Sungguhpun Aidilfitri telah berlalu, namun kita masih di bulan Syawal yang diraikan. Tentu banyak jemputan rumah terbuka, sama ada dianjurkan keluarga, saudara, rakan-rakan dan majikan tempat kerja. Wah, meriah kan! Disajikan pula dengan aneka juadah yang tentunya sedap-sedap belaka boleh buatkan tetamu makan tak ingat dunia ya. Syukur, rezeki kita di bumi Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian juadah makanan dan minuman.
Tapi, sebelum ke
hari raya open house tu beringat-ingatlah ya. Beringat supaya sentiasa
kekalkan kesihatan diri dengan memilih makanan yang baik mengikut tahap
kesihatan sedia ada. Nak merasa semua makanan, tentu tak salah. Tapi
berpada-pada dengan kuantiti ya. Kurangkan makanan manis-manis. Kalau sudah
banyak makan kuih muih, biskut raya dan desert, seimbangkanlah ia dengan
pengambilan air kosong. Ada banyak tips lagi yang boleh dipraktikkan okey? Yang
penting, berpada-padalah makan ketika di rumah terbuka hari raya.
Untuk kali ini, saya
ingin kongsikan beberapa suplemen yang sesuai diambil untuk melegakan perut,
sistem penghadaman dan pelawasan semasa musim rumah terbuka hari raya sekarang
ini. Maklumlah, banyak makan mesti banyak ragam pula. Mungkin ada yang makan
terlampau kenyang sampai sakit perut dan tak selesa. Ada pula yang jadi badan
berangin sebab tersilap makan. Tak kurang juga yang hadapi masalah untuk
membuang air besar dengan lancar. Dan, yang paling terkenal mungkin ramai yang
dah naik badan sebab asyik memenuhi jemputan rumah terbuka hari raya? Hehe
Jangan risau..
Jom kenali beberapa
suplemen Shaklee yang dapat membantu.
3 Suplemen Terbaik untuk Musim Rumah Terbuka Hari Raya
1.
HerbLax
Herblax paling baik untuk mereka yang
alami masalah membuang air besar dan perut buncit! Makan banyak-banyak di rumah
terbuka hari raya takkan pula tidak membuang air besar setiap hari kan, tak
logik. Bila lancar membuang, insyaaAllah badan pun rasa selesa dan sihat.
Kebaikan Herblax ialah,
- Membersih najis yang tersekat di usus
- Membantu masalah sembelit
- Mengempiskan perut
- Melembutkan najis dalam kes sembelit
2.
Alfalfa Complex
Ada masalah badan
berangin? Alfalfa boleh membantu. Mengikut sejarah botaninya, Alfalfa telah
digunakan sejak 2500 tahun dahulu kerana kaya dengan pelbagai nutrisi. Antara
manfaat Alfalfa Complex ialah,
- Mencuci hati, darah dan usus daripada
toksin
- Melawan alahan seperti masalah resdung
- Baik untuk perubahan patologi di dalam
usus dan perut, jadi membantu masalah penghadaman
- Menyingkirkan lemak dan kolesterol
3. Lecithin
Menu
rumah terbuka hari raya jika bukan yang manis-manis, ada juga yang berminyak
dan bersantan tentunya. Awas, lemak memang ada kegunaanya untuk badan kita tapi
pengambilan tetap perlu dikawal mengikut kuantiti yang tidak berlebihan.
Lecithin bermanfaat untuk membantu pencernaan lemak di dalam dengan baik. Selain itu, Lecithin juga
berperanan sebagai
- Membantu penyerapan vitamin larut lemak
dengan baik
- Melindungi hati dengan menghalang enapan
lemak pada hati
- Memecah lemak dan kolesterol, jadi
membersih salur darah dan mengurangkan risiko tersumbat
- Melangsingkan badan kerana menggalakkan
pembakaran lemak badan
Itu
dia 3 suplemen yang boleh disediakan sebagai persiapan ketika musim rumah
terbuka hari raya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen sikit? Terima kasih :)