Manfaat dan Kebaikan Lecithin Shaklee

Ramai orang yang mengenali Lecithin amat biasa mendengarnya sebagai suplemen pengurus badan. Ya, memang betul begitu ;) Di sini, Jaja akan ceritakan lebih lanjut berkaitan kebaikan ini dan kebaikan-kebaikan lain yang dibawa oleh Lecithin, insyaAllah.

Suatu fakta, lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi. Pengemulsi lemak ini adalah sejenis bahan yang dapat menguraikan lemak menjadi titisan-titisan kecil, lebih tepat lagi ia mencernakan lemak besar menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap oleh badan. Tujuan pengemulsian atau pencernaan lemak ini adalah adalah tidak lain tidak bukan untuk kegunaan tubuh kita.

Jika karbohidrat untuk tenaga, protein untuk pertumbuhan dan pembaikan sel, lemak pula berguna di dalam badan untuk tujuan berikut: 
  • Membekalkan tenaga selain karbohidrat 
  • Membina membran plasma (lapisan luar sel) dan neuron (sel otak) 
  • Membina sesetengah hormon 
  • Lemak di bawah lapisan kulit menjadi penebat haba supaya badan kekal pada suhunya 
  • Lemak di sekeliling organ melindungi organ daripada kecederaan 
  • Bertindak sebagai pelarut vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K

Jadi, jangan melenting bila dengar nama lemak ye ;) Lemak sememangnya nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, tetapi semestinya dalam kuantiti yang berpatutan. Jika berlebihan, barulah muncul masalah kegemukan!

Gemuk, adalah kerana lemak berlebihan yang tidak berguna di dalam tubuh ditukar dan disimpan menjadi lemak tepu. Lemak simpanan ini akan hanya digunakan apabila sumber utama tenaga badan iaitu karbohidrat berkurangan atau tiada. Jika tidak, ia akan kekal menjadi lemak badan, fizikal badan menjadi gemuk kerana tiada pembakaran lemak menjadi tenaga semula. Anda jelas kan? 

Opss!
Tentu anda faham mengapa kebanyakan (atau semua?) program diet menyuruh kita mengawal pengambilan lemak, malah mengawal pengambilan karbohidrat juga supaya kekurangan karbohidrat tersebut merangsang dan memaksa lemak badan ditukar menjadi tenaga semula ;) Jadi hasilnya dapatlah berat badan dikurangkan.

Di dalam badan kita, fungsi pengelmusi lemak dijalankan oleh hempedu, kemudian enzim lipase pula bertindakbalas menukarkan emulsi lemak menjadi bentuk paling ringkas iaitu asid lemak dan gliserol.
Bentuk paling ringkas ini iaitu asid lemak dan gliserol akan diserap oleh badan untuk kegunaannya yang pelbagai. Ia akan dibawa ke seluruh badan dan sel sasaran melalui salur darah, ada juga yang dibawa ke hati untuk disimpan sebagai lemak (tenaga simpanan).

Lecithin akan membantu fungsi hempedu untuk membakar lemak badan sedia ada, jadi kuantiti lemak akan berkurang dari masa ke masa. Sebab itu apabila konsisten mengamalkan Lecithin, badan penggunanya boleh tampil kurus :)

Jika di dalam salur darah pula, lemak dalam bentuk kolesterol jahat boleh terenap pada dinding salur darah dan menyumbatnya. Dengan adanya lecithin (pengemulsi lemak) dalam darah, lemak ini tidak akan termendap kerana ia telah digumpal dan diapungkan oleh fungsi lecithin. Kesannya, risiko salur darah tersumbat dapat dikurangkan, tekanan darah menjadi normal, kurang risiko arterosklerosis (salur darah tersumbat) dan serangan sakit jantung serta strok.

Baiklah, Jaja ringkaskan fungsi Lecithin yang lain di sini:
  • Membakar lemak badan
  • Merendahkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi, arterosklerosis, sakit jantung dan strok
  • Meningkatkan memori kerana menggalakkan perkembangan dan kesihatan neuron
  • Melindungi dan menjaga kesihatan hati
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K
  • Mencegah risiko penyakit batu karang kerana 90% batu karang terbentuk daripada kolesterol yang berupaya dipecahkan oleh fungsi lecithin
Biasanya Lecithin diambil diambil bersama-sama Alfalfa Complex untuk tujuan kurus. Mengapa? Jawapannya kerana Alfalfa boleh membantu untuk detoks badan daripada toksin.

Toksin di dalam badan kebanyakannya adalah dalam bentuk lemak. Apabila Lecithin memecahkan toksin lemak ini, barulah Alfalfa akan membuangnya dari badan kita. Apabila toksin dibuang, metabolisme badan menjadi tinggi, lemak jarang disimpan sebagai tenaga simpanan dan lecithin memecahkan lemak badan yang tinggal. Apabila konsisten, lama-kelamaan badan akan dapat dikuruskan ;) Akhir kata, semoga berjaya untuk anda yang dalam misi menguruskan badan! Hola :D

Tiada ulasan: