Follow Us @bijak.sihat

17 Julai 2017

4 Resepi dalam Mug Yang Ringkas Tetapi Sihat

Resepi yang ringkas tapi enak lagi menyihatkan? Memang tak mustahil, siap pakej dalam mug lagi. Jom ikuti ya.


Resepi 1: Mac & Cheese in A Mug


1. Sediakan bahan berikut:


  • 1/3 cawan macaroni
  • 1/3 cawan air
  • 2 sudu susu rendah lemak
  • ½ cawan keju cheddar
  • ¼ bawang kecil 
  • Garam secukup rasa 
  • Lada hitam segar sebagai perasa
2. Campurkan macaroni dan air ke dalam mug
3. Masak di dalam microwave selama 4 minit. Pastikan setiap minit dikeluarkan dan kacau supaya masak sekata.
4. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mug.
5. Masak lagi selama 2 minit menggunakan ketuhar.
6. Siap!


Resepi 2: Quick Vanilla Cake In a Mug


1. Sediakan bahan-bahan berikut:
  • ½ cawan tepung siap kek vanilla
  • 2 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu minyak sayuran
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji strawberi – dipotong

2. Campurkan semua bahan ke dalam mug.
3. Masukkan dalam ketuhar selama 1 minit.
4. Keluarkan dari ketuhar dan pastikan ia masak dan lekang dari permukaan mug.
5. Hiaskan dengan strawberi dan nikmati kek vanilla anda!


Resepi 3: Omelet in a Mug


1. Sediakan bahan-bahan berikut:
  • 2 biji telur
  • 2 sudu susu rendah lemak
  • 1 keping keju cheddar
  • 1 sudu parsley – dicincang halus
  • Garam dan lada secukup rasa

2. Campurkan semua bahan-bahan di dalam mug.
3. Stimkan selama 10 minit.
4. Pastikan ia masak.
5. Telur Dadar dalam Mug sedia dinikmati. Yummy!


Resepi 4: Tropical ESP Yoghurt in a Mug


1. Sediakan semua bahan-bahannya:
  • Bahan A: 3 sudu serbuk ESP, ½ cawan yogurt asli rendah lemak, 2 sudu susu rendah lemak
  • Bahan B: ½ cawan mangga (dipotong), ½ cawan nanas (dipotong) dan segenggam delima.

2. Campurkan semua bahan A ke dalam mug.
3. Penuhkan bahagian atas mug dengan bahan B. Sejukkan selama 5 minit.
4. Sedia untuk dinikmati!


Bagaimana, mudah kan 4 resepi sihat dalam mug ini? Kalau anda seorang yang sibuk dan rasa begitu sukar untuk menyediakan juadah sihat anda sendiri, cubalah ketiga-tiga resepi ini kerana bukan saja ia sedap dan menyelerakan, malah begitu cepat juga dihasilkan ;)
Selamat mencuba!


P/S: Di mana hendak dapatkan serbuk soya non-GMO ESP yang enak dan berkhasiat dari Shaklee? Hubungi saja Jaja ya ;) Boleh baca lanjut tentang ESP di sini dan sini selain testimoni ESP di sini.

3 ulasan:

Gja berkata...

wah bestnya jumpa resepi mudah macam ni.

terima kasih sebab berkongsi resepi ya.

Jaja berkata...

ha best kan resepinya simple amat 😄😄

Boleh la mencuba nanti ye :)

Sama-sama!

Jaja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.