Follow Us @bijak.sihat

24 Jun 2017

Kanser Limfoma, Tanda-tanda, Penyebab dan Rawatannya

9:20 PG 0 Comments

Kisah Seorang Kawan..

Ada sekali hari tu, Jaja baca News Feed di Facebook dan terbaca tentang kanser Limfoma oleh seorang kawan. Jadi Jaja PM lah beliau nak tahu lebih lanjut. Rupa-rupanya anak beliau yang umur 11 bulan yang kena kanser tu. 


Ya Allah.. bayangkanlah macam mana perasaan seorang ibu menanggung beban sesukar ini untuk bayinya yang masih kecil. Serius Jaja tak dapat nak bayangkan sebenarnya.. hanya simpati je yang mampu dilontar. 

Jadual kemoterapi pun dah keluar.. kata kakak ni, bayi baru 11 bulan jadi doctor tak akan bedah dulu. Buat kemoterapi supaya kanser mengecil barulah akan buat pembedahan kemudian. Bila Jaja tengok jadual kemo tu Ya Allah memang kerap sangat-sangat, 3 hari sekali ada appointment. Dugaan betul...

23 Jun 2017

Punca dan Cara Mengatasi Jerawat Pasir

9:10 PG 0 Comments

Jerawat pasir biasanya bersaiz kecil tetapi mucul dengan banyak sama ada di kulit muka seperti dahi dan pipi atau di punggung. Ia selalunya akan menyebabkan kulit kita kelihatan kasar.

Jerawat pasir ni memang mengganggu penampilan kan lagi-lagi untuk kita kaum perempuan ni. Iyalah, dari jauh nampak macam kulit licin aje tapi bila mendekat dah macam bulan jadinya :’( Sedih kan.

16 Jun 2017

7 Testimoni Cantik dengan ESP

11:03 PG 0 Comments
Di sini Jaja kongsikan beberapa testimoni mereka yang telah berpuashati dengan ESP.  Jom cantik dengan ESP?


7 Testimoni Cantik dengan ESP

** Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ia adalah suplemen yang menyihatkan

** Amaran: Tidak sesuai untuk mereka yang alergi terhadap soya



TESTIMONI 1

" Kulit muka bertambah gebu dan berseri... kulit dah tak berminyak macam dulu, jerawat pun susah nak timbul kalau adapun cepat je surut. Dark circle bawah mata dah hilang."




13 Jun 2017

11 Jun 2017

Legakan Eczema Segera: Lihat Apa Ibu ini Ikhtiarkan Untuk Bayinya

1:05 PG 0 Comments

Menurut MayoClinic, eczema ini sejenis macam alahan kulit dengan keadaan kulit menjadi merah dan gatal. Jika kronik, eczema boleh berlanjutan lama, menjadi seakan terbakar sebelum ia jadi surut. Malah, eczema boleh juga diikuti dengan demam dan asma. Kes eczema selalu terjadi pada bayi walaupun ada juga kes pada orang dewasa. Kesian ya pada baby! Dan semestinya untuk ibu baby juga yang perlu lebih teliti menjaga bayi eczema mereka.

Kali ini, Jaja nak kongsi apa ikhtiar seorang ibu ini untuk legakan Eczema bayinya dengan cepat; tak sampai 1 bulan!

09 Jun 2017

6 Senaman Mudah Hanya di Tempat Tidur!

3:38 PTG 0 Comments
Apa?

Senaman mudah hanya di tempat tidur?


Yalah, anda tak salah baca ya, hihi. Memang Jaja nak kongsi senaman mudah di tempat tidur ini khas untuk anda ;)

Rata-rata semua orang sudah tahu yang cara untuk hidup sihat secara tip top, selain jaga pemakanan seimbang, amalkan suplemen, tidak merokok, tidak mengambil dadah dan alkohol, kita juga perlu bersenam!

Tapi, mungkin ada antara kita yang punya kesedaran ini tapi betul-betul tak punya waktu untuk bersenam? Jadi, jangan beri alasan. Jomlah kita tetap bersenam walau sedikit, walau kesuntukan masa dan walaupun kita malas. Hehe

6 Tips Bebas Whitehead dan Blackhead

12:30 PG 0 Comments

Nak bebas whitehead dan blackhead? Eh mestilah nak kan!

Walaupun whitehead dan blackhead tu kelihatannya macam tak berapa nampak dan jelas tapi kalau pandang muka di cermin amboiii rasa sakitnya hati sebab nampak bintik-bintik putih dan hitam tu kan? Tambah-tambah kat hidung tu..

Bila bebas whitehead dan blackhead ni, kulit akan jadi lebih bersih dan tiada cela. Flawless orang kata :)

Jom baca seterusnya untuk Jaja kongsikan tips bebas whitehead dan blackhead ini ye!

06 Jun 2017

Bahaya Serangan Jantung dan 7 Tips Mencegahnya

11:17 PTG 0 Comments
Pada tahun 2014, kajian Jabatan Perangkaan mendapati serangan jantung adalah penyakit utama (sejak 10 tahun lepas, 2005 hingga 2014) yang menyebabkan kematian di Malaysia iaitu sebanyak 13.5%.


Allah..

Subuh 9 Ramadhan 1438H yang lepas (4 Jun 2017), seorang sahabat Jaja sendiri telah 'pergi' menghadap Ilahi asbab serangan jantung.

Awal tahun baru-baru ini juga, suami kepada kenalan Jaja juga meninggal akibat serangan jantung. Allahu. Sedangkan kata kenalan tersebut arwah tidak menunjukkan apa-apa sakit sebelum itu kecuali masa waktu kejadian, satu-satunya perkara yang berlaku ialah serangan jantung. Tup tup Allah menjemputnya begitu saja.

Bahaya kan serangan jantung ini. Serangan yang berlaku boleh secara tiba-tiba, kadangkala langsung tiada petanda. Serangan pertama saja mungkin sudah jadi penyebab untuk kembali kepada Pencipta buat selamanya..

03 Jun 2017

Bahaya Sakit Mata @ Konjunktivitis?

1:21 PG 0 Comments
Anda pernah sakit mata tak? Eh, bahaya tak sakit mata ni?

Bila sakit mata, biasanya mata jadi merah, berair, sakit dan bertahi mata bila bangkit dari tidur awal pagi.

Jaja selalu dengar satu pesanan ini. Kalau ada orang sakit mata, jangan pandang matanya; nanti berjangkit! Ha, anda pernah dengar macam ni juga tak? Bunyi macam kelakar bukan tapi sebenarnya betul tau, sakit mata memang boleh berjangkit. Tapi, bahagian berjangkit akibat pandang mata tu tak berani pula Jaja pastikan. Kena tanya yang lebih pakarlah ya.