Follow Us @bijak.sihat

29 Ogos 2017

Bahaya Krim Pemutih Kulit Segera!

12:23 PG 0 Comments
Ramai orang terutama gadis-gadis yang obses nak jadi putih, jadi tak hairan pelbagai krim pemutih kulit yang muncul di pasaran, selain suplemen dan suntikan pemutih kulit juga. Isy tak tau Jaja nak cakap macam mana.. penting sangat ke jadi putih? Obsesi masing-masing kot.


Kalau anda memang anda msalah tona tak sekata, sunburn, jeragat dan pigmentasi lain tu tak apa jugalah berikhtiar untuk hilangkannya..😅

26 Ogos 2017

4 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi dan Selamat

10:27 PG 0 Comments
Ramai orang yang beranggapan putih itu cantik, jadi bermacam cara orang cuba untuk memutihkan kulit. Ada yang pakai skincare pemutih kulit dan ada yang mengamalkan petua-petua semulajadi tertentu. Nak putihkan kulit ni taklah salah, cumanya pilihlah bahan yang selamat ya. Memutihkan kulit wajah dan badan ni selain beli krim atau suplemen pemutih boleh usahakan secara semulajadi juga.. nak tau ke? Jom.


23 Ogos 2017

5 Produk Kecantikan untuk Lelaki

12:41 PTG 0 Comments
Kacak ke Zul Ariffin nie?
Asal cantik je perempuan, asal perempuan je cantik - macam tak dapat dipisahkan pula 2 istilah ni. Habis yang lelaki macam mana pula? Pun nak cantik, kacak menawan juga kan! Jadi, Jaja nak cerita 5 produk kecantikan untuk lelaki pula kali ni. Produk nie lebih kepada memelihara kesihatan dan kecantikan lelaki khas dari dalam. Apa orang panggil tu, inner beauty lah kan.. :) Produk kecantikan lelaki yang sembur, sapu dan cuci bagai tu Jaja skip tau, sebab kalau google dah ramai yang cerita pasal tu..hihi 😁

22 Ogos 2017

7 Cara Menghilangkan Parut Jerawat

11:22 PG 0 Comments
Masalah yang mungkin ramai hadapi sesudah masalah jerawat pastinya untuk menghilangkan parut jerawat. Biasanya selepas jerawat pulih, ada kesan parut yang semestinya mencacatkan penampilan wajah kita. Runsing jadinya - sudahlah masalah jerawat, ditambah lagi dengan parut jerawat pula! Kali ini Jaja nak kongsikan tips cara menghilangkan parut jerawat terutamanya di muka kita, semoga bermanfaat ya 😊

21 Ogos 2017

10 Makanan yang Baik untuk Detoks

11:41 PTG 0 Comments
Kalau anda berhajat nak amalkan diet detoks, pastilah tercari-cari makanan yang baik untuk detoks kan? Sebenarnya kalau kita Google, memang banyak cadangan makanan detoks nie. Kita tinggal aje nak amalkan yang mana. Seeloknya pilihlah makanan detoks yang dekat dan mudah kita dapati, barulah tak hangat-hangat tahi ayam nanti 😜

Bahaya banyak toksin!


7 Hari Pelan Makan untuk Program Detoks Shaklee (2)

2:56 PG 0 Comments
Sambungan: 7 Hari Pelan Makan untuk Program Detoks Shaklee (1)




Pelan Makan 7 Hari Detoks

Tema Hari 1: Salad dan Buah



Hari pertama adalah masa di mana kita perbanyakkan pengambilan serat okey. Pengambilan serat akan melawas sisa makanan yang berkumpul pada usus, ia juga akan melancarkan perjalanan makanan tercerna sepanjang laluannya.

Jadi kena makan hidangan sayur dan buah untuk sarapan, tengah hari, makan malam mahupun snek.

7 Hari Pelan Makan untuk Program Detoks Shaklee (1)

2:27 PG 0 Comments
Dah cuba diet dan senaman, tapi berat susah betul nak turun. Dah cuba skincare terbaik dan suplemen kecantikan tapi masalah jerawat tak juga surut-surut. Atau dah cukupkan tidur, tambah makan energy booster tapi badan masih rasa lesu dan letih. Mengapa ya? Ini antara petanda anda perlu detoks tau! Sertailah Program Detoks Shaklee selama 7 hari, insyaAllah segala simptom yang menyerang akan beransur pulih 😉 Kali ini, Jaja nak kongsikan Pelan Makan untuk Program Detoks Shaklee. Semoga berguna untuk anda yang tengah plan untuk mencuba dan merasai sendiri kesan detoks bersama Shaklee :)



Program Detoks Shaklee nie tak lama tau, just 7 hari je. Anda pasti boleh kalau nak ikuti. Kalau anda masih ragu-ragu sama ada anda patut lakukan program detoks atau tidak, bolehlah semak 11 Petanda Mengapa Anda Perlu Detoks dahulu ya. Di artikel tersebut Jaja ada terangkan apa petandanya badan kita banyak toksin dan perlunya untuk segera detoks.

Jom detoks?

Detoks ni banyak kebaikannya untuk kesihatan. Bahasa mudahnya, detoks ni seperti kita buang bahan beracun dalam badan kita lah. Selain memulihkan gejala akibat banyak toksin, detoks menjadi amat penting kepada seluruh fungsi tubuh dan kesihatan kita - organ lebih cekap menjalankan fungsinya dan terhindar dari risiko penyakit.

18 Ogos 2017

Mengapa Penting untuk Detoks Organ Hati Kita?

1:32 PG 0 Comments
Hati, adalah suatu organ dalaman yang paling besar dalam tubuh kita. Ia terletak di abdomen sebelah kanan di bawah diafragma rongga toraks kita. Satu persoalan, perlu ke kita detoks hati? Detoks hati di sini bermaksud memulihkan kemerosotan fungsi hati supaya ia kembali efisien. Kalau tak bantu untuk detoks hati pula apa jadi? Dan..apa tanda-tandanya kita perlu detoks organ hati kita? Jom rungkaikan bersama :)

Kedudukan Organ Hati

16 Ogos 2017

7 Cara menghilangkan Badan Berbau - Cegah Sebelum Parah!

9:08 PG 0 Comments
Badan berbau busuk memang agak mengaibkan. Rakan-rakan di sekeliling mungkin tidak mengungkit badan anda berbau demi menjaga hati, namun ia pasti akan mengurangkan keyakinan diri seseorang. Persoalannya bagaimana ingin tahu badan kita berbau busuk atau tidak? Ya, bertanyalah kepada mereka yang rapat dengan kita seperti ibu, pasangan atau sahabat baik. Mereka ini pasti akan bersikap jujur dan menyokong 100% apabila kita berhasrat ingin berusaha menghilangkan bau badan yang kurang enak itu!

Jom hilangkan bau badan!

14 Ogos 2017

Cara Mengecilkan Pori Wajah Supaya Kulit Nampak Halus

8:15 PG 0 Comments
Pori wajah ni kalau besar, kau Skype dengan kawan pun dia boleh nampak tau! Sedih kan kalau pori wajah besar, sebab nanti kulit nampak kasar sangat, nak selfie sendiri pun segan. Kalau nak kulit wajah kelihatan halus, kenalah berusaha untuk mengecilkan pori wajah ya 😊


Pori atau liang roma pada kulit adalah lubang mikro yang berfungsi untuk peluh dan sebum keluar. Sebum adalah lapisan minyak semulajadi badan kita yang menjadikan kulit kekal lembap selain melindungi kulit daripada pertumbuhan bakteria pada permukaannya.

12 Ogos 2017

5 Jenis Makanan Yang Menggalakkan Jerawat

12:12 PG 4 Comments
Ada orang kata makanan tertentu adalah sebab jerawat muncul di wajah, sebab tu mungkin anda pernah dengar ada orang takut makan kacang kerana taknak jerawat menjengah. Ada pendapat lain pula kata makanan tak memainkan peranan pun dengan kemunculan jerawat. Jadi makanan tertentu ni betul ke menggalakkan jerawat?

Menurut Dr. Hasseenah, umumnya jerawat disebabkan oleh faktor masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan stress yang melampau. Adakah makanan boleh menyebabkan jerawat? Jawapannya ya dan tidak. Ia kerana bergantung kepada bagaimana badan kita bertindakbalas terhadap apa yang kita makan. Ada orang yang badannya memberi reaksi negatif terhadap makanan tertentu, jadi jerawat mungkin timbul sebagai kesannya.


10 Ogos 2017

Cara Mengurangkan Stretch Mark Selepas Bersalin

12:09 PTG 0 Comments
Stretch mark atau kesan regangan biasa terjadi kepada para wanita yang hamil atau telah melahirkan. Regangan kulit berlaku akibat perkembangan bayi di dalam kandungan menyebabkan timbulnya tanda rekahan berwarna keperangan, putih atau kemerahan, sedikit berlainan daripada warna kulit di sekitarnya. Stretch mark juga dikatakan cenderung terjadi jika kulit terlalu kering dan tidak anjal, maka rekahan akan mudah berlaku semasa proses perubahan saiz perut si ibu demi bayi yang semakin membesar di dalam perut tersebut.


Bolehkah stretch mark hilang?

Stretch mark biasanya akan pudar mengikut peredaran masa. Namun, jika anda mahu penyelesaian yang lebih cepat, di sini ada beberapa petua dari Jaja.

08 Ogos 2017

7 Amalan Baik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

8:19 PG 4 Comments
Kalau anda pernah ingat, Jaja pernah kongsikan tentang eyebags atau lingkaran gelap bawah mata sebelum ini. Boleh klik >> Bengkak dan Lingkaran Gelap Bawah Mata macam Panda? << untuk membaca ya :) Lingkaran gelap bawah mata serius tak best! Kulit mulus flawless sekalipun kalau ada lingkaran gelap bawah mata, mesti rasa ralat. Apatahlagi kalau wajah kita tak semulus mana.. ditambah dengan lingkaran gelap tentu akan mencacatkan penampilan wajah.

Apa yang perlu dibuat? Ya semestinya hilangkan lingkaran gelap bawah mata tersebut!


Walaupun lingkaran gelap eyebags ini bukan penyakit dan tidak memudaratkan pun badan kita, ia hanya mengganggu dari segi penampilan wajah, setuju kan? Jadi, ingin Jaja kongsikan 7 amalan baik untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata, semoga berguna ya 😉

05 Ogos 2017

Testimoni Pengguna SET JERAWAT SHAKLEE

11:54 PTG 2 Comments
Jerawat? Hanya orang yang ada masalah jerawat kerap aje akan faham betapa stress dan kecewanya bila setiapkali pandang cermin. Bukan itu aje, jerawat ni boleh buatkan hilangkan keyakinan diri sama tau. Bukan Jaja tak pernah jumpa orang yang banyak jerawat tapi tetap high confidence.. tapi serius tak ramai mana!

Anda bayangkan bila berjalan sebelah bestie anda yang berkulit wajah flawless sedangkan kita pula berjerawat sana-sini, apalah yang kita rasa kan. Sudah macam beauty and the beast dah :'( Kawan kita bukan main senyum sampai telinga lagak retis bila ada yang memandang, kita pula rasa macam nak sorok muka dalam baju aje kan. Itu belum lagi bila ada orang tegur kondisi jerawat kita tu, sangguplah bermasam muka dengan yang ditegur, tak gitu?

03 Ogos 2017

Bak Puteri - 5 Rahsia Cantik Orang Korea!

4:25 PTG 4 Comments
Anda pernah tonton drama Korea ataupun sekurang-kurangnya tonton variety show Korea macam Family Outing atau Running Man? Uishh Jaja suka sangat 2 variety show tu tauu! Tapi sekarang dah jarang tonton sebab kekangan masa..hihi. Nak cerita bukan pasal tu kali ni tapi nak cerita pasal kulit orang Korea yang amboiiiaiih cantik, mulus, halus dan glowing tu! Cantik bak puteri lah diorang. Bukan yang perempuan aje cantik, tapi yang lelaki pun sama cantik kulitnya. Isy jealous tau 😅 Nak kata kulit mereka cantik sebab selebriti tak juga sebab dalam variety show selalu libatkan orang awam - orang awam Korea pun kulit cantik-cantik belaka! Eh, apa rahsia cantik sihat macam mereka ye?
Song Ji Hyo - cantik kan?

Rahsia Cantik dan Sihat orang Korea

Orang Korea sebenarnya amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman. Untuk kecantikan, mereka memiliki sekurang-kurangnya set skincare asas seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Yang lain-lain macam eye cream, serum, essence, night cream dan lain-lain ada juga tapi tetap 3 benda utama tu yang pasti setiap orang ada. Berdisiplin kan mereka 😉

01 Ogos 2017

8 Vitamin Shaklee untuk Masalah Kulit Berjerawat

3:13 PTG 2 Comments
Masalah jerawat memanglah merungsingkan, apatah lagi kalau ia di muka. Ada kes yang sanggup tak keluar rumah pun ada.. hihi. Tapi sampai bilalah kan. Masalah jerawat ini nak tak nak kita perlu atasi supaya boleh tampil cantik tanpa cela atau sekurang-kurangnya untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri di hadapan orang. Yang penting, jangan tunggu sampai JERAWAT KRITIKAL, baru nak cari penyelesaian ya!

Atasilah jerawat dengan bantuan VitaminShaklee!

Kali ini Jaja ingin kongsikan 8 jenis vitamin Shaklee yang dapat membantu masalah jerawat. Dan mungkin ia memang berkesan untuk anda, siapa tahu kan!