Follow Us @bijak.sihat

24 Mei 2016

Ada apa dengan Ubat Anti-Histamin?

Pesakit resdung sama ada alahan rhinitis atau sinusitis adalah pengguna ubat semburan (nasal spray) jenis anti-histamin. Apakah fungsi anti-histamin? Dan bagaimana ia membantu melegakan radang kepada pesakit?

Ihsan dari MyHealth


Sebelum berbincang lebih lanjut, mari kita fahami tentang histamin terlebih dahulu. Histamin ialah sejenis bahan kimia amina semulajadi yang dihasilkan tubuh sebagai sampingan tindakbalas oleh sistem imunisasi badan kita, malangnya ia mencetus keradangan. Oleh itu, apabila terkena serangan sinus, pesakit akan mengalami simptom-simptom radang seperti hidung berair, gatal hidung dan muka, kerap bersin dan lain-lain. Maka, pengambilan ubat jenis anti-histamin akan bertindak untuk mengurangkan penghasilan histamin atau menyekatnya daripada memberi kesan yang serba tidak menyelesakan ini. Dengan itu, apabila mengambil ubat semburan jenis anti-histamin, pesakit dapat menghindari simptom-simptom resdung yang selalu mereka alami.

sekadar hiasan


Pengambilan ubatan anti-histamin jenis tablet atau semburan ini perlulah mendapat bimbingan daripada doktor atau ahli farmasi, kerana kita memahami bahawa ubatan kimia mempunyai dos yang perlu dipatuhi supaya kesan sampingan yang buruk dapat dihindar. Kesan sampingan mengambil ubatan anti-histamin biasanya tidak serius seperti yang dirujuk di laman web Bahagian Farmasi KKM tentang ubat Chlorpheniramine. Antaranya;

  1. Mengantuk
  2. Sembelit
  3. Cirit
  4. Loya
  5. Muntah
  6. Kekeringan mulut
  7. Loya
Namun begitu, pesakit diminta segera berjumpa doktor sekiranya kesan sampingan yang dialami adalah lebih teruk daripada biasa.



Tiada ulasan: