Bengkak dan Lingkaran Gelap Bawah Mata Macam Panda?

Wajah yang flawless kalau ada eyebags ataupun lingkaran gelap bawah mata rasa macam tak sempurna kan? Anda ada masalah ini? Jaja pernah mengalaminya! Sedih sebenarnya.. orang akan kata mata panda �� walaupun mungkin mereka cuma bergurau, tapi sakitnya tuh juga di sini (sambil pegang dada kiri, hehe).

Asasnya, Jaja mempunyai masalah bengkak atau mata panda ini kerana kurang tidur. Biasanya Jaja akan tidur lambat tapi keesokannya akan bangun awal. Persepsi dalam diri Jaja mengatakan masa sangat berharga dan sangat rugi andai dihabiskan dengan waktu tidur. Tidur siang pun Jaja jarang melainkan benar-benar penat. Itu penyebab eyebags yang  Jaja yang alami. Anda pula bagaimana?

Penyebab Bengkak dan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Bersumberkan Mayoclinic.org, eyebags boleh berlaku kerana beberapa faktor:

��Takungan cecair oleh kerana perubahan cuaca seperti cuaca lembap, factor hormone atau makan makanan masin.
�� Tidak mendapat tidur yang cukup 
�� Masalah alergi atau masalah kulit, terutama jika lingkaran diikuti dengan gatal dan kemerahan
�� Masalah keturunan

Adakah anda sudah mengenal faktor penyebab “mata panda” anda? Jika sudah, apa pula penyelesaiannya?

Penyelesaian Lingkaran Gelap

Walaupun lingkaran gelap ini bukanlah penyakit dan tidak memerlukan rawatan pun, Jaja dan anda tetap tidak suka ia kan? Kerana ia berkaitan dengan penampilan diri kita. Tetap nampak tidak cantik, lagi-lagi ia berada di muka, betul kan. Jom kita semak beberapa penyelesaian yang boleh kita usahakan, insyaAllah.

�� Lekapkan tuala lembap sejuk yang bersih di sekeliling mata. Boleh juga gunakan buah tomato atau timun.
�� Dapatkan tidur yang cukup setiap malam
�� Jika masalah lingkaran gelap anda akibat alergi, dapatkan ubat yang bersesuaian daripada doctor anda. Patuhi pantang larang makan juga jika perlu.
�� Guna bantal atau tinggikan sedikit kepala daripada tilam ketika tidur. Ia akan membantu menghalang pengumpulan cecair di sekeliling mata ketika anda tidur.
�� Rawatan kecantikan? Ia biasanya mahal. Kalau anda mampu apalah salahnya, tetapi ingat pastikan ia selamat dan tidak memudaratkan ;)

Jaja harap perkongsian Jaja ini dapat memberi anda sedikit penyelesaian kepada masalah ‘mata panda’ yang anda alami. Selamat tinggal Eyebags!

Tiada ulasan: