Memahami Osteoporosis dan Cara Mengelakkannya


Osteoporosis adalah penyakit tulang rapuh. Tulang rapuh kerana tulang kehilangan berat dan ketumpatannya. Ada tulang, tetapi agak kosong di dalamnya; ini dipanggil poros dan menyebabkan tulang menjadi ringan.

Badan kita memerlukan kalsium dan fosfat, iaitu bahan sama yang membentuk tulang. Sekiranya keperluan badan lain terhadap 2 bahan ini tidak mencukupi, penguraian tulang akan berlaku untuk menampungan kekurangan tersebut. Sebagai akibatnya, tulang akan hilang kepadatannya sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan, tulang menjadi bertambah poros dan ringan. Maka, seseorang itu dikatakan menghadapi risiko osteoporosis.

Sebenarnya tulang kita juga mengalami pembaharuan dan penggantian yang berterusan. Ada tulang yang diganti dan ada yang dimusnahkan. Semasa usia muda, kadar penggantian tulang berlaku lebih cepat daripada pemusnahan tulang. Namun seiring usia yang semakin meningkat, pemusnahan tulang pula yang lebih pantas. Sebab itu, didapati osteoporosis dialami oleh kebanyakan individu yang sudah meningkat usia, lebih-lebih lagi wanita menopous. Walau begitu, harus diingat risiko penyakit ini semasa tua dapat dikurangkan jika kita mengamalkan beberapa langkah sejak muda, contohnya pengambilan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang yang kuat semasa dalam tempoh tulang sedang menambahkan ketumpatannya dengan galak ;)

Faktor Penyebab Risiko Osteoporosis 

Ada beberapa faktor yang menyumbang yang kepada risiko osteoporosis. Contohnya:

1) Jantina: Wanita dikatakan lebih berisiko berbanding lelaki
2) Umur: Semakin tinggi usia, semakin tinggi juga risiko osteoporosis.
3) Sejarah keluarga: Jika ada ahli keluarga atau ibubapa yang mengalami osteoporosis, anda juga berisiko.
4) Saiz rangka badan: Lelaki dan Wanita yang berangka kecil lebih berisiko tinggi kerana mempunyai berat tulang yang rendah dan mungkin mengurai dengan lebih pantas sepanjang usia.
5) Hormon: Kekurangan hormone estrogen bagi wanita menopous meninggikan risiko osteoporosis.
6) Faktor pemakanan: kurang pengambilan kalsium.
7) Pembedahan Usus: Bagi sesiapa yang pernah membuat pemebedahan memotong usus atau mengecilkan perut, ini akan mengurangkan luas permukaan bagi penyerapan makanan tecerna, termasuk penyerapan kalsium.

Penyelesaian: Mencegah lebih baik dari mengubati

Antara beberapa factor yang disebutkan di atas, ada suatu factor yang dapat membantu kita mencegah osteoporosis pada usia tua iaitu faktor pemakanan. Bekalan kalsium haruslah mencukupi. Begitu juga amalan lain yang berkaitan:
  • Pengambilan kalsium yang cukup pada usia ketika tulang masih menambahkan ketumpatannya.
  • Meminum air yang mengandungi fluorin boleh mengeraskan tulang dan gigi.
  • Senaman seperti berjalan kaki, berjoging, dan bermain permainan seperti tenis semasa muda dan sepanjang hayat akan menambahkan jisim tulang supaya melebihi nilai normal bagi menghadapi penguraian dan kemerosotan tulang kerana usia.

Well said, Pengambilan Kalsium, Air Berfluorin dan Senaman berterusan. Sudikah anda mengubah gaya hidup? Tepuk dada, tanya berapa nilainya nikmat kesihatan anda J

Tiada ulasan: