Follow Us @bijak.sihat

30 Mac 2017

7 Manfaat Penyembuhan oleh Garam

Garam. Ya siapalah tak tahu garam kan. Lagi pula, senang sangat nak dapat garam di mana-mana, murah lagi.

Kali ini, Jaja nak kongsi 7 manfaat penyembuhan garam seperti yang pernah Jaja baca dari buku “Rasulullah is my Doctor” karangan Jerry D. Gray. Ha tak sabar nak tahu kan? Jaja pun macam tu tau waktu mula dapat tahu dulu, teruja sangat J

Baiklah, jom baca.

1. Jerawat
Cuba petua ini. Sapu campuran jus halia dengan garam pada jerawat, insyaAllah dapat menyembuhkan jerawat.
Selama ini, Jaja tak pernah dengar tentang petua yang satu ini. Kalau jerawat naik, Jaja ambil sebiji alfalfa Complex, basahkan dan sapu pada jerawat. Alhamdulillah, jerawat cepat sangat kecut dan tak tinggal parut sangat. Lepas ini, insyaAllah boleh cuba petua garam pula, kan?

2. Kelemumur
Cuci rambut dengan air garam untuk hilangkan kelemumur. Jerry D. Gray, si penulis sendiri rupanya pernah mencuba petua ini. Beliau mencuba dan katanya tiada lagi kelemumur.
Wah, ilmu baru kan. Jaja pun nak cuba lepas ni, insyaAllah. Tiba-tiba teringat suatu jenama syampu tu yang gunakan garam buluh dalam ramuannya. Warna hijau syampu tu, jenama apa ya?

3. Masalah gigi dan mulut
Dulu waktu kecil, ibu Jaja akan suruh kumur air garam bila sakit gigi. Ya betul, petua ini memang menjadi kerana dapat kurangkan rasa sakit gigi akibat gigi berlubang. Ia juga menyegarkan mulut dan dapat menghilangkan bau kurang enak. Ganti Listerine mungkin? Hehe

4. Sakit Kepala
Letak secubit garam pada lidah untuk beberapa minit, kemudian minum segelas air sejuk. Katanya dapat menghilangkan sakit kepala. Kalau ada sesiapa cuba, bagitahu hasil di sini ya? J

5. Masalah perut
Untuk masalah pencernaan, petuanya makan campuran satu atau dua sudu teh jus bawang merah dengan secubit garam batu selepas makan.
Untuk masalah sakit perut atau buang air besar, boleh cuba campuran sedikit garam dengan air panas. 


6. Muntah
Campur jus halia dan jus lemon dalam sukatan yang sama (satu nisbah satu), letak sedikit garam. Minum campuran tersebut.

7. Cacing
Petua menghancurkan cacing perut guna garam ialah makan pisang yang ditabur garam batu dan jus lemon ketika perut kosong pada waktu pagi.

Bagaimana? Teruja tak dengan manfaat-manfaat garam yang Jaja kongsikan ini? Kadang macam tak terfikir pula yang penawar ada di sekeliling kita macam kes garam ini kan. Subhanallah... Allah Maha Kuasa ;)


Jadi, semoga anda dapat pengetahuan baru yang mungkin berguna untuk anda kelak. Kongsi-kongsikan petua ini dengan kawan-kawan dan keluarga ya. Sharing is caring ;)

Tiada ulasan: