Vivix



Vivix
150 ml untuk 30 sajian
Minuman campuran botani

Vivix merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan. Ia semulajadi, bakal dipatenkan dan bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal.











Meal Shakes (French Vanilla)



Meal Shakes (French Vanilla)
544 gram untuk 16 sajian
Makanan segera, tanpa curiga

Harga: RM120 / RM127.20

Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanak tidak mempunyai waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik seumpama Shaklee Meal Shakes.

Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.

Ia juga kaya dengan sumber kalsium.

Sejenis minuman segera berperisa vanilla yang rendah lemak dan rendah glisemik daripada sumber ramuan semulajadi:
-          Buah-buahan
-          Sayur-sayuran
-          Kacang soya
-          Lactalbumin (sejenis susu)
-          Lain-lain

Keunikan Meal Shakes
-          
-          Rasa vanilla yang menjadi kegemaran kanak-kanak
-          Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan seisi keluarga
-          Boleh menjadi sarapan segera seisi keluarga
-          Rendah lemak
-          Pilihan terbaik untuk yang tidak gemarkan multivitamin dalam bentuk tablet


Sesuai untuk kanak-kanak yang..

-          Kurang selera makan
-          Sembelit
-          Tidak suka makan pil / tablet multivitamin
-          Kurang makan sayur dan buah-buahan
-          Asma
-          Mudah demam, selesema dan batuk
-          Eczema / masalah kulit
-          obes


Manfaat & Kebaikan Meal Shake

-          Memberi kecergasan dan meningkatkan kesihatan
-          Memberi tenaga
-          Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan dewasa
-          Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak


Kandungan hidangan (34 g @ ¼ cawan)
      *      Tenaga 525 kJ
*      Karbohidrat 23 g
*      Jumlah gula 16 g
*      Protein 7 g
*      Lemak 0.5g
o   Asid lemak tidak tepu (mono) 0g
o   Asid lemak tidak tepu (poli) 0g
o   Asid lemak tepu 0g
o   Asid lemak trans 0g
*      Kolesterol 5mg
*      Serat 3g
*      Kalsium 200mg
*      Natrium 80mg
*      Vitamin C 18mg
*      Vitamin E 7mg
*      Niasin 7mg
*      Besi 6mg
*      Vitamin B6 0.6mg
*      Tiamin 0.5mg
*      Riboflavin 0.2mg
*      Vitamin A 375µ
*      Asid Folik 140µ
*      Yis (yis Selenium, Kromium & Molibdenum) 92.8µ
*      Iodin 52.5µ
*      Vitamin B12 1.5µ
*      Vitamin D 1µ



CarotoMax


CarotoMax
30 kapsul untuk 30 sajian 

Perlindungan antioksida daripada sumber semulajadi

Melindungi tubuh dengan mengukuhkan integriti sel.

Nikmati tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Shaklee CarotoMax yang memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semulajadi dan menawarkannya dalam bentuk yang mudah diambil.

Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja, CarotoMax pula membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semulajadi.

Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain.
Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.









VitaLea for Children Chewable



Vita-Lea for Children Chewable
60 tablet untuk 30 sajian
Multi vitamin kanak-kanak yang sungguh enak

Formula serba baru ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee.
Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas. Membekalkan 18 vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak

Rumusan tidak merosakkan gigi. Ia dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti

Perisa anggur yang enak, sedap dikunyah dan pasti digemari kanak-kanak





ESP Soy Protein Isolate Powder



ESP Soy Protein Isolate Powder
850 gm untuk 30 sajian

Harga: RM161.25 / RM170.93 (termasuk GST)

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung. Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan menjana fungsi enzim dan hormon yang teratur. Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Nota: Indeks Glisemik bagi karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan paras gula yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangka masa panjang.



Keistimewaan ESP Shaklee 
  • Kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari susu dan 4 kali lebih dari telur 
  • Rendah kolesterol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh 
  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetic (non GMO) dan diproses di bawah suhu rendah yang memaksimakan hasil protein 1 tong ESP 850g dihasilkan daripada 30 kg kacang soya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia 


Manfaat ESP Shaklee
  • Rahsia awet muda / anti-penuaan - pengambilan ESP yang kaya dengan protein membantu kita bertenaga dengan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. 
  • Meningkatkan fungsi hormon wanita - kacang soya kaya dengan isoflavin. ia berfungsi menyamai fungsi hormone wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah di samping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menopous dan membantu mencegah kanser dan anemia.  
  • Rahsia kulit cantik dan anjal - ESP merangsang pembinaan semula sel kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Ia mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu, di samping memperkuat otot, mempercepat pemulihan luka dan memudarkan parut.  
  • Membantutkan sel kanser - kacang soya mengandungi Genistein yang telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak. Ia bertindak dengan memusnahkan radikel-radikel bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikel bebas sempat bermutasi dengan DNA sel-sel menjadi sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovari serta kitaran haid dan prostat.  
  • Memulih dan memberi tenaga segera untuk individu aktif - ia memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. Bukan saja memberi tenaga segera, ESP meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migraine, insomnia dan gejala stres yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.  
  • Jawapan kepada masalah pigmentasi - hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Lecithin soya juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam, di samping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.  
  • Meningkatkan keupayaan memori - keupayaan memori seseorang menurun apabila usia bertambah. Kacang soya mengandungi isoflavin yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.












Alfalfa Complex



Alfalfa Complex
330 tablet untuk 33 sajian @ 700 tablet untuk 70 sajian
Nutrisi anugerah alam

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui melalui proses fotosintesis.

Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Pihak Shaklee hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

Alfalfa daripada sumber semulajadi.

Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu.





Lecithin



Lecithin
180 kapsul untuk 30 sajian
Agen pengemulsi semulajadi

Harga: RM55 / RM58.30

Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa lesitin amat penting dalam pemakanan kerana ia merupakan sumber fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inositol, iaitu komponen utama membran sel dalam setiap organism hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.

Lesitin juga akan ditukarkan kepada asetilkolina yang diperlukan untuk memelihara kesihatan tubuh.
Setiap sajian membekalkan 3.1g lesitin, yang mengandungi 463mg fosfatidikolina dan 282mg fosfatidolionositol.

Dirumus daripada sumber semulajadi iaitu kacang soya.


Manfaat dan Kebaikan Lecithin
  •            Mengurangkan sembelit
  •            Membaiki kesihatan prostat (untuk lelaki)
  •            Pemecah lemak dan agen pelangsingan
  •            Meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan stress
  •            Membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K
  •            Mengurangkan tekanan darah tinggi
  •            Melindungi hati
  •            Menghalang risiko batu karang
  •            Mencantikkan otot dan kulit
  •            Mengelak kulit kering dan bersisik
  •            Membaiki alergi

 Kandungan per tablet

     o   Lecithin 518 mg
  • Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah dan menghindar ia daripada termendak pada dinding salur darah
  • Sumber Lecithin Shaklee ialah daripada kekacang soya.
  • Setiap kapsul mengandungi 518mg lecithin termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol




B Complex



B-Complex
120 tablet untuk 120 sajian
Vitamin B untuk kesihatan yang baik

Tekanan harian, pengambilan alkoholdan sesetengah ubat perskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan Vitamin B.

Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh daripada sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme penghasilan tenaga. Sistem penyerapan Bioaktif Berpaten B-Complex dilengkapi system pengangkuan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting – asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.



Vita-E Complex



Vita-E Complex
120 kapsul untuk 120 sajian 

Perlindungan antioksida untuk kesihatan yang baik 

Vitamin E ialah antioksida larut lemak yang berperanan menyokong fungsi imun. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin E sangat bermanfaat untuk meningkatkan fungsi imun di kalangan orang-orang tua.

Satu kapsul sofgel mengandungi:
  • 400 IV Vitamin E daripada sumber semulajadi 
  • 65mg selenium bagi melengkapkan aktiviti Vitamin E 
  • 39.4 mg Ekstrak biji anggur (vitis vinifera)





Chewable Vita-C Plus



Chewable Vita-C Plus
90 tablet untuk 90 sajian 

Meningkatkan fungsi imun

Perisa sitrus yang lazat Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi kesukaran menelan tablet


Sustained Release Vita-C Plus



Sustained Released Vita-C Plus
180 tablet untuk 180 sajian
Bekalan Vitamin C semulajadi untuk kesihatan sepanjang hari.

Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integrity sel, kesihatan gigi, gusi, tulangdan fungsi tubuh secara amnya.


Vita-Lea (Iron Formula)



Vita-Lea (Iron Formula)
120 tablet untuk 60 sajian
Multi-vitamin dan multi-mineral

Salah satu suplemen yang paling seimbang dengan khasian yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Pengambilan harian Vita-Lea akan:
  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh 
  • Menguatkan tulang dan system imun Melindungi tubuh daripada radikel bebas