Follow Us @bijak.sihat

14 April 2017

MENGAPA PERLU DETOKS?

First and foremost, detoks adalah amat penting untuk memastikan badan kekal sihat. Ia adalah proses pembuangan bahan-bahan beracun yang terkandung dalam badan. Basically, bahan-bahan beracun inilah yang membuatkan badan tak berapa sedap, malah mengundang pelbagai penyakit lain pula.

Bila banyak toksin atau bahan beracun di dalam badan, ia membantut kelancaran aktiviti badan itu sendiri. Toksin memberi kemudaratan kepada badan. Toksin boleh jadi merujuk kepada semua logam, bahan kimia berbahaya, bahan pencemar, perisa makanan buatan, sisa racun dari pertanian dan hasil metabolisme badan itu sendiri.

Toksin dapat membuat penyerapan makanan menjadi tak sempurna, darah jadi kotor, zat tak dapat diserap badan dengan baik dan keupayaan badan melawan penyakit juga semakin berkurang. Jadi tak hairan kalau badan kita cepat letih, tak bermaya dan mudah sangat jatuh sakit.
 
Kempen Detoks yang dilancarkan Shaklee 
Hidup kita sekarang ada begitu banyak cabaran untuk sentiasa kekal sihat.

·         Walaupun masak makanan sendiri, sayur yang kita beli belum tentu bebas pestisid, ayam pula dicucuk supaya cepat besar, ikan-ikan pun mungkin terdedah dengan logam berat dan bahan pencemar di lautan
·         Bersenam memang baik untuk kesihatan. Tapi andai kata setiapkali keluar jogging kita dihadapkan dengan pencemaran udara, memang menguji juga.
·         Ramai orang sibuk bekerja, jadi selalu makan di luar. Restoren dan kedai mamak selalunya masak tak ingat; banyak minyak, banyak garam, banyak gula. Makan tetap perlu makan, minum juga. Nak bawa bekal, rasa tak sempat pula. Iya kan?
·         Duduk dalam rumah belum tentu selamat dari pencemaran. Yes, ada asap rokok di sekeliling...
·         Yang mana tinggal di bandar-bandar mungkin sudah lali dengan segala macam pencemaran terutama pencemaran udara dan bunyi. Namun yang duduk di pinggir bandar mahupun kampung sebenarnya tak terkecuali. Kilang-kilang dibina dengan pesat sekali. Yang tidak bagusnya, kilang membebaskan asap dan membuang sisa yang mencemarkan tanah dan sungai di sekitar.

Jadi apa penyelesaian kita untuk kekal sihat?
 
Jus Detoks
Sentiasalah detoks badan.

Sambil juga amalkan gaya hidup sihat; seperti bersenam, pemakanan seimbang dan pengurusan stress yang baik.

Jika rasa pengambilan suplemen dapat membantu apa salahnya.

Ambil suplemen untuk cukupkan zat yang hilang.
Ambil suplemen untuk kuatkan antibodi badan.
Ambil suplemen untuk bantu proses detoks badan.



Ambillah.. yang penting ia membantu ;) 

Semoga anda sentiasa sihat ye ;)

Tiada ulasan: