Follow Us @bijak.sihat

16 Januari 2017

11 Petanda Badan Anda Perlu Detoks



Badan terasa tidak begitu sihat? Dan anda memikirkan ia sebagai salah satu tanda anda sudah meningkat usia? Namun sebenarnya ia tidaklah 100% kerana peningkatan usia, ia boleh jadi disebabkan banyak toksin yang terdapat dalam tubuh anda sendiri.

Apa itu toksin? Toksin adalah bahan asing yang tidak berguna di dalam tubuh, beracun dan boleh memudaratkan kesihatan badan. Penyelesaian terbaik, anda perlu menyaktoksin atau detoks supaya kesihatan dapat diperbaiki. Ini 11 tanda bahawa badan anda memang memerlukan proses detoks. Check it out!


1) Berat badan sukar dikurangkan
Anda berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan cara bersenam dan mengambil pengambilan kalori, malangnya berat kekal tidak berubah. Salah satu sebabnya ialah kandungan toksin yang tinggi di dalam tubuh! Kebanyakan toksin adalah lipofilik iaitu ia tersimpan di dalam lemak badan. Jadi, memang masuk akal jika anda sukar menurunkan berat badan.

2) Kepenatan
Walaupun anda cukup tidur 8 jam sehari tetapi anda bangun pagi keesokannya masih dalam keadaan penat, pertimbangkan kadar toksin yang tinggi di dalam tubuh. Toksin berlebihan boleh memberi tekanan kepada kelenjar adrenal, di mana asal hormon dirembeskan. Toksin seperti kafein contohnya memberi kesan buruk kepada adrenal kita.

3) Insomnia atau Sukar Tidur
Kadar toksin yang tinggi boleh membuatkan paras kortisol tubuh tidak seimbang. Kortisol ialah sejenis hormone yang dirembeskan oleh badan untuk membantu kita menangani stress. Gangguan toksin boleh menyebabkan rembesan kortisol tidak terkawal. Kortisol biasanya banyak pada waktu pagi dan berkurang pada waktu petang dan malam, namun andai rembesan ini terganggu seperti rembesan yang yang banyak terjadi pada waktu malam, badan akan menjadi bertenaga dan menyebabkan sukar untuk tidur.

4) Fikiran tidak fokus
Banyak toksin turut dikaitkan dengan kemerosotan otak, contohnya penggunaan MSG dan aspartame. Otak terasa kosong dan fikiran boleh menerawang. Jadi, cuba elakkan MSG dan aspartame kerana ia bersifat exsitoksin yang merangsang kematian sel otak. Takut kan? Dari mana MSG? Ya, ia adalah perisa yang selalu kita masukkan dalam masakan yang berlabel AjiNomoto cap Mangkuk Warna Merah. Aspartame pula ialah gula tiruan. Ia ada dalam minuman bebas gula, makanan diet dan kebanyakan makanan diproses.

5) Sakit kepala
Sakit kepala juga adalah tanda bahawa badan anda banyak toksin. Toksin berasal daripada penggunaan MSG, aspartame, logam berat (daripada air minuman), pewarna dan perisa tiruan. Sudi tak anda menyahpakai bahan-bahan ini? ;)

6)  Perubahan mood tidak menentu
Perubahan mood yang tidak menentu adalah petanda hormon yang tidak stabil. Sesetengah toksin seperti xenoestrogen yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini. Ia seperti hormon estrogen buatan di dalam tubuh. Sumber-sumber toksin ini termasuklah daripada bahan industri seperti PCBs dan BPA. Mungkin anda selalu melihat label “BPA Free” pada barangan plastic kan? Pilihlah barangan plastic seperti ini jika ingin memakainya, elakkan mengguna botol plastik terlampau lama atau mengisi air panas ke dalamnya kerana ditakuti zarah plastik boleh mencemari air itu.

7) Bau badan yang tidak enak
Awas, jika anda menyedari tubuh berbau mahupun nafas berbau. Ambil kira pendapat sekeliling biarpun ia sedikit memalukan dan menyakitkan hati. Tahap toksin anda sudah tinggi. Pada tahap ini, usus besar (kolon) dan hati anda sedang mengalami kesukaran untuk membuang toksin dari tubuh. Cuba nyahtoksin hati melalu beberapa kaedah seperti enema kopi atau minum jus lemon bercampur minyak zaitun.

8) Sembelit
Sangat penting untuk mem’buang’ setiap hari. Jika tidak, toksin boleh menyerap semula ke dalam badan. Banyakkan minum air dan makan sayur dan buah-buahan untuk membantu pelawasan najis.

9) Sakit sendi dan otot
Sesetengah toksin merangsang deria sakit pada otot dan sendi.

10) Tindakbalas kulit
Hati adalah salah satu organ detoks badan selain kulit, sistem urinari (air kencing) dan perkumuhan (buang air besar). Jika toksin terlampau banyak, hati boleh terbeban. Kulit pula mengambilalih dan membantu peranan hati bagi membuang toksin berlebihan dari badan. Hal ini boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain.

11) Sensitif kepada bauan
Terlampau sensitif kepada bauan juga menunjukkan aras toksin yang tinggi. Hati tidak berperanan dengan baik untuk membuang toksin, jadi lebih peka terhadap bau berlainan. Kepekaan ini boleh mengundang sakit kepala dan mual.


Bagaimana? Sudahkah anda semak beberapa perkara ini dengan tubuh anda sendiri? Jika anda mengalami beberapa masalah ini mahupun salah satu daripada tanda-tanda ini, bertindaklah segera untuk menyahtoksin atau detoks oleh kerana toksin itu berupaya memudaratkan kesihatan anda hari demi hari. Makan makanan yang bersih, organic, sentiasa minum cukup air, elakkan perisa dan pewarna jika mampu dan jadikan senaman sebagai amalan. Lakukan petua-petua detoks juga supaya boleh membantu organ detoks membuang toksin dari tubuh dengan lebih berkesan.

(dipetik daripada LifeHack)

Tiada ulasan: