Selamat Hari Raya 2017 / 1438H :) :)

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA semua!

Selamat Hari Raya korang!
Raya this year tak raya di mulut sangat cik Jaja, hehe.

Raya di mulut means makan itu makan inilah :D

Sebenarnya on the last day puasa tempoh hari, Jaja terkena ulser dalam mulut. Ada 2 ulser yang jadi, satu dekat bibir atas kanan sebelah dalam dan satu lagi dekat hujung lidah sebelah kiri. Erghh boleh tak anda bayangkan azabnya? Bibir dah jadi macam bibir seksi Angeline Jolie dah ha. Haha.

That’s why tak boleh makan dengan happy. Nak sengih pun duk cover! Hati tu teringinlah nak makan macam-macam kan, tapi bila kenangkan pedihnya bila nak kunyah tu terus bantut selera nak makan. End up dengan makan begitu sederhana.. yeahh ada hikmahnya lah kan :) Sekurang-kurangnya Jaja tak melantak tak ingat dunia? Hihi

Sebenarnya dah lama sangat Jaja tak kena ulser mulut ni. Alhamdulillah sedar tak sedar mungkin asbab pengambilan suplemen dan air putih yang cukup. Dulu memang selalu jugalah kena. The first thing yang Jaja perasan is Jaja memang kurang sangat minum air putih. Sebab itulah agaknya ya. 

Sekarang bila mengenali Shaklee dan amalkan vitaminnya Jaja lebih prihatin dengan penjagaan kesihatan diri.. dulu tak cakna sangat, sekarang rasanya more appreaciate it. Minum air putih banyak, skip MSG dalam masakan, kurangkan gula garam dan minyak, choosy.. hehe :) Orang kata sihat sebelum sakit.. so never let your health down. Batang tubuh kita ni cuma satu aje kan.

Okey, hari ini Jaja tak berniat nak kongsi info apa-apa, tapi just nak share kemeriahan Raya Jaja. Jaja harap anda semua pun happy belaka! Have fun to see my Raya photos ya ;)

Ada ketupat dan rendang barulah raya!
Tetamu di raya pertama..

...dengan anak-anak buah ..
Jaja tak suka pakai shawl... hahaa


Duit raya... anak buah punya ;) Jaja? Habuk pun tarak :'(


"Kau dah kenapa kak nyorok belakang haku?"

Posing ngan rambutan pun jadi..

Selamat Hari Raya semua.. Maaf Zahir & Batin ya ;)

Ini antara momen Raya Jaja tahun ini.. haa korang macam mana? Mesti meriah juga kan di samping keluarga dan rakan-rakan? ;)

Jaja harap Syawal ini disambut dengan penuh kesyukuran, manakala Ramadhan yang baru berlalu menjadi titik tolak untuk pembaharuan iman dan amal kita masing-masing. Moga Allah menerima segala amalan.. amin.

Tiada ulasan: