Follow Us @bijak.sihat

13 April 2017

Migrain: Punca dan Simptom


Baru-baru ini, ada seorang sahabat yang tanya pada Jaja suplemen untuk membantu masalah migrain. Jadi, Jaja cadangkan OsteMatrix dan B Complex. InsyaAllah, di akhir entri ini Jaja ulas sedikit bagaimana 2 suplemen ini dapat membantu ya.

Jaja ingin kongsikan dahulu tentang migraine, punca-punca dan simptomnya. Hasil tulisan ini adalah dapatan daripada pembacaan di MayoClinic dan MedicineNet. Harap-harap dapat membantu kita untuk lebih memahami tentang migraine.

Apa itu Migrain?

Migrain ialah kesakitan kepala yang kronik. Ia biasanya diiringi oleh rasa mula, muntah, sakit mata, kepala berdenyut-denyut dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Boleh membawa kepada sakit kepala hingga berhari-hari lamanya.

Anda ada kawan, keluarga atau kenalan yang mengalami migrain? Jaja pernah ada. Sampai satu tahap, sahabat Jaja yang seorang ini sampai hantukkan kepala ke dinding. Rasa azab sangat. Yalah, kita yang tak mengalami ni mungkin tak berapa faham kesakitan yang mereka alami, tetapi kalau sampai hantuk kepala ke dinding tu mesti sangat sakit ye tak. Kasihan sangat..

Penyebab Migrain

Penyebab utama migraine masih belum diketahui. Biar begitu, perubahan pada neurotransmitter (sejenis sel di otak) dan ketidakseimbangan bahan kimia di otak memainkan peranan penting dalam masalah migrain ini.

Sejenis bahan kimia di otak yang dinamakan serotonin akan menurun parasnya semasa serangan migrain. Ketidakseimbangan ini menyebabkan sel otak membebaskan suatu bahan yang dipanggil neuropeptida yang mengakibatkan kesakitan semasa serangan migrain. Walau bagaimanapun, para pengkaji masih membuat kajian tentang peranab serotonin ini dalam masalah migrain.

Migrain boleh dicetus oleh banyak faktor. Antaranya:

1. Perubahan hormon
Ia biasa berlaku kepada wanita. Paras hormone estron dikatakan menjadi punca sakit kepala di kalangan mereka, lebih-lebih lagi sebelum dan semasa tempoh mereka haid, iaitu ketika paras estrogen adalah rendah. Begitu juga migrain boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengandung atau menopous.
2. Stres dan tekanan

3. Ransangan melampau seperi bunyi bising

4. Pemakanan
Pengambilan makanan yang masin, perisa makanan seperti MSG dan makanan proses boleh mencetus serangan migrain juga. Lewat makan turut menjadi risiko untuk migrain.
5. Perubahan dalam jadual tidur
Terlebih tidur atau kurang tidur juga mengundang migrain.
Merawat Migraine

Jadi, jika anda sendiri ialah penderita migrain, sudahkan anda kenalpasti penyebabnya? ;) Semak ya.

Jika pergi ke klinik, ubatan yang diberi biasanya ialah ubat tahan sakit seperti panadol tetapi dosnya lebih tinggi. Semestinya kita tidak sanggup untuk bertahan saja dengan ubat kan. Terpaksa mengambil ubat setiapkali migrain menyerang dan tidak sembuh-sembuh? Sebolehnya kita mahu bebas sebebasnya, benar kan?

Mengenal punca sesuatu penyakit sebenarnya adalah cara yang terbaik untuk mengambil langkah merawatnya. Contohnya mungkin anda migrain akibat kurang tidur dan asyik stres. Jadi, boleh cuba amalkan untuk mencukupkan tidur dan menghindari stres mahupun belajar untuk menangani stres dengan baik.

Poin penting, amalkan amalan yang sihat, ubah gaya hidup anda yang mengundang migraine ;) Contohnya, kurangkan perisa dalam makanan, makan makanan yang dimasak sendiri bukan diproses, lakukan senaman, berhibur secara sederhana untuk menghindar stres dalam kehidupan, belajar menangani stres dengan baik, memastikan tidur yang cukup, bertenang dan sentiasa positif.

Fungsi OsteMatrix dan B Complex untuk Migrain?

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee dapat mengurangkan risiko diserang migrain, bahkan juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Vitamin B juga dapat melegakan tekanan dan stres, iaitu salah satu punca pencetus migrain.


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
 
Suplemen OsteMatrix mengandungi mineral Kalsium, Magnesium dan vitamin D.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting dalam membantu penyerapan Kalsium, supaya bekalan Kalsium tidak tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Kedua-dua suplemen ini insyaAllah amat-amat membantu dalam menghadapi masalah migrain.

Ubat klinik perlu dimakan juga, tetapi jangan dilupakan perubatan alternatif seperti suplemen untuk sentiasa merawat masalah migrain anda ya ;)

 Jaja harap perkongsian ini membantu anda ;) Semoga sentiasa sihat hendaknya!

Tiada ulasan: