Follow Us @bijak.sihat

30 Mei 2017

Shaklee Mahal? Mengapa dan Kenapa

4:44 PTG 2 Comments
Produk SHAKLEE

Ramai agaknya yang merungut suplemen Shaklee mahal ya?
Rasa tak mampu nak beli?

Sedikit sebanyak benar juga tu. Misalnya harga ESP setong adalah RM170.93. Mahal ya?



Mengapa Shaklee mahal-mahal belaka?

Bayangkan begini.

Anda beli satu beg. Harganya murah saja, rekabentuk pun cantik, besar lagi. Tapi menyedihkan bila tak sampai sebulan guna, beg dah terkoyak.

28 Mei 2017

DTX Complex

7:49 PG 0 Comments
DTX Complex

120 tablet/30 sajian

Harga: RM156.25 / RM165.63

Memberi perlindungan menyeluruh untuk hati anda.
DTX Complex membekalkan nutrisi sokongan dengan kombinasi pelbagai herba berkhasiat bagi melindung dan merangsang keupayaan semulajadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati. Mengandungi ekstrak milk thistle, bahan aktif yang mengekalkan keupayaan semulajadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati.


Manfaat & Kebaikan DTX Complex 

27 Mei 2017

Apa itu Telomer? Dan Kaitannya dengan Vivix

6:49 PTG 0 Comments

Telomer ialah suatu pelindung pada hujung DNA untuk melindungi kromosom. DNA pula adalah semua maklumat berkaitan genetik seseorang itu. Genetik pula menentukan semua sifat-sifat bagi manusia seperti warna mata, jenis rambut, warna kulit, tinggi atau rendah dan sebagainya.

Semakin meningkat usia seseorang, telomer akan memendek akibat daripada pembahagian sel yang berulang-ulang.

Telomer boleh juga memendek apabila seseorang itu terdedah kepada keradangan, toksin persekitaran, radiasi UV, stress, merokok, kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang buruk.

24 Mei 2017

Tips: Do’s and Don'ts untuk Jerawat!

11:17 PTG 0 Comments

Punca utama jerawat adalah akibat kekotoran, sel kulit mati atau bakteria. Kulit berminyak pula dikatakan sebagai penyumbang utama masalah jerawat.

Jauhi rangsangan jerawat jika anda mempunyai masalah jerawat yang berlarutan ;)

Jom semak beberapa tips ini, semoga bermanfaat untuk anda.



DONTs

  1. Makan makanan berlemak dan bergoreng :- ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari karbohidrat dan lemak.
  2. Makan makanan daripada produk tenusu :- kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan.
  3. Memakan makanan dari karbohidrat yang diproses :- kandungan gula yang diproses tinggi.
  4. Minuman berkafein dan berkarbonat :- menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kulit berminyak.
  5. Makan makanan yang diproses atau ditinkan :- mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
  6. Jangan memicit jerawat, takut-takut kotoran dan bakteria pada tangan akan memburukkan keadaan. Begitu juga bakteria dari jerawat boleh merebak pula ke tempat lain.


DOs

  1. Makan banyak sayur dan buah-buahan.
  2. Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya 2 Liter sehari.
  3. Amalkan cara masakan kurang atau tanpa minyak seperti memanggang, stim atau membakar.
  4. Memakan makanan berserat tinggi seperti roti wholemeal, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.

7 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Diabetes

10:55 PTG 0 Comments
Tips paling utama untuk pesakit diabetes ialah MENJAGA PEMAKANAN. Kali ini Jaja kongsikan 7 jenis makanan yang sesuai diamalkan untuk pesakit diabetes ;)


1. Makanan yang rendah Indeks Glisemik
Makanan yang rendah Indeks Glisemik menunjukkan bahawa makanan itu apabila dimakan, ia akan menaikkan paras gula dalam darah secara sedikit demi sedikit. Berlainan dengan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi, ia akan menaikkan paras gula di dalam darah secara mendadak apabila dimakan (sugar spikes).

Bagi pesakit kencing manis, paras glukosa (gula) di dalam darah hendaklah sentiasa dikawal supaya tidak mencapai paras yang lebih membahayakan yang membawa pula kepada risiko sakit lain pula seperti buta dan sakit jantung.

Makanan rendah Indeks Glisemik juga membuatkan kita merasa kenyang yang lama, jadi dapat juga mengurangkan craving terhadap snek yang manis-manis. Sebab itulah, pesakit kencing manis selalu dinasihatkan oleh doctor dan pakar nutrisi untuk memakan beras perang berbanding beras putih, juga memakan banyak sayur-sayuran dalam hidangan mereka.

Bercakap tentang ini, ada banyak makanan yang mempunyai kadar Indeks Glisemik yang rendah. Ini termasuklah kacang soya, beras perang, epal, oren, roti gandum kasar dan sayur-sayuran.




2. Makanan yang kaya minyak Omega-3


Minyak Omega-3 selalunya didapatkan daripada sumber ikan. Omega-3 membantu mengekalkan paras trigliserida yang sihat dan mengekalkan kesihatan jantung.

Pemeliharaan kesihatan jantung juga penting untuk pesakit diabetes kerana jantung adalah pengepam darah ke seluruh anggota badan kita. Ini memastikan seluruh sel badan mendapat nutrisi yang diperlukan untuk melakukan tugas mereka masing-masing.


3. Makanan yang tinggi kandungan mineral Kromium

Kromium adalah salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh. Meskipun kuantiti yang diperlukan amat sedikit, tetapi ia amat-amat penting terhadap keperluan tubuh.

Mineral kromium amat diperlukan oleh badan untuk membantu hormone insulin berkerja dengan efektif bagi menukar kandungan gula dalam darah menjadi tenaga. Penukaran ini sekaligus merendahkan paras gula dalam darah ke tahap normal.

Bagi pesakit diabetes, digalakkan banyak memakan makanan tinggi kandungan kromim ini supaya kecekapan insulin meningkat.


4. Makanan yang tinggi kandungan resveratrol dan polifenol

Makanan yang kaya resveratrol dan polifenol amat-amat digalakkan kerana 2 jenis kandungan ini menghalang pembentukan protein AGE.

Protein AGE yang terbentuk di dalam badan sebenarnya adalah punca utama kepada pelbagai komplikasi diabetes, arterosklerosis dan kematian sel. Ia terbentuk di dalam badan apabila protein atau lemak berpadu dengan gula berlebihan.


5. Makanan yang kaya kandungan Asid Linolenik Gamma


Asid Linolenik Gamma merupakan asid lemak perlu dan agen anti-radang. Pengambilannya membantu mengurangkan gejala kesakitan saraf bagi pesakit diabetes.

6. Makanan tinggi vitamin B6 dan B12



Vitamin B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf, yang mana amat penting untuk pesakit kencing manis.


7. Makanan tinggi vitamin C 

Selain untuk pembentukan kolagen tubuh, vitamin C dapat merendahkan paras sorbitol, iaitu sejenis gula yang didapati dalam sel-sel rosak seperti di mata, buah pinggang dan saraf.

Selain itu, vitamin C dapat meningkatkan keimunan badan terhadap penyakit juga.









Rangkaian Produk Shaklee

Di dalam rangkaian produk Shaklee, terdapat 7 jenis suplemen yang menyokong pemakanan pesakit kencing manis. 7 produk itu ialah:


1. ESP Energizing Soy Protein (Indeks Glisemik yang rendah)
2. Omega Guard (mengandungi Omega-3)
3. VitaLea (mengandungi mineral Kromium)
4. Vivix (khasiat resveratrol dan polifenol)
5. GLA Complex (mengandungi asid linolenik gamma)
 6. B Complex (tinggi kandungan B6 dan B12)
7. Sustained Release Vita-C Plus (tinggi kandungan vitamin C)

Bagi anda yang ingin mendapatkan kesemua produk di atas sebagai ikhtiar terhadap kencing manis anda sendiri atau orang tersayang, bolehlah hubungi Jaja untuk sebarang pertanyaan :)


Nama : Jaja @ Zaleha
ID Shaklee : 1227002
Email : zaleha.msaidin@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 011-36198300 / 019-572 8429


Jika anda ingin terus membeli tanpa bertangguh lagi, klik button di bawah. 


19 Mei 2017

12 Testimoni Pesakit Diabetes Yang Gembira

1:50 PTG 0 Comments
Tahukah anda?

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

Statistik itu telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap diabetes seramai 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.

Sementara itu, Majlis Pencegahan Obesiti pula menjangkakan Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dan tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti!



Amboi amboi.. DIABETES @ KENCING MANIS memang menghantui hidup rakyat Malaysia. Alhamdulillah, kesan baik dengan Vivix!

Ikuti 12 testimoni Pesakit diabetes yang gembira dengan kebaikan Vivix seperti berikut :)















Alhamdulillah..sebaik-baik ucapan kan bila dapat membantu orang tersayang. Bagi anda yang hendak mendapatkan VIVIX bagi membantu masalah diabetes, boleh hubungi Jaja bila-bila masa ya. 

Dijemput juga untuk bertanya dan berbincang. Jaja harap ramai lagi rakyat Malaysia lebih sihat dengan manfaat Vivix ini. Biarpun bukan ubat, namun ia tonik yang menyihatkan. Pelaburan terbaik demi kesihatan ni biasanya memang berbaloi-baloi. Yalah, nyawa semua orang cuma satu kan?~


Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Jaja di maklumat berikut:-


Nama : Jaja @ Zaleha
ID Shaklee : 1227002
Email : zaleha.msaidin@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 011-36198300 / 019-572 8429


Pembelian VIVIX terus kepada Shaklee boleh Klik ikon di bawah.


17 Mei 2017

Mencari Penyelesaian Masalah Kolesterol TInggi

4:02 PTG 0 Comments
Ada seorang sahabat Tanya Jaja pasal vitamin untuk masalah kolesterol tinggi baru-baru ini. Menarik juga kan jika Jaja bincangkan serba-sedikit tentang masalah tersebut di sini. Jom!

Apa itu Kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat di dalam darah kita. Ia memang diperlukan oleh tubuh badan kerana mempunyai fungsi tersendiri.

Terdapat 2 jenis kolesterol, iaitu High Density Lipo-protein (HDL) dan Low Density Lipo-Protein (LDL). HDL adalah kolesterol baik yang membantu merendahkan risiko penyakit jantung, serangan jantung mahupun strok, manakala LDL adalah kolesterol tidak baik yang memberi risiko penyakit berkaitan jantung (kardiovaskular) apabila parasnya tinggi.

Kolesterol dalam darah didapati daripada 2 sumber iaitu dihasilkan oleh organ hati dan melalui pemakanan. Menariknya, faktor utama peningkatan tahap kolesterol dalam darah biasanya disebabkan oleh pemakanan. Jadi bila berbicara tentang masalah kolesterol tinggi, ia memang ada kaitan dengan tabiat pemakanan seseorang itu.

Masalah Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi terjadi apabila kandungan kolesterol di dalam darah kita tinggi. Bahkan, nisbah HDL (kolesterol baik) kepada LDL (kolesterol jahat) pula rendah. Ini membuatkan risiko seseorang itu terkena serangan jantung, penyakit jantung dan stroke amat-amat tinggi!

Apa yang kolesterol lakukan apabila kandungannya yang tinggi di dalam darah melepasi paras normal ialah ia boleh memendak pada permukaan pembuluh darah. Lama-kelamaan ia dapat mengeras di dinding pembuluh darah yang dipanggil masalah arterosklerosis dan kesannya ia menyempitkan laluan aliran darah. Risiko untuk pembekuan darah dan radang juga dapat berlaku, yang akhirnya membawa kepada masalah darah tinggi, serangan jantung dan strok.

Erti kata mudah, kolesterol tinggi bermaksud anda punyai risiko yang tinggi juga untuk diserang strok atau penyakit jantung. Memang ia sesuatu yang harus dibimbangkan.


Faktor Lain Penyumbang Kolesterol Tinggi

Selain pemakanan yang berkolesterol tinggi, terdapat lagi beberapa factor lain yang memainkan peranan. Mari kita lihat kesemua faktornya:

1) Makanan – jaga-jaga dengan makanan yang berlemak, berminyak dan mengandungi lemak trans (biasanya dalam makanan diproses dan fast food). Makanan ini akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah

2) Obes – orang yang memiliki berat badan berlebihan menjadikan nisbah HDL nya rendah di dalam badan. Apabila HDL rendah, bacaan kolesterol menjadi tinggi.

3) Gaya hidup tidak aktif – begitu juga gaya hidup yang tidak aktif akan menurunkan kolesterol baik HDL di dalam darah.

4) Umur – kolesterol berisiko menjadi tinggi selepas usia 20 tahun. Maka, langkah bejaga-jaga perlu dilakukan lebih teliti.

5) Sejarah keluarga – jika ahli keluargaa pernah mempunyai masalah kolesterol tinggi, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.


Bagaimana mengatasi Kolesterol Tinggi

Atasi kolesterol tinggi bermakna anda dapat mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Mestilah anda mahu kan!


Gaya Hidup Sihat

Ubah gaya hidup anda J

Formula ini nampak mudah ya. Walau bagaimanapun perlu konsisten okey, barulah kesihatan dapat berpanjangan.

  • Jaga pemakanan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak, banyak makan sayuran, buah dan gandum, ikan serta makanan rendah lemak. Pilih banyak makanan yang baik untuk kesihatan jantung.
  • Hidup aktif. Luangkan masa untuk bersenam, bersukan dan beriadah. Paling utama, pastikan peluh keluar setiap hari. 
  •  Kurangkan berat badan. Anda pasti rasa jauh lebih sihat dan cergas.
  • Hentikan merokok. Vivix mungkin boleh membantu anda yang hantu rokok ye ;)
  • Makan ubat doktor. Sesiapa yang disahkan mempunyai masalah kolesterol tinggi oleh doktor akan diberikan ubat-ubat yang perlu dimakan. Jangan henti memakan ubat seperti yang diarahkan, kerana ubat adalah pengawal kepada risiko serangan jantung dan strok.
Jaja harap anda lebih jelas tentang masalah kolesterol tinggi ini. Dan akan terus berusaha untuk memulihkannya sekiranya anda salah seorang yang didiagnos doktor ada masalah kolesterol tinggi. Ingat, mencegah sentiasa lebih baik dari merawat. Namun merawat lebih baik pula sebelum parah ;)


(Rujukan: www.webmd.com)