Follow Us @bijak.sihat

11 April 2017

Fungsi Merkuri dalam Bahan Kosmetik dan Bahayanya

“US Food and Drug Administration (FDA) memberi nasihat supaya menjauhi atau tidak menggunakan krim kulit, bahan kecantikan, sabun antiseptic dan losyen yang mengandungi merkuri.”

KKM juga mengatakan bahan merkuri berbahaya.

Rata-rata rakyat Malaysia pun sekarang sudah celik dengan bahaya merkuri, dan amat berhati-hati untuk memilih produk. Tahniah Jaja ucapkan, since kita semua sudah jadi pengguna bijak J

Di sini, Jaja nak bincang sedikit apa fungsi bahan merkuri ini dalam kosmetik sebenarnya. Jom ikuti tulisan ini ;)


Apa itu Merkuri?

Merkuri adalah suatu unsur semulajadi yang wujud di dalam bumi. Pada suhu bilik macam kita di Malaysia ini, kira-kira 25°C merkuri wujud dalam bentuk cecair perak. Pernah tengok termometer tak? Dalam thermometer ada satu cecair perak di dalamnya. Ya, itulah merkuri.

Di mana Merkuri boleh didapati

Dalam kuantiti yang amat kecil, merkuri boleh ditemui di dalam batuan, air dan tanah. Kerana hal ini, merkuri dapat mencemari makanan dan minuman kita juga. Bagaimana? Ia kerana tumbuhan menyerap air dan mineral dari tanah. Merkuri dalam tanah mungkin diangkut bersama. Haiwan yang memakan tumbuhan tersebut akan mewarisi unsur merkuri. Manusia pula akan memakan tumbuhan dan haiwan. Jika kedua sumber makanan ini mengandungi merkuri, maka kita juga berisiko memperolehnya.

Selain itu, tampalan gigi juga ada merkuri. Yes, bahan yang doctor guna untuk tampal gigi kita yang berlubang. Tetapi, bahan ini dinamakan amalgam dan merkuri adalah satu bahan campuran di dalamnya selain perak. Amalgam sudah digunakan sejak 150 tahun dulu di dalam industry pergigian. Amalgam selamat tak? Jawapannya, FDA masih membuat pemerhatian tentang kesan merkuri terhadap kesihatan berdasarkan kajian-kajian kukuh. Buat masa ini, amalgam dikira selamat untuk budak berumur 6 tahun ke atas dan orang dewasa. Boleh baca lanjut di sini.

Kegunaan Merkuri dalam Kosmetik


FDA telah mengharamkan Merkuri dalam kosmetik pada tahun 1974, kecuali kegunaan dalam kuantiti amat rendah bertujuan sebagai pengawet sahaja. Kuantiti yang dibenarkan itu cuma 1 ppm atau 0.0001 persen.

Bahan Merkuri dapat memutihkan dan memudarkan warna kulit. Oleh itu anda tentu faham mengapa bahan kosmetik ada merkuri? Benar, kebanyakan kosmetik menjanjikan kulit wajah yang putih dan bebas cela. Apa tu orang kata.. peloless? Hihi J

Cela pada kulit seperti tompok gelap dan jeragat disebabkan oleh penghasilan melanin pada kulit. Melanin dihasilkan oleh sel melanocytes, yang sebenarnya adalah tindakbalas melindungi kulit dari sinar UV misalnya. Namun apabila melanin berlebihan, ia menjadikan kulit gelap dan tona tidak sekata.

Merkuri dalam bahan kosmetik akan bertindak menghalang atau melambatkan penghasilan melanin, dengan tujuan supaya kulit dapat jadi putih dan bebas cela.

Tidak dinafikan, memang dapat putih. Segera lagi. Tetapi ada kesan seperti kemerahan. Jika anda fikir kemerahan itu cantik, sebenarnya tidak. Ia bukan merah cantik biasa tetapi disebabkan kulit yang radang.

Jadi kini, jom hati-hati dengan produk memutihkan. Takut-takut ada bahan merkuri yang melebihi kuantiti dibenarkan dan ada kesan sampingan yang buruk. Please be wise memilih produk, okey?

Kesan Merkuri

Keratan Akhbar

Banyak kajian saintifik yang telah dijurnalkan berkaitan ketoksidan merkuri apabila termakan, terminum atau terhidu. Biarpun hanya krim dan disapu pada kulit, sebenarnya Merkuri dapat meresap dan terkumpul di dalam badan. Kandungan Merkuri yang banyak dalam badan menyebabkan reaksi alahan, keradangan kulit dan kerosakan saraf. Keracunan Merkuri yang kronik pula boleh membawa pelbagai simpton dan reaksi buruk termasuk gementar, radang, keletihan, kehilangan memori, pendengaran dan penglihatan merosot, mual, muntah, cirit-birit, kerosakan ginjal dan pada tahap tinggi dapat membawa kepada kematian. Nauzubillah..

InsyaAllah, ada masa Jaja update lagi tentang bagaimana kita hendak mengenalpasti sesuatu produk yang ada Merkuri? Stay tuned until artikel seterusnya ;)

Klik untuk tahu senarai Bahan Beracun Yang Diharamkan dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan.

Oh ya, Jaja ingin berkongsi satu produk skincare yang Jaja gunakan sekarang ini. Ya semestinya skincare ini bebas merkuri, diperbuat 100% bahan semulajadi (vegan) dan bebas 1500 bahan kimia berbahaya dalam produk kosmetik lazim!

Sangat best tau! Baca pengalaman saya menggunakan skincare Youth okay ;)

Tiada ulasan: