Follow Us @bijak.sihat

20 Januari 2017

5 Jenis Masalah Utama Kulit Muka

9:32 PG 0 Comments
Cela pada kulit muka memang rasanya kita semua tidak dapat berkrompomi. Kalau ada parut di bahagian lain tak mengapa tetapi jika di wajah pasti cela ini akan menurunkan tahap keyakinan diri kita sendiri. Ingin keluar rumah pun rasa segan, bersemuka dengan orang juga rasa serba tak kena.

Kali ini saya ingin kongsikan 5 masalah utama kulit wajah.

1) Jerawat
Siapalah yang tak pernah ada jerawat. Rasanya semua orang pernah mengalami masalah ini, cuma bezanya ia sedikit saja atau agak kritikal. Untuk masalah ini, rajin-rajinlah menjaga kebersihan wajah dengan mencuci muka dengan bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari, hindari ia dari berminyak dan kotor, elak juga memegang kulit muka dengan tangan dan pilih produk muka yang sesuai, sebaiknya yang bebas bahan kimia kerana ada kulit yang amat sensitif kepada bahan kimia dan menyebabkan jerawat, kasar dan pori terbuka.

2) Kulit kering
Kulit kering boleh jadi kerana cuaca panas dan kandungan kolagen pada kulit tidak mencukupi. Jika memilih produk kecantikan, pilihlah yang dapat melindungi kulit daripada sinar matahari yang berbahaya. Ambil makanan yang mengandungi banyak sumber kolagen seperti minyak ikan, ikan, putih telur, produk tenusu rendah lemak, soya dan lain-lain. Selain itu, amalkan makanan yang mengandungi vitamin C kerana vitamin ini akan menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh. Dengan kolagen yang mencukupi, kulit wajah akan menjadi lembap, bermaya, anjal dan tegang.

3) Kulit Kusam
Miliki rehat dan tidur yang cukup ;) Jika tidak, masalah kulit kusam akan menemani anda. Elakkan stress dan berjaga lewat malam. Seperti badan yang kepenatan, berilah rehat kepada kulit anda juga supaya dapat mengganti sel-sel yang telah mati dengan sel yang baru. Sebenarnya sel-sel mati ini yang menyebabkan wajah menjadi kusam dan Nampak tidak bermaya.

4) Pori-pori besar
Awas, pori-pori besar boleh menyebabkan masalah jerawat pula nanti! Selain itu, solekan bedak juga tidak rata dan Nampak tidak kemas. Apa penyebab pori-pori besar? Salah satu penyebab pori-pori besar adalah berkaitan jenis kulit seseorang. Mereka yang bermasalah kulit muka berminyak lebih cenderung memiliki pori-pori besar kerana pori ialah liang di mana peluh keluar ke permukaan kulit. Selain itu, sinaran matahari juga memainkan peranan. Terdedah kepada sinaran matahari menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen pada wajah. Kulit kehilangan kelembapan semulajadinya dan pori-pori kelihatan besar. Jika anda punya masalah ini, rajinlah mencuci muka supaya kekotoran tidak tersumbat pada pori-pori dan menyebabkan masalah lain pula seperti jerawat, blackhead dan whitehead.

5) Jeragat

Tidak kira usia, jeragat boleh menyerang sesiapa sahaja. Ia akibat sinaran matahari yang keterlaluan dan merosakkan kulit, lalu menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di permukaan kulit.  Tindakbalas ini adalah penyelesaian badan kita untuk melindungi daripada sinar berbahaya matahari. Namun, hal ini meninggalkan kesan jeragat yang tidak enak di pandangan mata. Salah satu cara membantu kulit untuk pulih daripada jeragat ialah memakan makanan yang mengandungi banyak antioksidan seperti buah oren, brokoli, minyak zaitun dan anggur merah. Antioksidan akan membantu ketahanan tubuh dan penghasilan melanin kulit dapat dikurangkan.

19 Januari 2017

Panduan Pengiraan Kolesterol Harian

9:42 PG 0 Comments
Mengikut American Heart Association, kita patut mengehadkan pengambilan kolesterol harian sebanyak 300 mg sahaja. Walau begitu, jika anda disahkan mempunyai masalah jantung, pengambilan kolesterol harus dihadkan kepada 200 mg sehari sahaja.

Jom semak beberapa makanan yang biasa rakyat Malaysia makan setiap hari dan berapa bacaan kolesterol yang terdapat padanya :)





Berdasarkan panduan bacaan kolesterol di atas, anda boleh mengira pengambilan kolesterol anda setiap hari dengan mudah seperti berikut;

Sarapan + Makan Tengah Hari + Makan Malam = _______ mg Kolesterol


Sebagai contoh, saya memakan nasi lemah semasa sarapan, makan nasi berlauk ayam goreng dan sayur goreng serta makannasi beriyani ayam semasa makan malam. Pengiraan kolesterol saya ialah:

213 mg + 168 mg + 158 mg = 539 mg Kolesterol sehari


Dalam kes ini, saya telah mengambil kolesterol yang berlebihan. Jadi, sebagai cadangan jika kita memasak sendiri, pilihlah kaedah masakan yang kurang menggunakan minyak dan lemak santan ya. Ubah cara masakan daripada banyak menggoreng kepada memanggang, mengukus atau membakar dalam ketuhar. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, banyak bersenam dan makan secara sederhana. Semoga jantung anda kekal sihat hendaknya ;)

16 Januari 2017

11 Petanda Badan Anda Perlu Detoks

6:09 PTG 0 Comments


Badan terasa tidak begitu sihat? Dan anda memikirkan ia sebagai salah satu tanda anda sudah meningkat usia? Namun sebenarnya ia tidaklah 100% kerana peningkatan usia, ia boleh jadi disebabkan banyak toksin yang terdapat dalam tubuh anda sendiri.

Apa itu toksin? Toksin adalah bahan asing yang tidak berguna di dalam tubuh, beracun dan boleh memudaratkan kesihatan badan. Penyelesaian terbaik, anda perlu menyaktoksin atau detoks supaya kesihatan dapat diperbaiki. Ini 11 tanda bahawa badan anda memang memerlukan proses detoks. Check it out!


1) Berat badan sukar dikurangkan
Anda berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan cara bersenam dan mengambil pengambilan kalori, malangnya berat kekal tidak berubah. Salah satu sebabnya ialah kandungan toksin yang tinggi di dalam tubuh! Kebanyakan toksin adalah lipofilik iaitu ia tersimpan di dalam lemak badan. Jadi, memang masuk akal jika anda sukar menurunkan berat badan.

2) Kepenatan
Walaupun anda cukup tidur 8 jam sehari tetapi anda bangun pagi keesokannya masih dalam keadaan penat, pertimbangkan kadar toksin yang tinggi di dalam tubuh. Toksin berlebihan boleh memberi tekanan kepada kelenjar adrenal, di mana asal hormon dirembeskan. Toksin seperti kafein contohnya memberi kesan buruk kepada adrenal kita.

3) Insomnia atau Sukar Tidur
Kadar toksin yang tinggi boleh membuatkan paras kortisol tubuh tidak seimbang. Kortisol ialah sejenis hormone yang dirembeskan oleh badan untuk membantu kita menangani stress. Gangguan toksin boleh menyebabkan rembesan kortisol tidak terkawal. Kortisol biasanya banyak pada waktu pagi dan berkurang pada waktu petang dan malam, namun andai rembesan ini terganggu seperti rembesan yang yang banyak terjadi pada waktu malam, badan akan menjadi bertenaga dan menyebabkan sukar untuk tidur.

4) Fikiran tidak fokus
Banyak toksin turut dikaitkan dengan kemerosotan otak, contohnya penggunaan MSG dan aspartame. Otak terasa kosong dan fikiran boleh menerawang. Jadi, cuba elakkan MSG dan aspartame kerana ia bersifat exsitoksin yang merangsang kematian sel otak. Takut kan? Dari mana MSG? Ya, ia adalah perisa yang selalu kita masukkan dalam masakan yang berlabel AjiNomoto cap Mangkuk Warna Merah. Aspartame pula ialah gula tiruan. Ia ada dalam minuman bebas gula, makanan diet dan kebanyakan makanan diproses.

5) Sakit kepala
Sakit kepala juga adalah tanda bahawa badan anda banyak toksin. Toksin berasal daripada penggunaan MSG, aspartame, logam berat (daripada air minuman), pewarna dan perisa tiruan. Sudi tak anda menyahpakai bahan-bahan ini? ;)

6)  Perubahan mood tidak menentu
Perubahan mood yang tidak menentu adalah petanda hormon yang tidak stabil. Sesetengah toksin seperti xenoestrogen yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini. Ia seperti hormon estrogen buatan di dalam tubuh. Sumber-sumber toksin ini termasuklah daripada bahan industri seperti PCBs dan BPA. Mungkin anda selalu melihat label “BPA Free” pada barangan plastic kan? Pilihlah barangan plastic seperti ini jika ingin memakainya, elakkan mengguna botol plastik terlampau lama atau mengisi air panas ke dalamnya kerana ditakuti zarah plastik boleh mencemari air itu.

7) Bau badan yang tidak enak
Awas, jika anda menyedari tubuh berbau mahupun nafas berbau. Ambil kira pendapat sekeliling biarpun ia sedikit memalukan dan menyakitkan hati. Tahap toksin anda sudah tinggi. Pada tahap ini, usus besar (kolon) dan hati anda sedang mengalami kesukaran untuk membuang toksin dari tubuh. Cuba nyahtoksin hati melalu beberapa kaedah seperti enema kopi atau minum jus lemon bercampur minyak zaitun.

8) Sembelit
Sangat penting untuk mem’buang’ setiap hari. Jika tidak, toksin boleh menyerap semula ke dalam badan. Banyakkan minum air dan makan sayur dan buah-buahan untuk membantu pelawasan najis.

9) Sakit sendi dan otot
Sesetengah toksin merangsang deria sakit pada otot dan sendi.

10) Tindakbalas kulit
Hati adalah salah satu organ detoks badan selain kulit, sistem urinari (air kencing) dan perkumuhan (buang air besar). Jika toksin terlampau banyak, hati boleh terbeban. Kulit pula mengambilalih dan membantu peranan hati bagi membuang toksin berlebihan dari badan. Hal ini boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain.

11) Sensitif kepada bauan
Terlampau sensitif kepada bauan juga menunjukkan aras toksin yang tinggi. Hati tidak berperanan dengan baik untuk membuang toksin, jadi lebih peka terhadap bau berlainan. Kepekaan ini boleh mengundang sakit kepala dan mual.


Bagaimana? Sudahkah anda semak beberapa perkara ini dengan tubuh anda sendiri? Jika anda mengalami beberapa masalah ini mahupun salah satu daripada tanda-tanda ini, bertindaklah segera untuk menyahtoksin atau detoks oleh kerana toksin itu berupaya memudaratkan kesihatan anda hari demi hari. Makan makanan yang bersih, organic, sentiasa minum cukup air, elakkan perisa dan pewarna jika mampu dan jadikan senaman sebagai amalan. Lakukan petua-petua detoks juga supaya boleh membantu organ detoks membuang toksin dari tubuh dengan lebih berkesan.

(dipetik daripada LifeHack)

03 Januari 2017

Kolagen dan Kehilangannya dari tubuh

1:03 PTG 0 Comments
Kolagen adalah sejenis protein yang paling banyak berada di dalam badan kita. Ia menyumbang hampir 75% daripada berat struktur kulit kita.
Kolagen terbina daripada protein yang mengandungi 2 jenis asid amino iaitu hydroxylysine dan hydroxyproline dalam nisbah yang tinggi. 2 jenis asid amino ini yang sebenarnya berperanan memberi sifat ketegangan dan keanjalan. Secara semulajadi, tubuh kita menghasilkan kolagen daripada sumber protein yang kaya lysine dan proline, di samping peranan vitamin C yang akan menukar proline kepada hidroxyproline dan lysine kepada hydroxylysine.


Sumber-sumber lysine dan proline boleh didapati daripada protein haiwan dan tumbuhan. Contoh-contohnya seperti daging, ayam, ikan, putih telur, produk tenusu rendah lemak, gandum dan kacang tanah.

Apakah kepentingan kolagen? Orang selalu mengaitkannya dengan kecantikan bukan? Jika tidak, masakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan di pasaran memasukkan kolagen sebagai salah satu ramuannya. Memang benar, tahap kolagen yang baik di dalam badan akan memberi seseorang itu kulit yang kelihatan sihat dan lebih awet muda!


Kolagen berkurang..

Semakin meningkat usia, kolagen di dalam tubuh akan berkurang. Akibatnya kedutan terjadi. Bukan itu sahaja, tanda penuaan lain juga akan muncul seperti kulit kering dan kasar, kuku lemah dan rapuh serta rambut yang nipis dan tidak bermaya.

Oleh itu, anda mungkin sudah dapat mengagak mengapa ramai orang mengambil suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengandungi kolagen? Ya, kerana ingin menangani masalah kemerosotan kolagen dari tubuh! Penggantian kolagen melalui supplemen ini akan dapat mengembalikan keserian kulit serta kesihatan kuku dan rambut. Kedutan juga berkurang, wajah akan tampil lebih muda. 

Menarik kuasa kolagen ini ya tak ;)


Kolagen untuk tulang

Kolagen untuk kecantikan mungkin sudah sangat sinonim anda dengarkan. Cuba tahu info ini juga. Struktur protein tulang terbina daripada 90% kolagen. Selain itu, 2/3 otot kartilaj seorang dewasa juga terbina daripada kolagen. Justeru, kekurangan kolagen di dalam tubuh bukan hanya memberi kesan kepada kulit, tetapi juga kepada kesihatan tulang dan sendi kita J


Produk kolagen daripada Shaklee


Sebagai pelopor produk kesihatan antarabangsa, Shaklee juga mempunyai suatu produk berasaskan kolagen. Kolagen ini diekstrak daripada sisik ikan merah laut dalam. Nak tahu keistimewaannya? Boleh baca lanjut di sini ;) 

Merangsang Penghasilan Sendiri Kolagen Tubuh?

12:49 PTG 0 Comments
Anda takut menyuntik kolagen? Sedang anda tahu kuasa kolagen terhadap kecantikan. Jadi bagaimana?

Kesan kekurangan kolagen tubuh

Anda harus tahu fakta ini. Kolagen memang boleh dirangsang di dalam tubuh. Jom saya cuba kongsikan ;)

Mengikut Dr. Howard Murad, seorang ahli dermatologi bertauliah yang juga professor klinikal dermatologi di University of California di Los Angeles, beliau mengatakan penghasilan kolagen di dalam tubuh bergantung kepada kecukupan asid amino dalam tubuh. Terdapat 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita sendiri, tetapi boleh didapati daripada makanan seperti ikan, produk tenusu, dan telur. 2 jenis asid amino yang banyak membina kolagen tubuh ialah hidroxylysine dan hidroxyproline. Hidroxylysine disintensis daripada makanan yang mengandungi lysine iaitu sejenis asid amino penting, manakala hidroxyproline daripada proline iaitu asid amino tidak penting (ia boleh dibina sendiri oleh badan, boleh juga didapati daripada pemakanan).

Dalam piramid makanan, protein menduduki tempat kedua yang perlu diambil dengan banyak selepas karbohidrat. Di dalam skop protein pula, terdapat pula 20 jenis asid amino (unit asas bagi protein); 9 penting dan 11 tidak penting. Penting bermaksud sumbernya hanya diperoleh daripada pemakanan sahaja dan ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan. Asid amino tidak penting pula boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Kita perlu mendapatkan kesemua 20 asid amino ini jika ingin memenuhi keperluan tubuh menghasilkan kolagen dengan sempurna.

Jadi, ini bermaksud jika anda mahu kolagen tubuh anda tidak berkurang seiring usia, dan anda memilih untuk menolak suntikan kolagen, juga menolak suplemen kolagen yang mahal, sekaligus berusaha untuk merangsang penghasilan sendiri kolagen di dalam tubuh,  sila lakukan 2 perkara ini:

  1. Pilih sumber protein anda yang boleh membekalkan kedua-dua proline dan lysine (sumber kolagen), amalkan makan secara sihat dan seimbang.
  2. Amalkan buah-buahan yang mengandungi vitamin C supaya boleh membantu tubuh memproses lysine dan proline menjadi kolagen tubuh, dan menjadi antioksida yang menghalang pemusnahan kolagen akibat radikel bebas.

Bagaimana? Anda dapat kan idea saya? 



p/s: Berminat dengan suplemen 20 asid amino lengkap untuk membina kolagen? Boleh klik di sini.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

12:25 PTG 0 Comments
 Ia adalah suplemen kolagen yang mengandungi 4000 mg kolagen sisik ikan merah yang berkualiti tinggi dan tulen. Molekulnya sangat ringan iaitu kira-kira 1000 dalton yang memudahkannya diserap oleh badan. Ia dapat membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan kulit dengan berkesan.


Bahan utama Shaklee Collagen Powder ialah:


1.       Ekstrak biji benih Camellia japonica 
       Ia mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembab yang unggul, bahan antioksida semulajadi isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikel bebas
2.       Ekstrak Ptaffia 
       Ia dikenal juga sebagai ginseng Brazil. Kombinasi dengan Camellia japonica akan menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Asid hialuronik berperanan dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata. 
3.       Kolagen sisik ikan merah
       Sumber kolagen utama yang jauh dari pencemaran kerana berada jauh di laut dalam.
4.       Ekstrak kerang-kerangan 
       Ia membekalkan glukosamina yang penting dalam sintesis bendalir sinovia (pelincir) bagi melicinkan pergerakan sendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
5.       Lactobacillus acidophilus 
       Bakteria baik ini membantu mengimbangi mikroflora usus dan memudahkan pembinaan  semula system usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
6.       Vitamin C 
       Ia menggalakan pengeluaran kolagen dan melawan radikel bebas yang merosakkan kulit  kita
7.       Vitamin B 
       Ia terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.


Manfaat dan Kesan Pengambilan Shaklee Collagen Powder
- Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan 
- Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka 
- Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan  
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
- Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar 
- Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan tona kulit 
- Membantu menegang dan menganjalkan payudara


Terbukti berkesan!

Cuba perhatikan carta palang di bawah. Dan anda akan tahu ia terbukti berkesan untuk kesihatan kulit yang lebih baik!