti cara pemakanan contohnya. 

2) Diet yang tidak sihat
Pemakanan adalah faktor yang selalu disebut-sebut antara punca pelbagai jenis penyakit. Bagi diabetes, makanan yang tinggi gula dan karbohidrat boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak. Ia meningkatkan risiko seseorang untuk terkena diabetis. Berhati-hati ya, pilih makanan dan kawal sebaiknya.

3) Gaya hidup tidak aktif
Gaya hidup yang aktif seperti sering bersenam, bersukan dan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan memilih tangga berbanding lif sebenarnya meningkatkan keupayaan sel-sel badan kita berfungsi dengan optimum. Begitu juga dengan insulin yang menjadi lebih sensitif untuk bertindak. Sebab itu, gaya hidup yang tidak aktif berisiko kepada masalah diabetis.

4) Faktor usia dan penuaan
Semakin meningkat usia, penuaan membuat badan kita mengumpul protein AGE, yang menyumbang kepada komplikasi penyakit diabetes. AGE adalah bahan yang terbentuk apabila molekul gula bertindakbalas dengan protein di dalam badan.

5) Keturunan
Dikatakan, orang yang mempunyai sejarah keluarga penghidap diabetis adalah berisiko untuk mengalami diabetis juga. 

Jom halang dan kawal Diabetis Anda!

Ubah gaya hidup, pemakanan dan awasi tekanan darah dan kolesterol, serta berhenti merokok. 

#1 Pilih makanan yang berunsurkan karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas. Karbohidrat kompleks ialah seperti sayuran hijau, bijiran penuh dan makanan yang bersumber daripadanya seperti oat, pasta, roti gandum serta kekacang dan sayuran berkanji seperti kentang, keledek, jagung dan labu. Gula ringkas pula seperti minuman buah, minuman ringan, gula, madu, jem dan jeli. Makanan seperti ini membuatkan paras gula dalam darah boleh naik mendadak.

 #2 Mengamalkan diet yang seimbang. Bukan sahaja dapat mengelak obesity yang meningkatkan risiko mendapat diabetis, apa yang lebih utama ialah kurangkan makanan manis dan tinggi karbohidrat. Jika sukar menahan nafsu makan, bolehlah perbanyakkan sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan craving.

 #3 Tingkatkan makanan yang kaya dengan serat. Serap boleh membantu melambatkan penyerapan glukosa ke dalam aliran darah, sekaligus boleh membantu mengawal paras gula anda.

 #4 Lakukan senaman, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ia membantu sel dalam badan berfungsi dengan lebih efektif termasuk juga sensitiviti insulin dapat ditingkatkan.

 #5 Makan ubat doctor seperti yang diarahkan. Biarpun anda mungkin mengambil ikhtiar dengan mencuba suplemen, namun pastikan juga sentiasa mematuhi pengambilan ubat doktor kerana ia diberi untuk mengawal penyakit tersebut.

#6 Lakukan ujian kesihatan. Bagi yang belum didiagnos diabetis, adalah sangat digalakkan untuk selalu melakukan pemeriksaan kesihatan supaya risiko dapat dikesan lebih awal sebelum parah. Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jaja harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda ;)

Baca selanjutnya  Alternatif Suplemen Shaklee untuk Pesakit Diabetes dan 7 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Diabetis.

Tiada ulasan: