Follow Us @bijak.sihat

17 Mei 2017

Mencari Penyelesaian Masalah Kolesterol TInggi

Ada seorang sahabat Tanya Jaja pasal vitamin untuk masalah kolesterol tinggi baru-baru ini. Menarik juga kan jika Jaja bincangkan serba-sedikit tentang masalah tersebut di sini. Jom!

Apa itu Kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat di dalam darah kita. Ia memang diperlukan oleh tubuh badan kerana mempunyai fungsi tersendiri.

Terdapat 2 jenis kolesterol, iaitu High Density Lipo-protein (HDL) dan Low Density Lipo-Protein (LDL). HDL adalah kolesterol baik yang membantu merendahkan risiko penyakit jantung, serangan jantung mahupun strok, manakala LDL adalah kolesterol tidak baik yang memberi risiko penyakit berkaitan jantung (kardiovaskular) apabila parasnya tinggi.

Kolesterol dalam darah didapati daripada 2 sumber iaitu dihasilkan oleh organ hati dan melalui pemakanan. Menariknya, faktor utama peningkatan tahap kolesterol dalam darah biasanya disebabkan oleh pemakanan. Jadi bila berbicara tentang masalah kolesterol tinggi, ia memang ada kaitan dengan tabiat pemakanan seseorang itu.

Masalah Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi terjadi apabila kandungan kolesterol di dalam darah kita tinggi. Bahkan, nisbah HDL (kolesterol baik) kepada LDL (kolesterol jahat) pula rendah. Ini membuatkan risiko seseorang itu terkena serangan jantung, penyakit jantung dan stroke amat-amat tinggi!

Apa yang kolesterol lakukan apabila kandungannya yang tinggi di dalam darah melepasi paras normal ialah ia boleh memendak pada permukaan pembuluh darah. Lama-kelamaan ia dapat mengeras di dinding pembuluh darah yang dipanggil masalah arterosklerosis dan kesannya ia menyempitkan laluan aliran darah. Risiko untuk pembekuan darah dan radang juga dapat berlaku, yang akhirnya membawa kepada masalah darah tinggi, serangan jantung dan strok.

Erti kata mudah, kolesterol tinggi bermaksud anda punyai risiko yang tinggi juga untuk diserang strok atau penyakit jantung. Memang ia sesuatu yang harus dibimbangkan.


Faktor Lain Penyumbang Kolesterol Tinggi

Selain pemakanan yang berkolesterol tinggi, terdapat lagi beberapa factor lain yang memainkan peranan. Mari kita lihat kesemua faktornya:

1) Makanan – jaga-jaga dengan makanan yang berlemak, berminyak dan mengandungi lemak trans (biasanya dalam makanan diproses dan fast food). Makanan ini akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah

2) Obes – orang yang memiliki berat badan berlebihan menjadikan nisbah HDL nya rendah di dalam badan. Apabila HDL rendah, bacaan kolesterol menjadi tinggi.

3) Gaya hidup tidak aktif – begitu juga gaya hidup yang tidak aktif akan menurunkan kolesterol baik HDL di dalam darah.

4) Umur – kolesterol berisiko menjadi tinggi selepas usia 20 tahun. Maka, langkah bejaga-jaga perlu dilakukan lebih teliti.

5) Sejarah keluarga – jika ahli keluargaa pernah mempunyai masalah kolesterol tinggi, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.


Bagaimana mengatasi Kolesterol Tinggi

Atasi kolesterol tinggi bermakna anda dapat mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Mestilah anda mahu kan!


Gaya Hidup Sihat

Ubah gaya hidup anda J

Formula ini nampak mudah ya. Walau bagaimanapun perlu konsisten okey, barulah kesihatan dapat berpanjangan.

  • Jaga pemakanan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak, banyak makan sayuran, buah dan gandum, ikan serta makanan rendah lemak. Pilih banyak makanan yang baik untuk kesihatan jantung.
  • Hidup aktif. Luangkan masa untuk bersenam, bersukan dan beriadah. Paling utama, pastikan peluh keluar setiap hari. 
  •  Kurangkan berat badan. Anda pasti rasa jauh lebih sihat dan cergas.
  • Hentikan merokok. Vivix mungkin boleh membantu anda yang hantu rokok ye ;)
  • Makan ubat doktor. Sesiapa yang disahkan mempunyai masalah kolesterol tinggi oleh doktor akan diberikan ubat-ubat yang perlu dimakan. Jangan henti memakan ubat seperti yang diarahkan, kerana ubat adalah pengawal kepada risiko serangan jantung dan strok.
Jaja harap anda lebih jelas tentang masalah kolesterol tinggi ini. Dan akan terus berusaha untuk memulihkannya sekiranya anda salah seorang yang didiagnos doktor ada masalah kolesterol tinggi. Ingat, mencegah sentiasa lebih baik dari merawat. Namun merawat lebih baik pula sebelum parah ;)


(Rujukan: www.webmd.com)

Tiada ulasan: