Salah satu nutrienn yang diperlukan oleh badan ialah sumber
protein. Ini kerana protein adalah keperluan yang diperlukan untuk pembinaan
dan pembaikan sel itu sendiri. Protein juga membina otot, kulit, tulang,
kartilaj, rambut dan sebahagian daripada komponen dalam darah dan organ-organ
lain. Pendek kata, protein diperlukan untuk petumbuhan, pengekalan dan
pembaikan sel-sel badan kita.
Sumber Protein |
Ada 2 sumber utama protein iaitu protein haiwan dan protein
tumbuhan. Protein haiwan biasa terdapat pada daging-dagingan seperti ayam,
daging dan ikan. Protein tumbuhan pula biasanya didapati daripada sumber
kekacang seperti soya dan kacang tanah. Antara 2 sumber ini, yang manakah yang
terbaik?
Protein haiwan adalah protein yang biasa kita ambil kerana
ia termasuk di dalam menu makanan sehari-hari dan mudah didapati. Jadi tidak
dinafikan, protein haiwan adalah sumber utama protein bagi kita setiap hari.
Namun begitu, protein haiwan biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol
yang tinggi. Kedua-dua ini dapat menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan
tekanan darah tinggi. Sebab itu, bagi anda yang menitikberatkan hal ini pasti
ada yang memilih daging yang kurang berlemak, membuang kulit ayam sebelum
memasak atau mempelbagaikan cara masakan tanpa minyak.
Kajian saintifik baru-baru ini mengesyorkan untuk mengubah
pola pemakanan berasaskan diet tumbuh-tumbuhan. Bercakap tentang idea ini, Soya
adalah satu-satunya makanan sumber tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 asid
amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Semua kelas asid amino ada 20 jenis;
11 tidak penting dan 9 asid amino penting. Tidak penting bukanlah bermakna
tidak diperlukan oleh tubuh tetapi ia dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita.
Sebaliknya, asid amino penting pula hanya dapat diperoleh melalui pemakanan
kita bersumber protein. Ya, kesemua 9 yang diperlukan oleh tubuh kita boleh
didapati daripada KACANG SOYA!
Selain manfaat soya yang dapat membekalkan kesemua 9 asid
amino penting, protein soya juga bagus
dalam mengekalkan kesihatan kita yang lainnya:
- Memberi kesihatan yang baik terhadap kulit, otot, rambut dan kuku.
- Meningkatkan tenaga, ketahanan dan prestasi badan
- Menggalakkan peredaran darah yang lebih sihat
- Menyokong kesihatan tulang
- Mengekalkan kesihatan payudara bagi wanita dan prostat bagi lelaki
- Mengawalatur keseimbangan hormon dan melancarkan tempoh peralihan menopaus bagi wanita
Soya dipercayai sebagai sumber terbaik protein kerana
memiliki semua 9 asid amino penting. Bukan itu sahaja, malah ia tidak berlemak
dan berkolesterol. Dengan ini, risiko penyakit jantung dan darah tinggi dapat
diminimakan bagi setiap orang J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan