6 Senaman Mudah Hanya di Tempat Tidur!

Apa?

Senaman mudah hanya di tempat tidur?


Yalah, anda tak salah baca ya, hihi. Memang Jaja nak kongsi senaman mudah di tempat tidur ini khas untuk anda ;)

Rata-rata semua orang sudah tahu yang cara untuk hidup sihat secara tip top, selain jaga pemakanan seimbang, amalkan suplemen, tidak merokok, tidak mengambil dadah dan alkohol, kita juga perlu bersenam!

Tapi, mungkin ada antara kita yang punya kesedaran ini tapi betul-betul tak punya waktu untuk bersenam? Jadi, jangan beri alasan. Jomlah kita tetap bersenam walau sedikit, walau kesuntukan masa dan walaupun kita malas. Hehe




Senaman Mudah Hanya di Tempat Tidur

Tonton dan hayati video ini, mesti anda akan rasa "Wah mudahnya nak bersenam!" :)



6 Senaman dengan Gerakan Mudah

Susah atau tak dapat nak tonton video di atas? Jaja ringkaskan di sini cara senamannya ya. Moga-moga bermanfaat untuk semua.

1. Memutar badan
Bengkokkan lutut dan silangkan ia pada kaki lurus anda yang sebelah lagi. Kemudian, putarkan badan. Ulang 5 kali, kemudian tukar kaki pula.

2. Senaman Luruskan Kaki
Duduk dan tegakkan badan, Gunakan tangan kiri untuk menyentuh kaki kanan anda yang diluruskan. Ulang 5 kali dan tukar tangan kanan pula.

3. Berlawan Tali Duvet @ comforter
Bengkokkan lutut dan tegakkan belakang, pegang hujung comforter dengan kedua-dua tangan. Kibas tangan anda selama 1 minit.

4. Pendaki Gunung 
Dalam kedudukan terbalik, bawa lutut ke dada anda, kemudian lakukan tricep dip. Ulang 10 kali.

5. Masuk Benang Jarum
Pada satu sisi katil anda, letak telapak tangan dan buat gaya seperti memasukkan benang ke dalam jarum. Ulang 5 kali dan tukar tangan.

6. Tendang Gunting
Pada satu sisi katil, pegang tilam anda untuk sokongan. Hulurkan kaki dengan lurus dan buat gerakan seperti gunting selama 1 minit.


Anda dapat sesuatu hari ini? Yeahh!

Tiada ulasan: