Follow Us @bijak.sihat

06 Jun 2017

Bahaya Serangan Jantung dan 7 Tips Mencegahnya

Pada tahun 2014, kajian Jabatan Perangkaan mendapati serangan jantung adalah penyakit utama (sejak 10 tahun lepas, 2005 hingga 2014) yang menyebabkan kematian di Malaysia iaitu sebanyak 13.5%.


Allah..

Subuh 9 Ramadhan 1438H yang lepas (4 Jun 2017), seorang sahabat Jaja sendiri telah 'pergi' menghadap Ilahi asbab serangan jantung.

Awal tahun baru-baru ini juga, suami kepada kenalan Jaja juga meninggal akibat serangan jantung. Allahu. Sedangkan kata kenalan tersebut arwah tidak menunjukkan apa-apa sakit sebelum itu kecuali masa waktu kejadian, satu-satunya perkara yang berlaku ialah serangan jantung. Tup tup Allah menjemputnya begitu saja.

Bahaya kan serangan jantung ini. Serangan yang berlaku boleh secara tiba-tiba, kadangkala langsung tiada petanda. Serangan pertama saja mungkin sudah jadi penyebab untuk kembali kepada Pencipta buat selamanya..



Sayu sebenarnya bila bercakap soal ini bila mengenangkan kaum keluarga yang ditinggalkan. Namun ajal yang datang, memang sekali-kali tidak dapat kita dinafikan. Namun, asbab kematian kerana serangan jantung itu memang amat-amat mendadak dan pastinya mengejutkan! Sekelip mata seseorang boleh 'pergi' begitu sahaja.

Innalillah hi wainna ilai hirojiun.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Semoga keluarga yang ditinggalkan tetap tabah menghadapi segala ujian hidup hendaknya. Amin..


Bahaya Serangan Jantung

Otot jantung kita memerlukan oksigen dan nutrien. Aliran darah yang membawa 2 keperluan ini boleh terganggu akibat penyempitan salur darah jika terdapat plak pada dindingnya. Plak boleh terbentuk daripada bahan berlemak dan kolesterol yang termendak pada dinding salur darah. Ini dipanggil sebagai arterosklerosis (penyempitan salur darah). Tentu anda dapat mengagak yang penyempitan salur darah sekaligus akan mengurangkan bekalan oksigen yang sepatutnya kepada organ jantung.

Sampai suatu masa, apabila plak tercabut atau terlerai dari salur darah, ia akan terapung dalam aliran darah. Malangnya ia akan bergumpal dengan darah, lama-kelamaan gumpalan menjadi semakin membesar dan boleh menyumbat salur darah secara keseluruhan, sehingga tiada ruang untuk aliran darah yang membawa bekalan oksigen ke jantung!

Putusnya bekalan oksigen atau kekurangan oksigen ke jantung ini dalam beberapa saat saja akan menyebabkan kematian sel-sel jantung. Serangan jantung dikatakan berlaku!


Petanda Sakit Jantung

Ada beberapa simptom sakit jantung yang boleh dikenalpasti  yang akhirnya boleh membawa kepada risiko serangan jantung, iaitu:

  • berasa tidak selesa, tegang dan sakit dada
  • sakit menjalar ke belakang, tekak, rahang atau tangan
  • rasa pedih ulu hati
  • berpeluh, muntah dan rasa pening
  • rasa lemah dan nafas tersekat-sekat
  • rentak jantung yang laju atau tidak sekata
Namun begitu, ada juga kes serangan jantung yang tiada sebarang tanda-tanda awal seperti di atas. Ia biasa berlaku kepada pesakit yang mempunyai diabetes.


Mencegah Serangan Jantung daripada berlaku


7 Tips ini dikongsikan oleh Dr Mahmood, seorang Pakar Perunding Kardiologi & Perubatan Dalaman yang berkhidmat di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

1. Lakukan saringan kesihatan
Buat saringan jantung sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun sekali. Bukan apa, sebarang masalah pada jantung boleh diketahui lebih awal maka rawatan dapat dibuat seawalnya. 
2. Kenali faktor risiko anda
Mengenali faktor yang mendorong kita kepada risiko penyakit jantung pasti akan membuatkan kita lebih cakna dan berhati-hati. 
3. Kekalkan berat badan ideal
Bukan hanya risiko untuk obes atau pun diabetes, penyakit jantung juga sama juga; akan lebih berisiko terkena penyakit jantung jika punyai berat badan berlebihan. 
4. Amalkan diet  yang sihat
Ikuti panduan piramid makanan yang baik dan seimbang. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak supaya dapat menjaga kesihatan jantung. 
5. Berhenti merokok
Di dalam rokok, ada satu kandungan yang dinamakan nikotina. Nikotina akan meningkatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan paras kolesterol jahat dalam darah, jadi lebih tinggi risiko untuk salur darah tersumbat (arterosklerosis) dan masalah jantung kelak. 
6. Kekal aktif
Bekerja dalam aircond memang tidak banyak bergerak. Oleh itu, ubah gaya hidup supaya lebih aktif seperti berjalan kaki, bersukan, beriadah dan bersenam. Aktiviti cergas ini boleh melatih otot jantung untuk bekerja dengan agak 'lasak' dan melancarkan peredaran darah. 
7. Belajar CPR
Saranan yang ni lebih kepada membantu orang yang tersayang sebenarnya sekiranya mereka diserang sakit jantung. 

Jaja harap perkongsian ini memberi serba sedikit kesedaran kepada kita agar selalu menjauhi risiko penyakit jantung. Siapalah yang ingin sakit kan. Sentiasa, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.



Mencari vitamin yang bagus memelihara jantung? Cuba Omega Guard ;)
ENTRY MENJUAL iMIRACLE:

Tiada ulasan: